95% Masyarakat Tidak Sedar Dijangkiti Hepatitis C

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan

Hepatitis C adalah sejenis keradangan hati yang disebabkan oleh virus Hepatitis C (HCV) dan boleh membawa kepada komplikasi seperti sirosis dan kanser hati jika tidak dirawat.

Di Malaysia, terdapat lebih kurang 380,000 orang yang menghidapi Hepatitis C dan kebanyakan daripada mereka tidak sedar mereka dijangkiti. Malah, terdapat lebih kurang 70 juta orang yang menghidapi Hepatitis C di seluruh dunia.

Manakala 80% kematian akibat kanser hati adalah disebabkan Hepatitis B dan C. Jumlah kematian akibat hepatitis kini melebihi penyakit kronik berjangkit lain seperti human imunodeficiency virus (HIV) dan batuk kering (tuberculosis, TB).

Presiden Hepatitis Free Malaysia (HFM) dan Perunding Hepatologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM) Profesor Dr Rosmawati Mohamed berkata, kanser hati adalah antara penyebab utama peningkatan kadar kematian kes Hepatitis C di seluruh dunia, dipacu oleh epidemik Hepatitis C dan juga peningkatan umur mereka yang tidak sedar mereka berjangkit.

“Mereka yang dijangkiti HCV tidak akan mengalami sebarang simptom sehingga penyakit telah mencapai tahap lanjut dan ini menyukarkan usaha pengesanan awal dan rawatan segera bagi menghalang penularannya.

“HCV tidak mempunyai sebarang vaksin seperti Hepatitis B yang sudah menunjukkan penurunan ketara jangkitan. Oleh itu, masyarakat digesa untuk mendapatkan ujian darah bagi mengesahkan jangkitan Hepatitis C melalui ujian darah,” katanya pada Pelancaran Kempen “How’s Your Blood?” di Sunway Pyramid. 

Berdasarkan kajian diterbitkan pada 2017 daripada Global Burden of Disease Study, jumlah kes baru janser hati telah meningkat sebanyak 75% di antara tahun 1990 hingga 2015. Malah, kini ia merupakan penyebab kematian akibat kanser yang kedua tertinggi di seluruh dunia.

Hepatitis C lazimnya berjangkit melalui jangkitan darah. Mereka yang menerima transfusi darah atau produk darah yang tidak melalui ujian saringan sebelum tahun 1994 berisiko mendapat HCV. 

isiko lainnya adalah membuat tindikan badan atau tatu dengan peralatan yang tidak disteril, pengkongsian jarum semasa menyuntik dadah dan menjalani hemodialisis.

HCV tidak boleh disebarkan melalui susu ibu, makanan, air atau sentuhan dan perkongsian makanan atau minuman dengan orang yang terjangkit.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    1 Tin Minuman Berkarbonat Sehari Meningkatkan Risiko Kanser

    Kita semua tahu pengambilan minuman bergula seperti minuman berkarbonat mempunyai kesan buruk dalam jangka masa panjang kepada kesihatan tapi tahukah anda meminum satu tin minuman berkarbonat sehari boleh meningkatkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/03/2019 . 3 minit bacaan

    14 Makanan Yang Membersihkan Hati

    Terdapat banyak bahan proses yang perlu diproses oleh hati dalam makanan yang diambil oleh masyarakat moden kini. Dengan menyerap makanan yang diproses atau makanan bergoreng yang berlebihan, atau berlaku pendedahan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 28/02/2019 . 3 minit bacaan

    Malaysia Berdepan Sekatan Ekonomi Amerika Kerana Ubat Generik Hepatitis C?

    Pada 11 Februari yang lepas, pertubuhan Doctors Without Borders (MSF) telah menghantar sepucuk surat sokongan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyokong tindakan kerajaan untuk menggunakan lesen ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Berita, Berita Antarabangsa 13/02/2019 . 2 minit bacaan

    Kulit Gatal Tanda Penyakit Hati?

    Kulit bertindak sebagai jendela kepada tahap kesihatan keseluruhan anda. Disebabkan itu, penyakit dalaman mungkin menunjukkan tandanya dengan perubahan kulit. Kulit gatal atau pruritus boleh menjadi petunjuk kepada ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 24/01/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pencemaran-udara-pembunuh-senyap-kehamilan

    Berdasarkan Kajian, Pencemaran Udara Boleh Jadi Pembunuh Senyap Kehamilan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/11/2019 . 2 minit bacaan
    keletihan

    Kanser Hati: Tip Melawan Keletihan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 17/04/2019 . 2 minit bacaan
    kadar survival

    Kadar Survival Untuk Kanser Hati

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 17/04/2019 . 3 minit bacaan
    kanser hati

    Ubat-ubatan yang Perlu Dielakkan Jika Anda Mempunyai Kanser Hati

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 08/04/2019 . 2 minit bacaan