Balanitis

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Definisi

Apa itu Balanitis?

Balanitis ialah bengkak dan kesakitan atau keradangan pada bahagian kulup atau kepala zakar lelaki. Ia lebih kerap berlaku pada lelaki yang tidak bersunat. Balanitis mungkin menyakitkan tetapi tidak serius. Ia boleh dirawat dengan ubat sapu.

Apakah kebarangkalian Balanitis?

Balanitis adalah keadaan biasa yang lebih kerap berlaku pada lelaki yang tidak bersunat. Anda boleh menghadkan risiko menghidap balanitis dengan mengurangkan faktor risikonya dan menjaga kebersihan peribadi. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Balanitis?

Tanda dan simptom balanitis yang kerap didapati ialah:

  • Kemerahan dan bengkak pada kepala atau kulup zakar
  • rasa sakit dan sukar membuang air kecil
  • lendiran berbau busuk
  • ruam pada bahagian kepala kulit zakar

Jika balanitis dibiarkan tanpa dirawat, bahagian batang kemaluan akan terkesan dan lepuh (bengkak berair) serta ulser boleh terbentuk.

Terdapat tanda dan simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai kerunsingan tentang mana-mana simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Balanitis tidak dikira sebagai serius tapi boleh menjadi tanda penyakit lain, seperti penyakit kelamin atau jangkitan yis. Adalah penting untuk anda maklumkan kepada doktor jika terdapat tanda atau simptom balanitis.

Jika bayi anda mempunyai tanda atau simptom balanitis, anda perlu membawanya berjumpa pakar kanak-kanak dengan kadar segera.

Hubungi doktor anda jika:

  • Bengkak semakin teruk selepas rawatan;
  • Keadaan anda tidak bertambah baik dalam 3 atau 4 hari
  • Anda mempunyai masalah menghasilkan air kencing atau jika anda melihat darah atau nanah dalam air kencing;
  • Balanitis berlaku kembali, dan sila pertimbangkan untuk bersunat jika balanitis kerap berulang.

Punca

Apakah Punca Balanitis?

Balanitis selalunya disebabkan kurang penjagaan kebersihan peribadi dalam kalangan lelaki yang tidak bersunat. Sebab-sebab yang lain termasuklah:

  • Jangkitan bakteria atau yis
  • Jangkitan air kencing
  • Alergi
  • Kurang penjagaan kebersihan peribadi
  • Trauma atau luka
  • Penyakit kelamin
  • Hubungan kelamin

Kulit kemaluan yang ketat boleh memerangkap air kencing, bakteria, dan mikroorganisma lain, yang menyebabkan balanitis.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Balanitis?

Terdapat banyak faktor risiko untuk balanitis, seperti:

  • penjagaan kebersihan yang lemah
  • jangkitan yis
  • pesakit artritis reaktif
  • Pesakit kencing manis yang tidak dirawat atau tidak terkawal
  • Penyakit kelamin seperti herpes atau gonorrhea

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Balanitis didiagnosis?

Untuk menentukan diagnosis yang betul, doktor anda mungkin akan melakukan ujian tersebut:

  • Mengambil rekod kesihatan dan pemeriksaan fizikal
  • Ujian makmal bagi sampel lendiran untuk menentukan jangkitan disebabkan yis atau bakteria.
  • Ujian darah untuk menentukan jika terdapat penyakit kelamin

Bagaimana pesakit Balanitis dirawat?

Rawatan bergantung kepada usia, punca, sama ada pesakit tersebut aktif secara seksual dan telah bersunat. Rawatan melibatkan menarik kulup zakar dan merendamnya dalam air suam. Kes sederhana memerlukan krim antibiotik untuk bahagian tersebut. Pesakit dengan kes yang lebih teruk atau kencing manis mungkin memerlukan antibiotik secara oral. Kadangkala krim corticosteroid diberi untuk mengurangkan bengkak. Kebiasaannya pembedahan tidak diperlukan.  

Waktu penyembuhan bergantung kepada punca dan simptom pesakit. Dalam kes yang mudah, simptom akan bertambah baik atau hilang setelah 5 hingga 10 hari. Dalam kes yang lebih kompleks, penyembuhan mungkin akan mengambil masa yang lebih lama.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Balanitis?

Perubahan gaya hidup dan rawatan tambahan berikut mungkin membantu anda menangani  balanitis:

  • Mengamalkan penjagaan kebersihan yang baik: basuh kemaluan lebih kerap dan tolak kulup zakar dan bersihkan bahagian hujung kemaluan.
  • Mengelakkan penyebab keradangan seperti sabun yang keras, krim pelembap atau pelincir
  • Sentiasa memakai kondom semasa hubungan kelamin
  • Mengikut saranan doktor
  • Mencuba sabun yang lebih lembut dan lihat jika ia meredakan simptom.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan