Gastritis

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 1 minit bacaan

Definisi

Apa itu Gastritis?

Gastritis ialah keradangan atau bengkak pada membran mukos perut. Gastritis boleh berlaku secara tiba-tiba (akut) atau setelah jangka masa yang lama (kronik). Penyakit ini tidak berbahaya dan boleh segera sembuh selepas rawatan. Bagaimanapun dalam sesetengah kes gastritis boleh menyebabkan ulser dan meningkatkan risiko kanser perut.

Apakah kebarangkalian Gastritis?

Gastritis sangat sering dijumpai terutamanya dalam kalangan mereka yang kerap mengambil ubat penahan sakit atau mereka yang ketagihan alkohol. Anda boleh mengurangkan risiko menghidap penyakit ini dengan mengurangkan faktor risikonya. Sila hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Gastritis?

Pesakit gastritis kebiasaannya tidak mempunyai sebarang simptom hinggalah didiagnosis. Tanda dan simptom gastritis yang biasa dijumpai ialah:

  • Hilang selera makan
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit di bahagian atas abdomen
  • Rasa senak selepas makan

Jika berlaku pendarahan pada mukosa perut, anda mungkin mengalami simptom berikut:

  • Najis berwarna hitam
  • Muntah darah atau berwarna seperti kopi

Terdapat tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. JIka anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda patut menghubungi doktor jika simptom anda tidak reda. Anda juga patut memaklumkan doktor anda jika perut anda berasa kurang selesa selepas mengambil ubat, terutamanya aspirin atau ubat penahan sakit yang lain. Jika anda muntah darah atau terdapat darah dalam najis, anda perlu bertemu dengan doktor untuk memastikan punca masalah tersebut.

Punca

Apakah Punca Gastritis?

Punca gastritis yang paling kerap ialah:

  • Penggunaan ubat-ubatan seperti aspirin atau ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs);
  • Ketagihan Alkohol
  • Jangkitan perut disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori.

Punca lain:

  • Penyakit autoimun (seperti anemia pernicious)
  • Refluks Hempedu ke dalam perut
  • Ketagihan kokain

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Gastritis?

Terdapat banyak faktor risiko gastritis, seperti:

  • Kerap menggunakan ubat penahan sakit
  • Usia tua
  • Stres
  • Ketagihan Alkohol
  • Jangkitan-jangkitan lain: HIV/AIDS, Crohn dan jangkitan bakteria yang lain

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Gastritis didiagnosis?

Kebiasaannya, gastritis didiagnosis berdasarkan simptom yang dialami pesakit. Bagaimanapun, untuk memastikan ketepatan diagnosis, doktor akan menjalankan ujian berikut:

  • Gastroskopi (alat optik yg digunakan utk memeriksa bahagian dalaman perut)
  • Ujian pylori: tisu perut akan diambil untuk diagnosis
  • Ujian darah atau najis: untuk memeriksa jika terdapat darah dalam najis

Bagaimana pesakit Gastritis dirawat?

Antibiotik dan ubat tahan asid boleh digunakan untuk kronik gastritis disebabkan bakteria Helicobacter pylori. Tambahan pula, anda perlu mengelak pengambilan alkohol dan Ibuprofen, Naproxen serta Aspirin sepanjang waktu rawatan.

Anda juga boleh menggunakan ubat berikut untuk mengurangkan asid dalam perut:

  • Antihistamin-2 (H2): Famotidin, Cimetidin, Ranitidin dan Nizatidin.
  • Perencat Pam Proton (Proton pump inhibitors): Omeprazole, Esomeprazole, Iansoprazole, Rabeprazole và Pantoprazole.

Selain itu, anda boleh menggunakan cecair intravena dan ubat mengurangkan acid jika gastritis bertambah melarat.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Gastritis?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut boleh membantu anda menangani gastritis:

  • Makan dengan kerap dalam kuantiti makanan yang sedikit
  • Makan makanan yang telah dimasak
  • Basuh tangan sebelum makan untuk mengelakkan jangkitan
  • Ikut arahan doktor, jangan menggunakan ubat tanpa preskripsi atau berhenti tanpa keizinan doktor

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Saccharomyces Boulardii

    KegunaanApakah kegunaan Saccharomyces Boulardii? Saccharomyces Boulardii ialah sejenis yis, yang merupakan jenis kulat. Saccharomyces Boulardii digunakan sebagai ubat. Saccharomyces Boulardii digunakan untuk merawat ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya
    Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z, Herba A-Z 22/05/2018 . 1 minit bacaan

    Tuberkulosis Usus

    Kenali apa itu Tuberkulosis Usus . Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Fariha Zakaria
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 19/04/2018 . 1 minit bacaan

    Divertikulitis

    Kenali apa itu Divertikulitis. Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 19/04/2018 . 1 minit bacaan

    Bael

    KegunaanApakah kegunaan Bael? Daun bael sangat berkesan untuk melawan jangkitan saluran GI serta gangguan yang berkaitan secara efektif. Bael melegakan dispepsia, sinusitis, selsema, gastritis, ketakcernaan, gangguan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Fariha Zakaria
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 05/04/2018 . 1 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Gastroparesis

    Gastroparesis: Gangguan Pencernaan Akibat Komplikasi Diabetis Mellitus

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 10/01/2019 . 2 minit bacaan
    Polypodium Leucotomos

    Polypodium Leucotomos

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Diterbitkan pada 28/05/2018 . 1 minit bacaan
    Kolitis Mikroskopik

    Kolitis Mikroskopik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Bashirouh
    Diterbitkan pada 27/05/2018 . 1 minit bacaan
    Penyakit Crohn (Pembedahan)

    Penyakit Crohn (Pembedahan)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Bashirouh
    Diterbitkan pada 27/05/2018 . 1 minit bacaan