Ankylosing Spondylitis

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Ankylosing Spondylitis?

Ankylosing Spondylitis ialah keadaan sendi yang menyakitkan. Sendi bahagian belakang boleh bercantum dalam ankylosing spondylitis hingga mengakibatkan postur badan yang membongkok.

Bahagian yang paling kerap terkesan ialah bahagian belakang, dada dan leher. Sendi lain yang boleh terkesan termasuklah peha, bahu, lutut, dan buku lali. Penyakit ini juga boleh memberi kesan kepada organ lain seperti mata, jantung dan paru-paru.

Apakah kebarangkalian Ankylosing Spondylitis?

Ankylosing spondylitis sangat kerap dijumpai dengan nisbah lelaki 3 kali ganda lebih ramai menghidapnya berbanding perempuam. Hanya 5 peratus mendapat simptom selepas umur 45 tahun. Ankylosing Spondylitis memberi kesan kepada pesakit sehingga akhir hayat mereka.

Ia hanya boleh ditangani dengan cara mengurangkan faktor risiko. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Ankylosing Spondylitis?

Simptom dan tanda Ankylosing Spondylitis yang paling kerap dijumpai ialah sakit belakang yang bermula secara perlahan. Rasa keras dan sakit pada mungkin dapat dikurangkan pada waktu siang dengan aktiviti riadah. Sementara pesakit mungkin terbangun di waktu malam disebabkan rasa sakit.

Kebiasaannya rasa sakit tersebut bermula daripada bahagian bawah belakang badan, dan merebak ke keseluruhan tulang belakang.

Rasa sakit di bahagian bawah belakang badan yang disertai kekejangan otot sering kali dapat dilegakan dengan membongkok kehadapan. Disebabkan itu, pesakit sering kali membiasakan diri dengan postur badan yang membongkok sehingga mengakibatkan posisi bongkok yang kekal. Sementara bagi sesetengah pesakit ankylosing spondylitis yang lain pula tulang belakang kelihatan lurus dan keras.

Tulang belakang menjadi kurang fleksibel, keras dan rasa sakit juga boleh memberi kesan kepada sendi-sendi besar seperti peha, lutut dan bahu.

Hilang selera makan, demam skala rendah, kehilangan berat badan, rasa penat berlebihan dan anemia boleh berlaku dengan sakit belakang tersebut.

Penyakit ini juga boleh memberi kesan kepada organ lain seperti mata, jantung dan paru-paru. Pesakit dengan ankylosing spondylitis kadangkala mempunyai radang dalam mata, menyebabkan pedih mata, kemerah-merahan dan hilang penglihatan atau kabur.

Terdapat simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika ada simptom yang merisaukan anda, sila hubungi doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang gejala atau simptom yang disebutkan atau mempunyai sebarang persoalan, sila hubungi doktor anda. Setiap tubuh badan manusia bertindak dengan cara yang berbeza. Langkah yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor anda tentang apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Ankylosing Spondylitis?

Punca ankylosing spondylitis tidak diketahui. Kebarangkaliannya adalah gen yang diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak selain persekitaran juga turut memainkan peranan. Gen yang terkait dengan risiko ankylosing spondylitis ialah HLA-B27. Memiliki gen tersebut tidak bermakna anda bakal memdapat ankylosing spondylitis. Saintis kini menemui dua lagi gen (IL23R dan ERAP1) yang membawa risiko genetik untuk ankylosing spondylitis bersama dengan HLA-B27.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Ankylosing Spondylitis?

Terdapat banyak faktor yang meningkatkan risiko kepada ankylosing spondylitis, seperti:

  • Jantina: Lelaki lebih berisiko tinggi berbanding perempuan.
  • Usia: Penyakit ini selalunya bermula pada awal usia remaja
  • Genetik: Pesakit dengan gen HLA-B27, IL23R dan ERAP1 mempunyai risiko lebih tinggi.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Ankylosing Spondylitis didiagnosis?

Doktor akan mengambil sejarah pesakit, melakukan pemeriksaan fizikal, dan mendapatkan x-ray bahagian bawah tulang belakang (lumbar). X-ray menunjukkan radang dan penyatuan sendi (sendi sakroiliak) yang menghubungkan tulang lumbar dan peha. Doktor juga mungkin akan meminta MRI dilakukan. Doktor boleh menyarankan anda bertemu pakar reumatik.

