Adakah Anda Tidur Berdengkur?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/07/2020 . 2 minit bacaan

Berdengkur adalah bunyi serak atau keras yang berlaku ketika udara melalui tisu pada bahagian leher, yang menyebabkan tisu bergetar ketika bernafas. Tidur berdengkur merupakan satu fenomena biasa dan lebih kerap berlaku pada individu lelaki berbanding wanita.

Dengkur, boleh dianggap satu perkara normal, namun, ada masanya ia boleh menunjukkan masalah kesihatan yang serius dan boleh menjadi semakin teruk seiring dengan pertambahan usia. Malahan, berdengkur juga boleh mengganggu pasangan anda.

Simptom

Bagaimana untuk mengetahui anda berdengkur atau tidak? Mudah sahaja, jika ia terlalu kuat sehingga mengejutkan pasangan anda, pastinya anda akan mendengar rungutan pada keesokkan paginya.

Berdengkur jua sering dikaitkan dengan gangguan tidur yang dirujuk sebagai apnea tidur obstruktif (OSA). tidak semua masalah dengkur berkaitan dengan OSA, tetapi, jika ia diiringi dengan sebarang simptom di bawah, ia mungkin petanda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut untuk OSA:

  • Pernafasan terhenti seketika sewaktu tidur
  • Rasa mengantuk secara berlebihan pada waktu siang
  • Kesukaran untuk menumpukan perhatian
  • Sakit kepala pada waktu pagi
  • Sakit tekak apabila bangun
  • Tidur yang tidak mencukupi
  • Tersedak atau terasa tercekik pada waktu malam
  • Tekanan darah tinggi
  • Rasa sakit dada pada waktu malam
  • Dengkuran yang terlalu kuat sehingga mengganggu pasangan
  • Pada kanak-kanak, akan menyebabkan kurang fokus, masalah tingkah laku atau prestasi lemah di sekolah

Punca

Bunyi dengkur adalah berbeza, bergantung kepada bagaimana udara terhad di hidung, mulut, atau tekak.

  • Mengalami selsema dan alahan akan membuatkan keadaan berdengkur ini semakin teruk yang disebabkan kesesakan hidung dan bengkak tekak.
  • Masalah berat badan berlebihan juga boleh mengakibatkan dengkur kerana pertambahan lemak yang berlebihan pada leher yang menghalang saluran udara apabila anda berbaring.
  • Ada masanya bentuk anatomi mulut juga boleh menjadi punca dengkur kerana terdapat tisu dan saiz tonsil yang mengehadkan aliran udara.
  • Pengambilan alkohol yang terlalu banyak sebelum tidur juga boleh menyebabkan berdengkur.
  • Masalah hidung, kekurangan tidur serta posisi tidur juga boleh menjadi penyebab berlakunya dengkuran.
  • Ubatan yang diambil juga boleh menjadi antara punca dengkur.

Langkah pencegahan

Untuk merawat masalah berdengkur, perubahan gaya hidup merupakan langkah pertama yang akan dicadangkan, seperti:

  • Mengurangkan berat badan
  • Elakkan pengambilan alkohol hampir dengan waktu tidur
  • Rawati masalah hidung tersumbat
  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Tukar posisi tidur; hindari tidur terlentang, sebaliknya tidur secara mengiring.
  • Tidur waktu yang sama setiap makan
  • Gunakan bantal tambahan
  • Berhenti merokok
  • Rawat masalah alahan kronik

Jika anda kerap berdengkur, mungkin anda perlu berjumpa doktor untuk membantu anda mendapatkan tidur yang lebih baik dan meningkatkan kualiti hidup anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Betul ke Tidur Berdengkur Buat Anda Lebih Mengantuk?

    Kalau kena sebilik dengan individu yang tidur berdengkur, mesti tak boleh tidurkan? Tapi betul ke individu berdengkur ini tak dapat tidur yang berkualiti?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 01/10/2019 . 3 minit bacaan

    Tip Hindari Tidur Berdengkur

    Berdengkur adalah sesuatu yang normal untuk berlaku ketika anda sedang tidur. Ikuti tip hindari tidur berdengkur agar mendapat tidur yang berkualiti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 03/04/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    punca berdengkur

    Terlalu Penat Kerja Boleh Sebabkan Berdengkur Pada Waktu Malam?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan
    masalah tidur

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 minit bacaan

    Bahana Ibu Hamil Tidur Berdengkur, Bukan Saja Tingkat Risiko Pre-Eklampsia, Tapi Juga Bersalin C-zer

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/05/2020 . 3 minit bacaan

    11 Tanda Dengkuran Anda Itu Sebenarnya Petanda BAHAYA Hingga Boleh Maut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/12/2019 . 4 minit bacaan