Balantidiasis

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 28/11/2019
Share now

Definisi

Apa itu Balantidiasis ?

Balantidiasis merupakan jangkitan usus yang jarang berlaku disebabkan oleh bakteria Balantidium coli. Ia adalah parasit bersel tunggal yang kerap menjangkiti babi tetapi kadang-kadang (jarang) menjangkiti manusia.

Sesetengah orang yang dijangkiti mungkin tidak mempunyai simptom atau hanya cirit-birit ringan dan ketidakselesaan perut. Namun, orang lain mungkin mengalami simptom lebih teruk yang mengingatkan keradangan akut usus.

Jangkitan Balantidium pada manusia jarang terjadi di negara-negara seperti Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, balantidiasis lebih biasa berlaku dalam kalangan babi di kawasan yang lebih panas, dan pada monyet di kawasan beriklim tropika. Sebab itu, mengapa jangkitan manusia juga lebih biasa terjadi di bahagian-bahagian dalam dunia ini.

Apakah kebarangkalian Balantidiasis?

Balantidiasis boleh terjadi kepada pesakit pelbagai umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Balantidiasis ?

Jangkitan dengan parasit boleh mengakibatkan salah satu daripada tiga manifestasi:

  • Tanpa simptom di mana orang yang dijangkiti tidak menunjukkan apa-apa simptom tetapi menyingkirkan sista.
  • Akut di mana terdapat keradangan kolon (kolitis) dengan simptom teruk seperti cirit-birit berdarah.
  • Kronik di mana terdapat episod akut yang berulang tetapi pesakit hampir tidak mempunyai simtomatik di antara episod tersebut.

Simptom biasa bagi balantidiasis adalah:

  • Sakit perut.
  • Cirit birit (berair atau dengan darah mahupun mukus).
  • Disenteri.
  • Loya.
  • Hilang berat badan.
  • Muntah.
  • Sakit kepala.
  • Demam gred rendah.
  • Hilang selera.
  • Hilang cecair.
  • Nafas berbau.
  • Keradangan kolon (kolitis).
  • Kehadiran ulser dalam usus.
  • Penembusan usus (dalam peringkat lanjutan).

Banyak daripada simptom ini adalah tidak spesifik dan mungkin tersilap dengan penyakit lain.

Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu simptom, sila merujuk dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda mempunyai mana-mana tanda-tanda atau simptom yang disenaraikan di atas mahupun sebarang soalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh badan seseorang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.

Punca

Apakah punca Balantidiasis ?

Balantidiasis disebabkan oleh Balantidium coli. Perumah selalunya memperolehi sista (peringkat parasit Balantidium coli) melalui pengambilan makanan atau air yang telah tercemar. Kemudian, sista pergi ke peringkat seterusnya: trofozoit. Selepas memakannya, pengeksistaan berlaku dalam usus kecil, dan trofozoit menjajah usus besar.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Balantidiasis ?

Terdapat banyak faktor risiko untuk Balantidiasis, seperti:

  • Sentuhan dekat dengan babi.
  • Mengendalikan baja atau baja yang tercemar dengan najis babi.
  • Hidup di kawasan bekalan air yang tercemar.
  • Kurang nutrisi.
  • Tiada asid gastrik (achlorhididia).
  • Alkohol.
  • Kurang atau sistem imun yang lemah.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Balantidiasis didiagnosis?

Balantidiasis boleh didiagnosis dengan bantuan ujian yang berikut:

  • Ujian makmal: Sampel najis digunakan untuk mendiagnosis jangkitan B. coli.
  • Kolonoskopi: Pemeriksaan endoskopik kolon boleh dilakukan untuk mendapatkan sampel biopsi ulser.

Bagaimana pesakit Balantidiasis dirawat?

Rawatan Balantidiasis bertujuan untuk mengurangkan keterukan simptom dan bagi mengelakkan komplikasi. Pesakit dengan sistem imun yang lemah sering memerlukan kursus terapi yang lama.

Ubatan: Antibiotik diberikan untuk membunuh protozoa B. coli. Tetracycline atau alternatif lain seperti metronidazole, puromycin, iodoquinol, dan nitazoxanide boleh diberikan kepada pesakit yang menghidap balantidiasis. Tetracycline membunuh protozoa dengan menghalang sintesis protein dalam sel, sedangkan ubat sintetik metronidazole mempunyai tindakan anti-protozoa dan antibakteria yang berkesan. Kedua-dua ubat ini sering diberikan kepada pesakit yang mengalami cirit-birit.

  • Tablet Tetracycline diberikan selama 10 hari, 4 kali sehari, satu jam sebelum atau 2 jam selepas makan; Walau bagaimanapun, ia tidak disyorkan untuk wanita hamil.
  • Tablet metronidazole diberikan selama 5 hari, 3 kali sehari.
  • Sebagai alternatif, tablet iodoquinol diberikan selama 20 hari, 3 kali sehari, selepas makan.
  • Penambahan cecair dan elektrolit disyorkan bagi pesakit yang mengalami cirit-birit teruk.

Pembedahan: Pembedahan diperlukan dalam kes yang jarang berlaku, apabila Balantidiasis mengakibatkan apendisitis. Dalam pesakit yang sedemikian, apendiks dikeluarkan dalam prosedur pembedahan yang disebut apendektomi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Balantidiasis ?

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi Balantidiasis:

  • Minum dan menggunakan bekalan air bersih.
  • Mengekalkan keadaan hidup yang bersih.
  • Elakkan menyentuh babi dan baja yang tercemar dengan najis babi.
  • Basuh tangan dengan teliti menggunakan sabun dan air suam selepas menggunakan tandas serta sebelum mengendalikan makanan.
  • Membasuh semua buah-buahan dan sayur-sayuran dengan air bersih.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Rujukan

    Balantidiasis (Balantidium Coli Disease). http://www.healthhype.com/balantidiasis-balantidium-coli-disease.html. Accessed 26 Feb 2017.

    Balantidiasis. http://www.webmd.com/men/balantidiasis. Accessed 26 Feb 2017.

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Rotavirus: Punca Bayi dan Kanak-kanak Mendapat Diarrhea

    Kehidupan bersama jangkitan rotavirus akan menjadi tidak menyenangkan untuk jangka masa yang singkat bagi anak anda dan anda, sebagai penjaga mereka.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Jangkitan Usus Pencetus Penyakit Parkinson, Kajian

    Tahukah anda bahawa penyakit parkinson boleh berlaku disebabkan jangkitan pada usus? Sila ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Penyakit Crohn: Perkembangan Terkini Klinikal Dan Diagnosis

    Penyakit Crohn adalah sejenis penyakit keradangan usus yang kronik dan boleh berulang. Di UK, ianya dikira sebagai sejenis ketidakupayaan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Apa Perlu Saya Buat Jika Alami Cirit Birit Ketika Hamil? Perlu Risau Ke Tak?

    Jika alami cirit birit ketika hamil, ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Tetapi biasanya ia bukanlah satu isu besar. Ikuti cara ini untuk atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nurul Nazrah