Cystitis

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 5 minit bacaan

Definisi

Apa itu Cystitis?

Cystitis adalah keadaan di mana pundi kencing dan bahagian atas uretra menjadi meradang (merah dan bengkak). Selalunya keradangan itu disebabkan oleh jangkitan bakteria, dan ia dikenali sebagai jangkitan saluran kencing (urinary tract infection, UTI). Jangkitan pundi kencing boleh menyakitkan dan meresahkan; ia boleh menjadi masalah kesihatan yang serius jika jangkitan menular ke buah pinggang anda.

Apakah kebarangkalian Cystitis?

Cystitis boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tetapi lebih biasa pada wanita berbanding lelaki. Kadang cystitis boleh menjadi kronik (berlaku berulang-ulang) dan menjadi sukar untuk dirawat. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Cystitis?

Berikut merupakan simptom-simptom utama bagi penyakit ini:

  • Pedih dan keradangan ketika buang air kecil;
  • Pedih dan terdapat tekanan di bahagian bawah abdomen;
  • Air kencing berwarna keruh dan berbau tengik;
  • Darah dalam air kencing;
  • Kerap buang air kecil;
  • Demam ringan.

Mungkin ada simptom lain yang tidak disebutkan. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai tanda-tanda di atas, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Dapatkan bantuan perubatan segera jika anda mempunyai tanda-tanda dan simptom yang biasa untuk jangkitan buah pinggang, termasuk:

  • Sakit sisi atau bahagian belakang badan;
  • Demam dan menggigil;
  • Mabuk dan muntah-muntah

Sekiranya anda mengalami kencing yang kerap atau menyakitkan yang berlangsung selama beberapa jam atau lebih lama atau terdapat darah dalam air kencing, hubungi doktor anda. Jika anda telah didiagnosis dengan UTI pada masa lalu dan anda mengalami gejala yang sama seperti UTI sebelum ini, hubungi doktor anda.

Juga hubungi doktor anda jika simptom cystitis kembali selepas anda selesai menghabiskan antibiotik. Anda mungkin memerlukan jenis ubat yang berbeza.

Punca

Apakah Punca Cystitis?

Kebanyakan kes-kes cystitis disebabkan oleh sejenis bakteria Escherichia coli (E. coli).

Jangkitan bakteria pada saluran kencing boleh berlaku pada wanita akibat hubungan seksual.

Selain jangkitan bakteria, berikut merupakan penyebab kepada cystitis

  • Ubat terutamanya ubat kemoterapi seperti cyclophosphamide dan ifosfamide.
  • Rawatan radiasi di bahagian pelvis.
  • Penggunaan keteter bagi jangka masa panjang.
  • Bahan kimia: seseorang mungkin terlalu sensitif terhadap bahan kimia yang terkandung dalam produk tertentu, seperti gel mandian, semburan kebersihan feminin atau jeli spermisida, dan boleh membentuk reaksi alahan jenis dalam pundi kencing serta menyebabkan keradangan.
  • Komplikasi gangguan lain, seperti kencing manis, batu karang, pembengkakan prostat atau kecederaan saraf tunjang.

Di samping itu, terdapat jenis cystitis yang dikenali sebagai cystitis interstitial. Penyebab keradangan kencing kronik ini, yang juga dikenali sebagai sindrom pundi kencing yang menyakitkan; masih belum dinyatakan dengan jelas. Kebanyakan kes didiagnosis pada wanita. Keadaan ini sukar untuk didiagnosis dan dirawat.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Cystitis?

Terdapat banyak faktor risiko untuk cystitis, seperti:

Sesetengah orang lebih cenderung mendapat jangkitan kencing atau jangkitan saluran kencing berulang-ulang. Wanita paling tinggi terhadap risiko tersebut. Alasan utama adalah anatomi fizikal. Wanita mempunyai uretra yang lebih pendek, yang mengurangkan jarak bakteria bergerak untuk mencapai pundi kencing.

Wanita yang menghadapi risiko utama UTI termasuk mereka yang:

  • Aktif aktiviti seksual. Hubungan kelamin boleh mendedahkan bakteria mudah bergerak ke dalam uretra.
  • Use certain types of birth control. Women who use diaphragms are at increased risk of a UTI. Diaphragms that contain spermicidal agents further increase your risk. Menggunakan ubat kawalan kelahiran tertentu. Wanita yang menggunakan diafragma lebih terdedah kepada UTI. Diafragma yang mengandungi ejen spermisida meningkatkan risiko anda.
  • Wanita hamil. Perubahan hormon ketika kehamilan meningkatkan lagi risiko jangkitan pada pundi kencing.
  • Menopause. Perubahan hormon pasca menopaus dalam kalangan wanita selalunya dikaitkan dengan UTI.

Risiko lain yang terdapat pada lelaki dan wanita:

  • Gangguan perjalanan air kencing. Ini berlaku apabila terdapat keadaan seperti batu karang atau bagi lelaki pembengkakan prostat.
  • Perubahan dalam sistem ketahanan badan. Ini berlalu dalam pelbagai keadaan seperti diabetes, jngkitan HIV dan rawatan kanser. Sistem ketahanan badan yang lemah dapat meningkatkan risiko jangkitan bakteria.  
  • Penggunaan kateter atau alat bantu buang air kecil. Tiub penyaluran air kecil amat diperlukan bagi mereka yang menghidap penyakit kronik atau kepada warga tua. Penggunaan yang terlalu lama akan meningkatkan risiko terhadap jangkitan bakteria dan kerosakan tisu dalam pundi kencing.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Cystitis didiagnosis?

