Adakah Pita Kinesiologi Berkesan untuk Pelumba Lari?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 3 minit bacaan

Adakah anda seorang pelumba lari? Adakah anda perasan akan pita yang berwarna-warni yang ditampal pada badan atlet angkat berat atau pemain tenis? Anda mungkin tertanya-tanya jika ia berkesan untuk keadaan anda. Artikel ini menyediakan jawapan untuk kesemua persoalan anda tentang pita tersebut, pita kinesiologi.

Masalah yang boleh terjadi pada pelumba lari

Kecederaan boleh berlaku semasa anda berlari disebabkan aktiviti melampau atau pergerakan yang tidak betul:

  • Lutut pelari. Keadaan ini berlaku apabila terlebih menggunakan lutut anda, tulang rawan pada kepala lutut terkoyak, menyebabkan rasa sakit apabila anda mendaki anak tangga atau menuruninya
  • Patah tulang yang tertekan. Keadaan ini berlaku selepas anda bekerja terlalu keras dan badan anda tidak biasa dengan aktiviti yang dilakukan. Kepatahan tulang jenis ini sering melibatkan tulang keting dan tulang kaki. Kesakitan dari patah tulang ini boleh bertambah teruk apabila anda bergerak dan bertambah baik apabila anda berehat
  • Tulang keting terseliuh. Keadaan ini berlaku apabila anda menukar tahap aktiviti anda secara tiba-tiba. Ia boleh menyebabkan sakit pada bahagian depan kaki bawah
  • Otot tegang. Keadaan ini berlaku apabila anda terlebih meregang otot anda, menyebabkan koyakan kecil
  • Plantar fasciitis. Ia adalah keadaan di mana kepingan tisu yang tebal di bawah tapak kaki anda mengalami keradangan
  • Kulit melepuh. Keadaan ini terjadi apabila terdapat geseran pada kaki dan kasut anda. Ia menyebabkan kantung yang dipenuhi cecair pada kulit anda. Kadangkala, ia boleh pecah. Ia boleh menjadi sangat sakit

Matlamat dalam merawat seorang pelumba lari

Matlamat dalam rawatan untuk seorang pelumba lari adalah untuk memberi kelegaan dari rasa sakit, sokongan otot, penjagaan luka dan darah yang mengandungi nutirisi secukupnya tanpa membataskan pergerakan. Rawatan tersebut juga perlu mudah digunakan dan mudah dialihkan. Berat yang ringan juga disyorkan memandangkan berat juga boleh mengganggu kelajuan.

Adakah pita kinesiologi berkesan digunakan kepada pelumba lari?

Pita kinesiologi digunakan sejak beberapa tahun yang lepas. Apabila anda menampal pita yang terlebih regang pada kulit, ia akan merangsang badan anda, tindak balas kulit akan membuatkannnya ternaik. Pita ini menggalakkan otot berfungsi dengan normal, meningkatkan pengaliran darah dan limfatik. Pita ini juga membantu badan anda membetulkan penjajaran yang teralih.

Pita kinesiologi adalah kalis air, jadi anda tidak perlu risau ia akan tertanggal semasa anda berlari (kesan dari berpeluh). Warna yang berwarna-warni akan membuatkan anda lebih selesa dan yakin apabila menggunakannya.

Ia adalah rawatan yang baru, jadi sila bertanya kepada pakar terapi anda sebelum anda memilih untuk menggunakannya. Ia adalah lebih baik jika pakar terapi yang melakukannya untuk anda.

Siapakah yang tidak patut menggunakan pita kinesiologi ini?

Walaupun pita ini selalunya selamat, anda perlu mempertimbangkannya dengan berhati-hati sebelum mencubanya kerana sesetengah orang boleh memberi tindak balas yang negatif kepada rawatan ini. Sila pertimbangkan jika anda mempunyai sekurang-kurangnya satu keadaan di bawah:

  • Alergik pada pita pelekat, kapas mahupun akrilik. Jika anda mempunyai alergik terhadap akrilik mahupun gel pelekat yang lain, anda perlu mengelak daripada menggunakannya. Pita tersebut bukan  sahaja ditampal semasa anda bersenam, tetapi pada setiap masa, walaupun semasa anda berpeluh atau mandi
  • Masalah kulit. Jangan lekatkan pita tersebut pada luka yang terbuka atau belahan kulit yang belum sembuh sepenuhnya. Ini mungkin boleh menyebabkan luka bertambah teruk. Jika kulit anda sensitif, anda perlu mempertimbangkannya

Pita kinesiologi berkesan digunakan oleh pelumba lari. Ia dapat mengurangkan sakit yang datang semasa berlari, menguatkan otot kaki, dan menggalakkan pengaliran darah. Walau bagaimanapun, pita kinesiologi juga mempunyai kontrandikasi. Sila semak dengan pakar terapi atau doktor anda jika anda sesuai menggunakannya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Orang Tua Anda Menghidap Kencing Manis? Ini Cara Penjagaannya, Ada 9 Checklist Kena Patuhi!

    Bagi mereka yang terlibat dengan penjagaan warga tua dengan diabetes, kami ada checklist untuk memudahkan anda dengan penjagaan warga emas di rumah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 05/08/2020 . 3 minit bacaan

    Pakai Semula Pelitup Muka? Boleh, Kalau Tahu Cara Simpan Yang Betul! Ini Tipnya

    Penggunaan topeng muka amat penting di saat wabak coronavirus ini. Namun, bolehkah penutup muka digunakan lebih daripada sekali?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Coronavirus, COVID-19 05/08/2020 . 3 minit bacaan

    Lelaki Makin Tua, Makin Menggatal? Salah Itu! Cik Abang Yang Menopaus Akan Turun Nafsu Syahwat!

    Pernahkah anda dengar perkataan andropaus? Andropaus terjadi ketika hormon seks lelaki berkurang seiring usia. Kondisi ini berlaku kepada semua lelaki.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 05/08/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Ambil Remeh Jika Faraj Asyik Gatal, Ini Mungkin Petanda Anda Alami Psoriasis Kemaluan!

    Kulit yang bersisik dan kemerahan sering dikaitkan dengan psoriasis. Psoriasis juga boleh berlaku pada vagina, dan tandanya gatal di kemaluan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 04/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    wanita tanpa faraj

    Lahir Tanpa Faraj Tidak Mustahil Berlaku Pada Wanita, Bagaimana Nak Hamil Jika Begini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan
    rawatan mati pucuk

    Lelaki Nak Rawat Masalah Mati Pucuk? Buat Senaman Kegel Saja, Boleh Lakukan Bersama Isteri

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan
    suntikan hormon

    Wanita Tanpa Waktu Subur Sukar Hamil, Tapi Ini Cara Mudah Dapatkan Ovulasi, Hanya Di Rumah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan
    mandi hujan

    Kenapa Anak Selalu Jatuh Sakit Jika Terkena Hujan? Ini Bukan Salah Hujan, Sebaliknya Ada Sebab Lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan