Granuloma Inguinale

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Granuloma Inguinale?

Granuloma inguinale, juga dikenali sebagai donovanosis, adalah suatu keadaan yang berlaku disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Klebsiella granulomatis, yang dahulu dikenali sebagai Calymmatobacterium granulomatis. Antara ciri-ciri lazimnya termasuklah lesi berulser pada kemaluan. Ia adalah endemik di kawasan yang kurang maju. Selain dua nama yang biasa: granuloma inguinale dan donovanosis, nama-nama lain yang kurang dikenali ialah granuloma genitoinguinale, granuloma inguinale tropicum, granuloma venereum, granuloma venereum genitoinguinale, lupoid form of groin ulceration, serpiginous ulceration of the groin, ulcerating granuloma of the pudendum, dan ulcerating sclerosing granuloma.

Oleh kerana kekurangan rawatan perubatan di negara-negara di mana ia dijumpai, penyakit ini selalunya tidak dirawat. Selain itu, ulser kemaluan yang tidak menyakitkan ini boleh disalah anggap sebagai sifilis. Ulser kemudiannya berkembang lalu merosakkan tisu dalaman dan luaran, dengan kebocoran mukus dan darah yang meluas, dari lesi yang kaya dengan pembuluh darah. Sifat donovanosis yang merosakkan juga meningkatkan risiko superjangkitan (superinfection) oleh mikrob patogen lain.

Apakah kebarangkalian Granuloma Inguinale?

Penyakit ini didapati merebak terutamanya melalui persetubuhan faraj atau dubur. Dalam keadaan yang jarang, ia boleh merebak melalui seks oral. Lelaki adalah dua kali ganda lebih cenderung untuk terjejas berbanding wanita. Kebanyakan jangkitan berlaku pada orang berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Granuloma Inguinale?

Bergantung pada keparahan granuloma inguinale, tanda-tanda dan simptom granuloma inguinale boleh jadi sangat berbeza dari seorang ke orang yang lain:

  • Kira-kira separuh daripada lelaki dan wanita yang dijangkiti mempunyai luka di kawasan dubur.
  • Benjolan yang kecil, berwarna merah daging muncul pada alat kelamin atau sekitar dubur.
  • Kulit secara beransur-ansur menjadi rosak, dan benjolan bertukar menjadi nodul yang timbul, licin dan berwarna merah yang disebut tisu granulasi. Ia selalunya tidak menyakitkan, namun boleh berdarah dengan mudah jika mengalami kecederaan.
  • Penyakit ini secara perlahan merebak dan memusnahkan tisu alat kelamin.
  • Kerosakan tisu boleh merebak ke pangkal paha.
  • Alat kelamin dan kulit di sekelilingnya boleh kehilangan warna.

Pada peringkat awal, mungkin agak sukar untuk mendiagnosis perbezaan antara donovanosis dan chancroid. Walau bagaimanapun, di peringkat akhir, donovanosis mungkin kelihatan seperti kanser genital terlanjut, venereum lymphogranuloma, dan anogenital cutaneous amebiasis.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Granuloma Inguinale?

Granuloma inguinale adalah keadaan yang berlaku disebabkan oleh bakteria Klebsiella granulomatis. Penyakit ini sering dijumpai di kawasan tropika dan subtropika seperti tenggara India, Guyana, dan New Guinea.

Terdapat kira-kira 100 kes dilaporkan setiap tahun di Amerika Syarikat. Kebanyakan kes ini berlaku pada orang yang pernah pergi atau datang dari tempat di mana penyakit ini adalah lazim.

Cara penyebaran penyakit ini adalah didapati melalui perhubungan faraj dan dubur. Dalam keadaan yang jarang, ia boleh tersebar melalui seks oral. Lelaki pula didapati lebih cenderung terjejas berbanding wanita. Pesakit yang mendapat jangkitan kebanyakannya berumur antara 20 hingga 40 tahun.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Granuloma Inguinale?

Terdapat banyak faktor risiko bagi granuloma inguinale, seperti:

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Granuloma Inguinale didiagnosis?

Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anda menghidap granuloma inguinale, beliau akan melaksanakan beberapa pemeriksaan. Untuk menentukan penyakit ini, sejarah seksual pesakit dan keputusan pemeriksaan fizikal yang menemui “ulser berair yang tidak menyakitkan” dengan tisu granulasi yang bercirikan ‘rolled edge’, adalah diperlukan. Berbeza dengan ulser sifilis, inguinal lymphadenopathy biasanya ringan ataupun tiada. Biopsi tisu dan pewarna Wright-Giemsa digunakan untuk membantu diagnosis. Kehadiran Donovan bodies dalam sampel tisu mengesahkan donovanosis. Donovan bodies adalah organisma bujur yang berbentuk rod, dan dapat dilihat dalam sitoplasma mononuclear phagocyte atau histiocyte, pada sampel tisu dari pesakit yang mempunyai granuloma inguinale.

Ia menjadi berwarna ungu gelap apabila diletakkan pewarna Wright. Rangkuman intrasel ini adalah rod Gram-negatif yang terkandung dalam organisma penyebab penyakit ini.

Bagaimana pesakit Granuloma Inguinale dirawat?

Disebabkan ini adalah jangkitan bakteria, antibiotik akan digunakan untuk merawat donovanosis. Ini termasuklah azithromycin, doxycycline, Ciprofloxacin, erythromycin, dan trimethoprim-sulfamethoxazole. Untuk benar-benar menyembuhkan penyakit, rawatan jangka masa panjang adalah diperlukan. Tempoh rawatan kebanyakannya berlangsung selama 3 minggu, atau sehingga luka telah sembuh sepenuhnya. Pemeriksaan susulan adalah penting kerana penyakit ini boleh muncul semula setelah ia kelihatan sembuh.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Granuloma Inguinale?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani granuloma inguinale:

Penyakit ini dirawat secara berkesan dengan antibiotik, oleh itu, negara-negara maju mempunyai kadar insiden donovanosis yang sangat rendah; kira-kira hanya 100 kes yang dilaporkan setiap tahun di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, hubungan seksual dengan individu di kawasan endemik telah meningkatkan risiko penyakit ini secara dramatik. Maka langkah pencegahan yang berkesan untuk donovanosis adalah dengan mengelakkan hubungan seksual sebegini, dan mengambil ujian penyakit kelamin sebelum memulakan hubungan seksual.

Selain itu, penggunaan kondom dan pemeriksaan kesihatan biasa juga penting untuk membantu anda mencegah granuloma inguinale.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan