Akrosianosis

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 1 minit bacaan

Definisi

Apakah itu akrosianosis?

Akrosianosis merupakan gangguan yang tidak menyakitkan seterusnya yang memberi kesan kepada arteri-arteri yang membekalkan darah ke kulit tangan dan kaki. Arteri-arteri kecil ini membawa oksigen dan nutrien melalui darah kepada kulit tangan dan kaki. Kekejangan dalam arteri menghalang pengaliran darah bagi mereka yang mengalami keadaan ini. Tanpa bekalan darah yang mencukupi, kulit akan kekurangan oksigen, yang merubah warna kulit kepada biru gelap seterusnya warna ungu. Ciri-ciri warna ini dipanggil sianosis.

Akrosianosis secara amnya adalah penyakit yang tidak berbahaya. Namun begitu, ia boleh menjadi satu petanda penyakit serius pada tempat lain di dalam badan seperti penyakit kardiovascular atau tisu penghubung.

Apakah kebarangkalian akrosianosis?

Akrosianosis bukan satu penyakit yang biasa. Ia sering terjadi lebih banyak kepada wanita berbanding lelaki. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom-simptom akrosianosis?

Simptom dan tanda-tanda tipikal bagi akrosianosis tangan mahupun kaki adalah berlarutan suhu sejuk dan penyahwarnaan biru. Mereka sering merasa berpeluh atau lembap, dan mungkin terdapat bengkak. Sianosis biru biasanya menjadi bertambah teruk apabila terdedah kepada suhu sejuk, dan kembali pulih apabila panas. Sangat jarang keadaan ini disertai dengan sebarang kesakitan. Nadi arteri yang normal sentiasa ada pada tangan dan kaki, memandangkan tiada halangan pada arteri besar tangan mahupun kaki.

Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan terhadap sesuatu simptom, sila merujuk dengan doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas mahupun sebarang soalan, sila merujuk dengan doktor anda. Setiap tubuh badan seseorang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.

Punca

Apakah yang mengakibatkan akrosianosis?

Apabila darah tidak boleh mengalir, kulit tersebut akan kekurangan oksigen yang diperlukan, dan menukar warna biru gelap kepada warna ungu. Ciri warna ini dipanggil sianosis. Oleh itu, namanya akrosianosis.

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko akrosianosis?

Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah akrosianosis didiagnosis?

Akrosianosis didiagnos secara klinikal, berdasarkan kepada sejarah perubatan dan pemeriksaan kesihatan. Nadi periferi yang normal mengetepikan penyakit oklusif arteri periferi, di mana penyempitan arteri mengehadkan aliran darah kepada tangan dan kaki. Oximetri nadi akan menunjukkan kepekatan oksigen yang normal. Bukan seperti fenomena Raynaud yang berkait rapat, penyakit sianosis sentiasa berterusan. Tambahan pula, keadaan ini biasanya tidak menyumbang kepada perubahan kulit trofik, sakit setempat atau ulser. Kapilaroskopi dan kaedah makmal yang lain mungkin membantu, namun hanya melengkapi diagnosis klinikal dalam kes tidak jelas terutama apabila mereka mempunyai gangguan tisu penghubung. Pengimejan dan ujian makmal adalah mandatori dalam kes yang tersangat teruk sahaja.

Bagaimanakah akrosianosis dirawat?

Secara umum, rawatannya adalah pendekatan akal dalam mencegah daripada terdedah suhu sejuk dan memastikan kaki sentiasa kering. Hal ini mungkin melibatkan penggunaan but tertebat, stoking pelapik polipropilena yang nipis untuk mengeringkan kelembapan daripada kulit dan stokin tertebat bagi mengekalkan suhu kulit yang normal.

Umumnya, tiada rawatan lain diperlukan. Dalam kes ekstrim, prosedur pembedahan yang dipanggil simpatektomi diperlukan bagi mengurangkan vasospasma yang berlarutan. Pembedahan ini disyorkan dalam kes yang teruk sahaja.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas akrosianosis?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangkitan Kuman, Serebral Palsi; Ada Lagi 13 Komplikasi Jika Bayi Lahir Pramatang

    Perkembangan bayi boleh terganggu dek kelahiran pramatang. Mereka juga berisiko untuk mengalami komplikasi negatif. Ketahui 13 kesan buruk bayi pramatang.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 03/07/2020 . 3 minit bacaan

    Selain Kanser, Ini 6 Sebab Mengapa Boleh Ada Benjolan Bawah Ketiak! No 5 Paling Tak Disangka!

    Kenapa ada benjolan di ketiak ni? Tak mungkin kanser tapi apa ya? Artikel ini ada jawapan untuk persoalan anda berkaitan keadaan kesihatan itu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 03/07/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Lelaki Saja, Wanita Juga Boleh Alami Masalah Orgasma Pramatang!

    Pernahkah anda mendengar tentang wanita yang mempunyai masalah klimaks awal? Ambil tahu tentang masalah ini dan cara untuk kenal pastinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 03/07/2020 . 3 minit bacaan

    Beronani Sebelum Beraksi Di Ranjang – Adakah Ia Membantu ‘Persembahan’ Anda?

    Ramai yang percaya bahawa kesan onani terhadap hubungan seks adalah boleh menyelesaikan masalah tidak tahan lama dan sukar mencapai orgasma. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 03/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    buah keras

    Selami Manfaat Buah Keras Terhadap Kesihatan dan Kecantikan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 8 minit bacaan
    lampu garam

    Simpan Lampu Garam Dalam Rumah Untuk Rawat Resdung? Baca Ini Sebelum Beli!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan
    pil kontrasepsi darurat

    Belum Bersedia Jadi Ibu? Ambil Pil Cegah Hamil, Penyelamat Selepas Si Dia Pancut Dalam!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan
    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 8 minit bacaan