Cardiasthenia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 13/09/2019

Ketahui asas-asasnya

Apakah itu cardiasthenia?

cardiasthenia, yang dikenali sebagai sindrom Da Costa, merupakan sindrom yang tanda-tandanya menyerupai penyakit jantung, meskipun pemeriksaan fizikal tidak mengesan sebarang kelainan pada fisiologi jantung berkenaan.

Pada zaman moden, cardiasthenia boleh dianggap sebagai manifestasi gangguan kebimbangan, dan rawatan adalah terutamanya melibatkan tingkah laku, gaya hidup dan latihan.

Apakah kebarangkalian cardiasthenia?

Penyakit ini berlaku di semua peringkat umur dan melibatkan kedua-dua jantina. Ia juga boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat.

Walau bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom cardiasthenia?

Berikutnya merupakan simptom-simptom cardiasthenia yang dianggap sebagai salah satu paling biasa, termasuklah:

  • Keletihan selepas kerja keras
  • Nafas pendek
  • Berdebar-debar
  • Berpeluh
  • Sakit dada
  • Pening kepala

Walau bagaimanapun, pemeriksaan fizikal menunjukkan tiada kelainan fizikal yang menyebabkan simptom-simptom tersebut.

Bilakah saya patut berjumpa doktor?

Diagnosis dan rawatan awal boleh menghentikan keadaan ini daripada menjadi lebih buruk dan mengelakkan kecemasan perubatan lain. Oleh itu, sila berjumpa doktor anda secepat mungkin untuk mengelakkan keadaan menjadi serius.

Jika anda mempunyai sebarang simptom yang disenaraikan di atas atau sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang berfungsi secara berbeza. Adalah terbaik untuk berbincang dengan doktor anda apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca-puncanya

Apakah Punca Cardiasthenia?

Keadaan ini secara umumnya dianggap sebagai manifestasi fizikal dari gangguan kebimbangan (anxiety).

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Cardiasthenia?

Anda mungkin berisiko tinggi mendapat penyakit ini jika:

  • Rasa tertekan/depresi
  • Minum terlalu banyak alkohol
  • Merokok terlalu banyak

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang disediakan bukan pengganti mana-mana nasihat perubatan. Sila SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah cardiasthenia didiagnosis?

Jika doktor anda mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami keadaan ini, doktor akan bertanyakan tentang sejarah perubatan anda, melakukan pemeriksaan fizikal dan beberapa ujian.

Ujian-ujian dan prosedur-prosedur yang digunakan untuk mendiagnosis cardiasthenia termasuk: ujian darah, X-ray, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pemeriksaan fizikal tidak memainkan peranan utama dalam mendiagnosis keadaan ini.

Bagaimanakah cardiasthenia dirawat?

Sehingga kini, tiada rawatan untuk cardiasthenia. Kajian menunjukkan bahawa pesakit bertambah baik melalui perubahan dalam gaya hidup dan pemakanan.

Pesakit juga harus memakai pakaian yang longgar pada pinggang, dan mengelakkan perubahan postur seperti bongkok, atau baring di sebelah kiri atau kanan, atau belakang. Kedudukan bersandar adalah paling baik.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Cardiasthenia?

Langkah-langkah ini boleh membantu anda mengatasi kecemasan perubatan dengan lebih baik jika anda mempunyai cardiasthenia:

  • Bersenam dengan kerap, sekurang-kurangnya 30 minit sehari
  • Berhenti minum alkohol
  • Elakkan merokok
  • Meditasi

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini Sebab Mengapa Anda Sakit Tulang Dada

    Artikel ini akan membincangkan punca sakit dada khususnya pada tulang dada (sternum, tulang rusuk). Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Perlu Tahu Ke Kadar Denyutan Nadi Sewaktu Rehat?

    Jika anda tidak pernah periksa denyutan nadi rehat anda ikuti artikel ini untuk mengetahui kepentingan memeriksa denyutan nadi sewaktu anda berehat.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Hati-hati bagi Wanita Menopaus, Anda Mungkin Terdedah Kepada Penyakit Jantung!

    lemak di bahagian perut memberikan ramalan atau anggaran yang lebih tepat bagi penyakit arteri koronari atau jantung berbanding daripada indeks jisim badan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Penyakit Jantung dan Kanser: Cegah Dengan Diet Tinggi Flavanoid

    Pengambilan makanan tinggi kandungan flavanoid seperti epal dan teh dipercayai membantu melindungi diri daripada penyakit jantung dan kanser, benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    jangan makan malam

    Pakar Kongsi 4 Sebab MESTI Elak Makan Lewat Malam, Rupanya Ada Kaitan Dengan Jantung?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/05/2020
    mentega dan marjerin

    Nak Buat Kuih Raya Dengan Mentega Atau Marjerin? Mana Lebih Sihat? #StayAtHome

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/03/2020
    Ashraf Sinclair

    BELASUNGKAWA, Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Semasa Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/02/2020
    cara menurunkan darah tinggi di usia muda

    Orang Muda Yang Ada Tekanan Darah Tinggi, Ini 5 Cara Menurunkan Risiko Hipertensi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/12/2019