16 Oktober: Memperingati Hari Anestesia Sedunia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 16/10/2018 . 2 minit bacaan

Pernahkah anda terfikir apa yang akan berlaku kepada dunia perubatan tanpa anestesia? Jangankan pembedahan major seperti jantung, paru-paru dan usus, membuang ketumbuhan kecil di kulit atau berkhatan pun akan menjadi satu prosedur yang berat.

Anestesia atau bius merupakan satu bidang yang sangat penting. Terdapat dua jenis bius:

  • Lokal. Pesakit dalam keadaan sedar dan bius melibatkan bahagian tertentu pada tubuh. Bius lokal digunakan dalam prosedur ringan atau yang melibatkan bahagian bawah pusat.
  • Umum. Pesakit dalam keadaan tidak sedar. Seluruh badannya dalam keadaan bius. Jenis ini digunakan dalam pembedahan major atau melibatkan bahagian atas pusat.

Anestesia terdapat dalam beberapa bentuk iaitu gas dan cecair. Setiap bentuk digunakan dalam situasi yang berbeza dengan tujuan tertentu.

16 Oktober 1846 detik bersejarah dalam dunia anestesia

Sejarah anestesia telah bermula sejak beribu tahun dahulu. Antara catatan terawal ialah pada 4000 tahun sebelum Masihi di mana penemuan opium yang dipercayai digunakan oleh bangsa tamadun Sumeria yang terletak di sebahagian negara Iraq moden.

Perkembangan terus berlaku dengan pelbagai teknik dan kaedah untuk menghasilkan alat dan ubat bius. Pada 16 Oktober 1846, seorang doktor gigi Amerika, William T. G. Morton telah mencipta sejarah apabila berjaya menjalankan pembedahan pertama di bawah pengaruh anestesia gas di khalayak ramai.

Pembedahan pertama di bawah pengaruh anestesia gas. Sumber: https://www.woodlibrarymuseum.org/history-of-anesthesia/

Pembedahan tersebut berjalan di Massachusetts General Hospital (Fakulti Perubatan Harvard hari ini) dan telah mendapat liputan media yang meluas sehingga menarik minat doktor lain untuk mencubanya. Ketika itu jugalah perkataan “anesthesia” yang berasal daripada bahasa Greek mula digunakan.

Tarikh 16 Oktober kemudian disambut sebagai Hari Anestesia Sedunia.

Doktor bius, hero yang tidak didendang

Apabila bercakap tentang pembedahan, kebiasaannya tukang bedah akan dilihat sebagai pemain utama. Namun, ramai orang lupa tentang peranan doktor bius yang sangat penting.

Doktor bius perlu datang sebelum pesakit dibawa masuk ke dalam dewan bedah untuk menjalankan pemeriksaan ke atas pesakit dan mereka perlu berada di sisi pesakit sepanjang pembedahan sehingga pesakit sedar. Meskipun tidak melakukan pembedahan, kestabilan pesakit sepanjang pembedahan adalah di bawah tanggungjawab mereka.

Tanpa mereka, satu pembedahan pun tidak akan dapat dijalankan dengan berjaya. Terima kasih doktor bius!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bagaimana Mempersiapkan Anak Anda untuk Pembiusan

    Apabila anak anda perlu menjalani pembedahan yang melibatkan pembiusan, pasti terdapat banyak tanda tanya yang bermain dalam fikiran anda. Salah satu persoalan yang paling biasa ialah penggunaan ubat bius sama ada ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Pusat Kesihatan, Keibubapaan, Tips Keibubapaan 20/03/2019 . 2 minit bacaan

    Obesiti dan Risiko Pembedahan

    Obesiti adalah keadaan di mana terdapat kandungan lemak badan berlebihan yang membahayakan kesihatan. Ramai orang yang gemuk atau berlebihan berat badan berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan seperti penyakit ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan, Pembedahan A-Z 19/03/2019 . 2 minit bacaan

    Kesan Pembedahan terhadap Perubahan Hormon

    Pembedahan dan prosedur anestesia boleh membawa kepada beberapa perubahan hormon. Hipovolemi (penurunan isi padu darah) dan kesakitan adalah kesan langsung tindak balas hormon terhadap trauma termasuklah pembedahan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan, Pembedahan A-Z 19/03/2019 . 2 minit bacaan

    Anestesia: Jenis-jenis Ubat Bius yang Patut Anda Ketahui

    Pelbagai prosedur perubatan memerlukan penggunaan ubat bius atau anestesia. Ubat bius memang sangat diperlukan untuk melegakan kesakitan pesakit dalam proses tersebut. Tetapi dengan prosedur yang berbeza, ubat bius ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan, Pembedahan A-Z 19/03/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    anestesia

    Berapa Lamakah Anestesia Kekal dalam Tubuh Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 29/03/2019 . 2 minit bacaan
    orang tua, ubat bius, pembiusan, warga emas

    Anestesia bagi Warga Emas: Bahaya atau Selamat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 22/03/2019 . 3 minit bacaan
    suntikan epidural

    Kesan Sampingan Suntikan Epidural

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 22/03/2019 . 2 minit bacaan
    anestesia, kesan sampingan, pembiusan

    Kesan Sampingan Anestesia: Apa yang Patut Anda Jangkakan Selepas Pembedahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 22/03/2019 . 3 minit bacaan