Rekod Perubatan

Doktor yang mengambil rekod perubatan anda mungkin akan bertanya soalan seperti berikut:

  • Berapa lamakah anda merasa sakit?
  • Di manakah rasa sakit itu, di belakang badan atau leher? Adakah terdapat sendi lain yang terkesan?
  • Adakah rasa sakit belakang tersebut lebih baik sewaktu bersenam dan lebih teruk selepas tidak aktif seperti ketika bangun pagi.
  • Adakah terdapat masalah lain, seperti sakit mata atau letih?
  • Adakah terdapat sesiapa dalam keluarga anda mempunyai masalah sakit belakang atau artritis?
  • Adakah anda baru sahaja menghidap sakit gastrousus?
  • Adakah anda mempunyai sakit kulit seperti psoriasis?

Pemeriksaan Fizikal

Sewaktu pemeriksaan fizikal, doktor akan mencari gejala dan simptom termasuklah sakit sepanjang tulang belakang dan/atau pelvis, sendi sakroiliak, lutut dan dada. Doktor anda mungkin akan meminta untuk anda menggerakkan dan membengkokkan sendi dalam arah yang berbeza dan bernafas dengan dalam untuk melihat sebarang masalah.

Ujian Radiologi

X-ray dan MRI mungkin digunakan, tetapi ujian ini mempunyai kelemahannya. X-ray mungkin menunjukkan perubahan pada tulang belakang dan sendi; walaubagaimana pun, anda mungkin merasai keradangan bertahun-tahun sebelum menampakkan kerosakan yang kelihatan dalam X-ray. Manakala MRI mungkin menampakkan diagnosis lebih awal disebabkan keupayaannya mengesan kerosakan pada tisu lembut dan tulang sebelum kelihatan pada X-ray.

Ujian makmal

Ujian makmal utama turut sama dilakukan untuk mengesan gen HLA-B27. Bagaimanapun, ujian ini mempunyai kelemahannya. Gen tersebut hanya dikira sebagai petunjuk pada kebarangkalian risiko yang lebih tinggi. Gen tersebut boleh didapati dalam ramai pesakit yang tidak mempunyai dan tidak akan mendapat ankylosing spondylitis.

Bagaimana pesakit Ankylosing Spondylitis dirawat?

Tidak ada rawatan yang diketahui dapat memulihkan ankylosing spondylitis sepenuhnya. Rawatan lebih tertumpu untuk melegakan kesakitan dengan cara:

Ubatan seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs) mungkin dapat mengurangkan bengkak dan sakit.

Sesetengah NSAIDs boleh dibeli di kaunter seperti Aspirin, Ibuprofen (Advil, Motrin) dan Naproxen (Aleve, Naprosyn).

Anda juga mungkin memerlukan ubat yang lebih kuat untuk mengawal sakit dan bengkak, seperti:

  • terapi Corticosteroid (contohnya prednisone)
  • Sulfasalazine;
  • Methotrexate;
  • TNF-inhibitors (seperti etanercept, adalimumab, infliximab, golimumab).

Pembedahan mungkin akan dilakukan jika rasa sakit atau kerosakan sendi semakin melarat. 

Bersenam boleh membantu membentuk semula postur tubuh dan pernafasan, selain mengurangkan keradangan sendi. Baring secara telentang pada waktu malam dapat membantu mengekalkan postur normal.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Ankylosing Spondylitis?

Perubahan gaya hidup dan rawatan tambahan yang mungkin dapat membantu anda menangani ankylosing spondylitis:

  • Ambil ubat-ubatan yang disarankan doktor
  • Hubungi doktor anda jika anda jatuh atau menyedari sebarang perubahan dalam penjajaran leher atau bahagian belakang.
  • Hubungi doktor anda jika terdapat tanda kesan sampingan ubatan
  • Jangan merokok atau minum alkohol jika anda dinasihatkan doktor untuk berhenti. Ubatan anda mungkin terkesan dengan pengambilan alkohol.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut