Batu Karang Pundi Kencing

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/11/2019 . 3 mins read

Definisi

Apa itu Batu Karang Pundi Kencing?

Batu karang pundi kencing adalah jisim-jisim mineral yang keras dalam pundi kencing anda. Batu-batu pundi kencing dicirikan oleh air kencing yang pekat. Air kencing boleh berubah warna dari kuning gelap ke coklat bergantung kepada jenis sisa buangan dan mineral (garam, dan produk sisa buangan) terkandung di dalamnya.

Apakah kebarangkalian Batu Karang Pundi Kencing?

Batu pundi kencing ini sangat biasa. Ia biasanya lebih banyak menjejaskan lelaki daripada wanita. Ia boleh menjejaskan pesakit tanpa mengira usia. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Batu Karang Pundi Kencing?

Simptom-simptom yang biasa dialami jika terdapat batu karang dalam pundi kencing adalah:

  • Sakit di abdomen bawah
  • Pada lelaki, rasa sakit atau tidakselesa di dalam zakar
  • Sakit semasa kencing
  • Kerap kencing
  • Kesukaran kencing atau gangguan dalam aliran air kencing
  • Terdapat darah dalam air kencing
  • Air kencing berwarna gelap atau keruh

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah dengan berbincang dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah Punca Batu Karang Pundi Kencing?

Batu karang pundi kencing umumnya bermula apabila pundi kencing anda mempunyai lebihan kristal yang membentuk air kencing. Kristal-kristal tersebut akhirnya menjadi batu karang pundi kencing. Keadaan asas tersirat yang menjejaskan keupayaan pundi kencing anda untuk dikosongkan sepenuhnya:

  • Pembesaran kelenjar prostat
  • Pundi kencing neurogenik rosak
  • Keradangan pundi kencing
  • Peralatan perubatan (kateter pundi kencing)
  • Batu karang buah pinggang

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Batu Karang Pundi Kencing?

Terdapat banyak faktor risiko untuk batu karang pundi kencing, seperti:

  • Kanak-kanak, sering kali disebabkan oleh dehidrasi, jangkitan dan diet rendah protein.
  • Orang dewasa, terutamanya di kalangan lelaki berusia 30 tahun ke atas.
  • Mempunyai beberapa keadaan kesihatan: penyumbatan pundi kencing, strok, kecederaan saraf tunjang, penyakit Parkinson, kencing manis, disk melejit.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Batu Karang Pundi Kencing didiagnosis?

Ujian diagnostik mungkin termasuk:

  • Ujian ini digunakan untuk menguji air kencing anda untuk penghabluran, jangkitan, dan keabnormalan yang lain.
  • Imbasan CT Spiral. Pemeriksaan imbasan CT jenis ini adalah untuk komplikasi dalam pundi kencing atau di tempat lain di dalam badan dengan lebih cepat dan lebih tepat daripada pengimbas CT tradisional.
  • Ultrabunyi menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej bahagian dalam badan anda.
  • Sinar-X. Sinar-X menunjukkan bahagian dalam pundi kencing dan kebanyakan keabnormalan yang mungkin ada; Walau bagaimanapun, ia mungkin tidak menunjukkan setiap batu karang dalam pundi kencing anda.
  • Pielogram intravena. Semasa prosedur ini, pewarna disuntik ke dalam urat yang mengalir melalui saluran darah anda sehingga ke pundi kencing anda. Pewarna ini menampakkan apa-apa pembentukan yang abnormal dan kemudian sinar-X diambil dari hasil yang diserlahkan.

Bagaimana pesakit Batu Karang Pundi Kencing dirawat?

Secara umumnya, batu karang pundi kencing perlu dikeluarkan, terdapat beberapa rawatan:

  • Cystolitholapaxy. Penggunaan peralatan laser, mekanikal, atau ultrabunyi, untuk memecahkannya ke dalam kepingan yang lebih kecil untuk dibuang.
  • Dalam kes ini, batu karang pundi kencing yang besar atau terlalu sukar untuk pecah dikeluarkan melalui pembedahan terbuka. Dengan melaksanakan amalan ini, apa-apa keadaan asas yang tersirat menyebabkan pembentukan batu karang, seperti pembesaran prostat, mungkin boleh dirawat pada masa yang sama.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Batu Karang Pundi Kencing?

Gaya hidup dan remedi di rumah yang berikut mungkin membantu anda menghadapi batu karang pundi kencing:

  • Minum banyak air.
  • Makan produk berasaskan protein.
  • Jangan tahan kencing.
  • Lakukan senaman secara teratur.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Darah Dalam Air Kencing: Apakah Puncanya?

    Jika anda perasan kewujudan darah dalam air kencing anda, tentu sekali anda akan risau. Justeru, artikel ini menjelaskan punca-punca masalah tersebut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Pusat Kesihatan, Diabetes 11/04/2019 . 3 mins read

    Kesakitan Semasa Membuang Air Kecil, Mengapa?

    Pembuangan air kecil yang menyakitkan atau Dysuria adalah penyakit yang agak biasa dan boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan semasa membuang air kecil. Siapakah yang mengalami kesakitan membuang air ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/01/2019 . 2 mins read

    Sakit Perut Sebelah Kanan, Apakah Maknanya?

    Sakit perut mungkin perkara biasa yang berlaku pada seseorang dan akan hilang dengan sendirinya pada tempoh tertentu dan selalunya tidak berbahaya. Bagaimanapun, jika keadaannya tidak terkawal ia boleh menyebabkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 04/01/2019 . 2 mins read

    Organ Dalaman Manusia: Apakah Fungsinya?

    Kita mungkin kerap mendengar mengenai kewujudan organ-organ ini tetapi tahukah anda apakah fungsinya? Lanjutkan Hello Doktor sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan 28/12/2018 . 2 mins read

    Artikel lain untuk anda

    minum air

    Ibu, Cukup Tak Air Yang Anak Minum Setiap Hari? Ini Panduan Jumlah Air Yang Si Kecil Perlukan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 mins read
    kencing terlalu kerap

    Kerap Kencing Mungkin Tanda Pundi Aktif, Ini 8 Makanan Perlu Ambil (Dan Elak)!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 mins read

    Pundi Kencing Lemah Dan Selalu ‘Terbabas’? Cari 25 Makanan Ini Untuk Kuatkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/11/2019 . 3 mins read

    Ini 3 Jenis Makanan Yang Sering Menyebabkan Batu Karang, Ambil Tahu Dari Sekarang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 24/04/2019 . 2 mins read