backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Eh, Betul Ke Orang Dewasa Pun Boleh Kena Chicken Pox? Kenal Pasti Simptomnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 03/01/2023

    Eh, Betul Ke Orang Dewasa Pun Boleh Kena Chicken Pox? Kenal Pasti Simptomnya!

    Bercakap tentang cacar air atau chickenpox, mungkin ramai yang menyangka bahawa ia adalah penyakit khusus untuk kanak-kanak. Sebenarnya, virus varicella-zoster yang menjadi punca cacar air boleh menjangkiti semua peringkat umur daripada bayi sehingga warga emas. Jom kenali simptom chicken pox pada orang dewasa!

    Dapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, dapatkan di sini.

    Satu jangkitan memberikan perlindungan seumur hidup

    Orang dewasa lebih jarang ditemui menghidap cacar air kerana kebiasaanya mereka pernah mengalaminya sewaktu kecil atau telah menerima vaksin.

    Sistem imun akan menghasilkan antibodi selepas menerima jangkitan atau vaksin dan akan memberikan perlindungan seumur hidup.

    Baca juga:

    Bagi mereka yang tidak pernah dijangkiti sewaktu kecil atau tidak mengambil vaksin, mereka masih berisiko untuk dijangkiti.

    Selain itu, risiko mungkin lebih tinggi jika:

  • Hidup bersama kanak-kanak bawah 12 tahun yang tidak divaksin.
  • Bekerja di sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak.
  • Menyentuh ruam pesakit cacar air atau kayap.
  • Menyentuh barang yang baru disentuh oleh mereka yang dijangkiti seperti baju.
  • Simptom chicken pox pada orang dewasa vs kanak-kanak

    simptom chicken pox pada orang dewasa

    Simptom yang dialami oleh orang dewasa adalah sama seperti kanak-kanak. Ini termasuk:

    • Ruam dan lepuh berisi cecair serta rasa gatal.
    • Demam.
    • Badan terasa letih.
    • Hilang selera makan.
    • Sakit badan.

    Kebiasaannya, simptom akan surut selepas 5 hingga 10 hari. Namun, simptom chicken pox pada orang dewasa mungkin akan lebih teruk. Mereka yang paling berisiko mendapat komplikasi termasuk:

    • Ibu mengandung yang tidak pernah dijangkiti.
    • Mengambil ubat-ubatan yang melemahkan sistem imun seperti kemoterapi.
    • Menghidap penyakit yang melemahkan sistem imun seperti HIV.
    • Mengambil steroid.
    • Menjalani pemindahan organ.

    simptom chicken pox pada orang dewasa

    Vaksin varicella untuk orang dewasa

    Seperti bayi dan kanak-kanak, orang dewasa juga boleh mendapatkan vaksin varicella untuk mencegah daripada dijangkiti virus tersebut.

    Dengan 2 dos vaksin, anda boleh mendapatkan perlindungan daripada cacar air sehingga 90 peratus. Ia adalah langkah pencegahan paling efektif dari sudut keberkesanan dan kos.

    Jika masih dijangkiti virus varicella-zoster, anda boleh mendapatkan rawatan di klinik.

    Doktor mungkin akan memberikan beberapa ubat-ubatan seperti antiviral, acetaminophen dan losen calamine untuk mengawal simptom yang ada.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 03/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan