Cara Mengawal Keletihan Akibat Hepatitis

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan

Hidup dengan hepatitis boleh menyebabkan anda berasa keletihan yang melampau atau kekurangan tenaga. Keadaan ini sudah pasti menjejaskan aktiviti seharian anda kerana anda memerlukan rehat yang secukupnya bagi mengembalikan tenaga. Dalam artikel ini terdapat beberapa pilihan untuk membantu anda mengatasi perasaan itu.

Minta bantuan

Jangan takut untuk meminta bantuan daripada keluarga atau rakan-rakan. Orang biasanya bersedia membantu tetapi mungkin tidak mahu campur tangan dalam hidup anda. Anda mungkin terkejut melihat bagaimana keluarga dan rakan-rakan anda gembira apabila mereka mendapat peluang untuk membantu anda menangani hepatitis.

Bersikap positif

Walaupun sikap tidak boleh menyembuhkan anda, tetapi ia boleh menjadi sokongan kuat bagi diri anda. Pemikiran yang positif menjadikan semuanya mudah dan membantu mengurangkan tekanan dan bebanan penyakit. Jadi, minda yang positif akan mendorong anda melakukan perkara yang positif.

Bernafas dengan betul

Pernafasan yang salah juga boleh menyebabkan anda mengalami keletihan. Apabila seseorang mengalami tekanan atau keletihan, mereka cenderung untuk menahan nafas yang mendalam sambil memberi tumpuan kepada aliran masuk dan keluar udara daripada tubuh.

Tukar beberapa tabiat untuk memulihara tenaga

  • Mandi sebelum tidur dan bukan pada waktu pagi kerana ia kurang mengambil tenaga untuk memakai pakaian tidur. Sentiasa duduk semasa memakai dan membuka pakaian.
  • Bekerja dalam persekitaran yang terang, pada suhu yang selesa dengan pengudaraan yang baik.
  • Pakai kasut bertapak rata yang menyokong dan selesa.
  • Seret atau tolak daripada mengangkat objek berat.
  • Elakkan tekanan dan bergegas. Kekecewaan dan kerengsaan meningkatkan keletihan. Bergegas membawa kepada kesilapan dan kemalangan yang kemudian memerlukan tenaga tambahan untuk membersihkan atau menyelesaikannya, dan mempunyai potensi kecederaan.

Melakukan senaman

Senaman yang kerap adalah salah satu strategi terbaik untuk memerangi keletihan bagi pesakit hepatitis. Orang yang kerap senaman kurang mengalam keletihan, meningkatkan kekuatan tubuh dan berasa lebih baik tentang diri mereka sendiri. Selang lima hingga lima belas minit, dua hingga tiga kali sehari, ia boleh membantu meredakan keletihan.

Terdapat pelbagai jenis senaman. Berjalan adalah salah satu senaman terbaik untuk melegakan keletihan. Anda boleh memilih apa-apa aktiviti yang memberi semangat kepada anda tanpa terlalu keletihan seperti berbasikal, menari, berkebun, latihan rintangan, berenang, Tai Chi dan Yoga.

Dapatkan diet yang sihat

Diet yang sihat dan berkhasiat adalah berdasarkan cadangan daripada ahli kesihatan termasuk mencari keseimbangan antara kalori yang anda makan dengan jumlah tenaga yang anda gunakan. Makan makanan yang kecil dan sihat yang kerap terdiri daripada makanan rendah lemak dan tinggi serat. Pesakit hepatitis juga harus makan pelbagai jenis makanan termasuk buah, sayuran dan bijirin. Cuba untuk menjauhi makanan yang tinggi lemak, gula dan natrium.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bersedia Pejuang Kanser, Ini 5 Kesan Selepas Rawatan Kanser Yang Perlu Diketahui, Anda Kuat!

    Kita tahu tentang rawatan barah, tapi jarang untuk kita bercakap mengenai kesan kesihatan selepas rawatan. Jom kita ambil tahu mengenainya...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 05/06/2020 . 3 minit bacaan

    Boleh Cuba 4 Penawar Ini Bagi Turunkan Masalah Hipertensi!

    Jika anda baru atau sudah lama didiagnosis dengan masalah hipertensi, pasti anda tercari-cari penawar darah tinggi yang berkesan. Ikuti 4 tips ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 05/03/2020 . 4 minit bacaan

    Sukan Tinju BUKAN Hanya Untuk Melatih Otot, Ketahui 5 Manfaatnya Terhadap Kesihatan!

    Sukan tinju adalah aktiviti lasak yang sangat bagus untuk sistem kardiovaskular. Selain dapat melatih otot, terdapat banyak lagi manfaat sukan tinju!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 09/02/2020 . 3 minit bacaan

    Bolehkah Pengambilan Suplemen Menggantikan Senaman?

    Untuk cergas, cara paling mudah adalah dengan melakukan senaman. Tetapi bolehkah pengambilan suplemen dapat menjadikan badan anda cergas tanpa bersenam?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 15/01/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ibu mengandung

    Mak Buyung Selalu Kemurungan? BAHAYA Bukan Pada Ibu Saja Tapi Juga Bayi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    yoga untuk lelaki

    Siapa Cakap Lelaki Tak Perlu Buat Yoga? Ada Manfaat Untuk Kesihatan Seksual Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 minit bacaan
    hubungan seks mengecewakan

    Pssttt! Rahsia Seks Kencang Ada Di Kamar Tidur, Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/06/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu yoga

    Bukan Sekadar Senaman, Ada 7 Sebab Kita PATUT Buat Yoga – Jom Tukar Mindset!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/06/2020 . 3 minit bacaan