Hepatitis: Merawat Dengan Diet

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan

Pesakit yang menderita hepatitis berjangkit akut akan mengalamii hilang selera makan atau anoreksia, mual, muntah, sakit perut, perubahan rasa, demam dan penyakit kuning. Simptom ini menyebabkan kesukaran pengambilan makanan dan mengakibatkan kesukaran untuk memastikan pesakit dijaga dengan baik ketika waktu penting penyediaan makanan berkhasiat tinggi untuk mencegah kerosakan hati.

Diet untuk hepatitis akut

1. Rangsangan nafsu makan

Rangsangan nafsu makan adalah untuk mengatasi anoreksia. Ini mungkin salah satu cabaran yang paling sukar yang dihadapi sesiapa yang cuba membantu pesakit hepatitis yang mungkin merasa sangat sakit dan lemah sehingga mereka menolak untuk makan.

Tawarkan pesakit makanan kegemarannya yang tanpa lemak atau rendah lemak seperti jus buah-buahan, minuman tenaga, susu tepung tanpa lemak atau smoothies, pencuci mulut susu, ais krim rendah lemak, sup yang jernih (sejukkan semalaman dan keluarkan lemak yang membeku di atas sup), bubur kisar dengan susu tanpa lemak dan gula untuk meningkatkan pengambilan tenaga dan makanan lain yang pesakit itu bersedia untuk makan. Hidangkan dalam jumlah kecil tetapi lebih kerap jika mereka hanya dapat minum atau makan hidangan kecil pada satu masa.

2. Gunakan penggantian makanan cair

Kini terdapat pelbagai pengganti makanan bertenaga dan berprotein tinggi bagi memenuhi keperluan nutrisi tubuh pesakit. Walaubagaimana pun, anda perlu berbincang dengan doktor pesakit terlebih dahulu supaya bahan-bahan yang terkandung dalam produk penggantian berkenaan tidak menjejaskan fungsi hati pesakit.

3. Makanan yang perlu dielakkan

Elakkan memberi pesakit makanan berikut:

  • Susu penuh krim, yoghurt, krim, keju krim dan keju berlemak
  • Biskut, kek, pai, tart dan lain-lain dengan kandungan tinggi lemak
  • Coklat
  • Tidak lebih daripada tiga biji telur seminggu
  • Salad berlemak, mayonis, krim masam
  • Avokado
  • Lemak, daging goreng, ikan berlemak, kulit ayam, semua daging diproses dan sosej, ikan tin dalam minyak
  • Kacang, mentega kacang
  • Kerepek kentang, sayur-sayuran dalam mentega atau sos putih / keju
  • Makanan ringan berminyak atau sangat pedas
  • Semua penyediaan makanan yang meningkatkan jumlah lemak yang terkandung dalam makanan, seperti menggoreng dalam mentega, marjerin atau minyak. Sebaliknya gunakan kaedah rebus, kukus dan panggang.

4. Vitamin, mineral dan elektrolit tambahan

Bincangkan jenis vitamin dan mineral yang anda boleh berikan kepada pesakit dengan doktor yang merawatnya. Doktor mungkin menetapkan suplemen yang melindungi fungsi hati.

Pesakit yang menderita dehidrasi kerana muntah berulang perlu meminum campuran elektrolit. Dalam kes-kes yang serius, pesakit mungkin perlu dimasukkan air (drip) untuk menampung air badan dan elektrolit. Memantau pengambilan cecair pesakit dan jika anda mengesyaki mereka mengalami dehidrasi, segera menghubungi doktor.

Rawatan diet hepatitis kronik dan sirosis

Kesan jangka panjang jangkitan hepatitis boleh menjadi kronik. Jadi pesakit perlu sentiasa mendapatkan rawatan pakar. Pesakit dengan hepatitis kronik dan kerosakan hati memerlukan diet khas supaya kerosakan hati lebih lanjut dan kekurangan zat makanan jangka panjang dapat dicegah.

Oleh itu, jika anda perlu menjaga pesakit dengan jangkitan hepatitis akut, anda harus menguruskan dengan tip diet yang telah mendapat pengesahan daripada doktor. Tetapi apa-apa komplikasi yang serius atau penyakit melibatkan hati, pemerhatian pakar diperlukan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, rawatan atau diagnosis.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    14 Makanan Yang Membersihkan Hati

    Terdapat banyak bahan proses yang perlu diproses oleh hati dalam makanan yang diambil oleh masyarakat moden kini. Dengan menyerap makanan yang diproses atau makanan bergoreng yang berlebihan, atau berlaku pendedahan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 28/02/2019 . 3 minit bacaan

    Herba dan Manfaat Penggunaannya Terhadap Manusia

    Herba bukan sahaja boleh digunakan sebagai bahan penyedap masakan malah turut digunakan untuk tujuan perubatan terutamanya dalam perubatan tradisional.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 27/11/2018 . 8 minit bacaan

    Penyakit Hati Akibat Kesan Ubat-ubatan

    Terdapat pelbagai ubat yang boleh menjejaskan dan merosakkan fungsi hati atau kedua-duanya. Sesetengah ubat yang merosakkan hati menyebabkan simptom seperti jaundis, sakit perut, gatal-gatal, dan kecenderungan untuk ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 05/10/2018 . 2 minit bacaan

    Hipertensi Portal Akibat Gangguan Aliran Darah

    Hipertensi portal adalah keadaan yang disebabkan oleh penyakit hati. Ia adalah sejenis tekanan darah tinggi (hipertensi), tetapi bukannya menjejaskan keseluruhan tubuh. Kebanyakannya memberi kesan pada vena (urat ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 05/10/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    keletihan

    Kanser Hati: Tip Melawan Keletihan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 17/04/2019 . 2 minit bacaan
    kadar survival

    Kadar Survival Untuk Kanser Hati

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 17/04/2019 . 3 minit bacaan
    kanser hati

    Ubat-ubatan yang Perlu Dielakkan Jika Anda Mempunyai Kanser Hati

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 08/04/2019 . 2 minit bacaan
    minuman berkarbonat

    1 Tin Minuman Berkarbonat Sehari Meningkatkan Risiko Kanser

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 25/03/2019 . 3 minit bacaan