Sekiranya anda mempunyai simptomcystitis, berbincanglah dengan doktor anda secepat mungkin. Di samping membincangkan tanda-tanda dan simptom sertasejarah perubatan anda, doktor mungkin mengesyorkan ujian tertentu, seperti:

  • Urine analysis. Analisis Air Kencing. Bagi mereka yang disyaki dijangkiti bakteria pada pundi kencing. Doktor akan menjalankan ujian ke atas air kencing anda jika terdapat bakteria dan darah di dalamnya. Jika keadaan ini berlaku, doktor akan memberi rawatan kultur ke atas bakteria dalam air kencing tersebut.
  • Cystoskopik: Ketika ujian ini, doktor akan memasukkan cystoskop – sejenis tiub dengan lampu dan kamera yang akan melalui pundi kencing anda untuk melihat simptom dan kebarangkalian jangkitan.

Menggunakan cystoskop, doktor anda juga boleh mengeluarkan sampel kecil tisu (biopsi) untuk analisis makmal. Tetapi ujian ini kemungkinan besar tidak akan diperlukan jika ini adalah kali pertama anda mempunyai tanda-tanda cystitis.

  • Pengimejan. Ujian pengimejan biasanya tidak diperlukan, tetapi dalam beberapa keadaan – terutamanya apabila tiada bukti jangkitan dijumpai – pengimejan mungkin membantu. Sebagai contoh, sinaran X atau ultrasound boleh membantu doktor anda menemui potensi lain yang menyebabkan keradangan pundi kencing, seperti tumor atau kelainan struktur.

Bagaimana pesakit Cystitis dirawat?

Rawatan yang paling biasa untuk cystitis adalah menggunakan ubat antibiotik, biasanya dalam bentuk pil selama 3 hingga 10 hari untuk menghentikan jangkitan bakteria. Doktor mungkin ingin melakukan pemeriksaan lain selepas 1 hingga 2 minggu (atau lebih awal) untuk memastikan jangkitan itu telah tiada. Jika jangkitan sering berlaku, ubat mungkin diperlukan sehingga 6 bulan.

Punca lain yang menyebabkan  jangkitan memerlukan rawatan lain, termasuk mengelakkan produk tertentu, seperti gel mandian, spermisida, ubat rangsangan saraf dan ubatan lain.

Penyebab keradangan bagi cystitis interstitial tidak dapat dipastikan. Maka tiada satu rawatan tunggal yang boleh menyembuhkan keadaan ini. Terapi digunakan bagi mengurangkan tanda dan simptom termasuk:

  • Ubatan diambil secara menelannya atau dimasukkan ke dalam pundi kencing.
  • Terdapat langkah lain yang akan memanipulasi keadaan pundi kencing bagi mengatasi simptom seperti meregangkan pundi kencing dengan air atau gas serta pembedahan.
  • Rangsangan saraf dengan menggunakan renjatan lemah bagi mengurangkan kepedihan pada pelvis dan meningkatkan frekuensi buang air kecil.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Cystitis?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan berikut dapat membantu anda mengatasi cystitis:

  • Sila ambil ubatan sepertimana yang disarankan oleh doktor.
  • Minum banyak air masak.
  • Sila buang air kecil setiiap kali selepas hubungan kelamin.
  • Pakai pakaian dari jenis fabrik kapas. Wanita harus memakai seluar dalam daripada fabrik kapas. Elakkan memakai pakaian dalam dan baju/seluar terlalu ketat.
  • Pastikan bahagian kelamin/alat sulit anda sentiasa bersih. Mandi di bawah pancuran air bukan berendam di dalam tab mandi.
  • Elakkan memakai minyak wangi atau produk deodoran di bahagian alat sulit.
  • Pastikan anda mengawal keadaan kesihatan yang lain. Contohnya, jika anda menghidap diabetes, pastikan gula di dalam darah anda berada dalam kawalan.

Hubungi doktor jika anda masih lagi mengalami demam dan simptom tidak menunjukkan sebarang penyusutan walaupun anda sudah mengambil antibiotik.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Adakah Saya Perlu Menghabiskan Antibiotik Yang Diberikan?

    Adakah anda perlu berhenti mengambil antibiotik yang diberikan atau menghabiskannya walaupun telah berasa sihat? Ikuti jawapannya disini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/11/2019 . 3 minit bacaan

    Pundi Kencing Lemah Dan Selalu ‘Terbabas’? Cari 25 Makanan Ini Untuk Kuatkannya!

    Pundi kencing lemah boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Adakah terdapat makanan kuatkan pundi kencing yang boleh diamalkan bagi mengatasi masalah ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 13/11/2019 . 3 minit bacaan

    Ini 3 Jenis Makanan Yang Sering Menyebabkan Batu Karang, Ambil Tahu Dari Sekarang

    Batu karang adalah kristal pepejal yang terbentuk dalam urin.Kesakitan dari batu karang boleh menjadi tidak tertanggung dan diet boleh menjadi pencetusnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 24/04/2019 . 2 minit bacaan

    Sakit Selepas Bercuti, Apa yang Perlu Dilakukan?

    Percutian sentiasa membawa kita kepada pengalaman yang hebat dan kenangan yang manis, malah kadang-kadang kita pulang dengan banyak cenderahati. Anda tidak perlu risau kerana kebanyakan penyakit pasca perjalanan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 18/02/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pengetip kuku

    BERHENTI Kongsi Pengetip Kuku! Anda Berisiko Dapat Banyak Penyakit Termasuk Hepatitis, Takutnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan
    minum air

    Ibu, Cukup Tak Air Yang Anak Minum Setiap Hari? Ini Panduan Jumlah Air Yang Si Kecil Perlukan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 minit bacaan
    kencing terlalu kerap

    Kerap Kencing Mungkin Tanda Pundi Aktif, Ini 8 Makanan Perlu Ambil (Dan Elak)!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan
    Endokarditis

    Endokarditis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/12/2019 . 7 minit bacaan