Anak Takut Gelap, [email protected]? Ketahui Fobia Lazim Bayi, Kanak-kanak & Remaja

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/05/2020

Ketakutan dialami kanak-kanak adalah 1 perkara normal. Rasa takut itu menjadikan anak lebih berwaspada. Tetapi ada cara untuk ibu bapa bantu atasi fobia anak.

Fobia anak dan ketakutan 

Tidak semua ketakutan yang dialami adalah negatif. Malahan, ketakutan dialami kanak-kanak itu berfungsi sebagai 1 dasar batasan kehidupan. Setuju atau tidak?

Menurut Pengarang Freeing Your Child from Anxiety merangkap Pengarah Pusat Kanak-kanak OCD dan Kegelisahan di Plymouth Meeting, Pennsylvania, Dr Tamar E. Chansky, tanpa rasa takut, kita mungkin ‘melompat’ pada tempat tidak sepatutnya.

Chansky menjelaskan, sesetengah ketakutan bersifat evolusi.

Sebagai contoh, ramai individu dewasa dan kanak-kanak terus berasa takut walaupun tidak berpengalaman berhadapan dengan ketakutan mereka. 

Contohnya, otak mereka terus berhubung untuk melindungi diri daripada ular walaupun dalam realiti kehidupan mereka tidak pernah berdepan dengan ular, sama ada berbisa atau tidak. 

Walau bagaimanapun, terdapat juga kanak-kanak yang mengalami gangguan kegelisahan. Ia adalah 1 tindak balas emosi kuat terhadap pengalaman penuh ketegangan. 

Jenis ketakutan dialami kanak-kanak

ketakutan-dialami-kanak-kanak-dan-cara-atasinya

Fobia anak yang dirasai biasanya akan berubah seiring peredaran masa. Berikut adalah antara ketakutan dialami kanak-kanak yang paling biasa dihadapi berdasarkan peringkat usia:

Ketakutan bayi atau kanak-kanak kecil

  • Bunyi bising yang kuat atau pergerakan secara mendadak
  • Objek besar yang tinggi
  • Individu asing
  • Perpisahan 
  • Perubahan dalam rumah

Bayi yang berusia 8-9 bulan, sudah mampu mengenal pasti wajah yang dikenali.

Oleh sebab itu, wajah individu baru sama ada pengasuh baru atau saudara yang jarang ditemui boleh menyebabkan ketakutan kepada mereka.

Manakala kanak-kanak kecil pada usia 10 bulan hingga 2 tahun, sudah mula berasa takut berpisah dengan ibu bapa.

Mereka mungkin tidak mahu ditinggalkan ibu bapa di pusat asuhan atau semasa waktu tidur mereka. 

Ketakutan ketika tahun prasekolah

  • Gelap
  • Kebisingan pada waktu malam
  • Topeng
  • Raksasa dan hantu
  • Haiwan seperti anjing

Kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun sudah boleh berimaginasi tetapi mereka masih belum dapat membezakan realiti dan sebaliknya.

Bagi mereka raksasa menakutkan sehingga kelihatan seperti wujud.

Ketakutan apabila memasuki zaman persekolahan

  • Ular dan labah-labah
  • Kilat dan bencana alam
  • Bersendirian di rumah
  • Takut kepada guru yang marah
  • Berita atau rancangan yang menakutkan
  • Kecederaan, kesakitan, doktor, suntikan atau kematian
  • Takut kepada kegagalan dan penolakan

Apabila mencecah usia 7 tahun, raksasa di bawah katil sudah tidak kelihatan terlalu menakutkan kerana mereka menyedari bahawa ia tidak wujud. 

Pada usia ini, ketakutan dialami kanak-kanak sudah berubah. Mereka mungkin berasa takut tentang bencana alam yang mereka dengar.

Malahan mereka juga mungkin takut disakiti atau kehilangan individu yang mereka sayangi.

Kanak-kanak yang mula memasuki alam persekolahan juga akan berasa gelisah tentang tugasan kerja rumah, keputusan peperiksaan atau keupayaan menyesuaikan diri dengan rakan-rakan.

Ketakutan zaman remaja

Pada tahap ini, anak-anak anda mungkin berasa gelisah tentang penampilan dan penyesuaian diri.

Mereka mungkin berasa gelisah atau takut sebelum memberikan buku laporan sekolah, memulakan sesi persekolahan baru atau mengambil peperiksaan utama.

Mengatasi ketakutan dialami kanak-kanak

fobia-anak

Untuk mengatasi fobia anak, anda boleh membantu dengan melakukan beberapa perkara berikut:

  1. Tenangkan bayi atau si kecil dengan berkata, “Tidak mengapa, Husna selamat, mama ada dekat sini.” Biarkan anak anda tahu yang anda ada untuk melindungi mereka. Berikan dakapan dan ayat manis untuk membantu anak berasa selamat.
  2. Apabila anak semakin membesar, ambil langkah untuk mendengar dan berbincang. Pastikan anda berada dalam keadaan tenang. Bantu si kecil untuk meluahkan apa yang dirasai dengan perkataan.
  3. Bantu bayi untuk membiasakan diri dengan individu baharu ketika anda mendukungnya dan biarkan si manja berasa selamat. Lama-kelamaan, individu baharu itu tidak akan menjadi terlalu asing buat si manja.
  4. Biarkan si kecil untuk berjauhan dengan anda untuk jangka masa pendek pada kali pertama. Apabila anda ingin berpisah dengan si kecil, berikan pelukan, senyuman dan terus pergi. Biarkan anak tahu bahawa anda akan sentiasa kembali. 
  5. Jika anak anda takutkan kegelapan, wujudkan rutin tidur yang menenangkan. Bacakan buku, bernyanyi atau berzikir kepada anak. Biarkan mereka berasa selamat dan disayangi.
  6. Bantu anak untuk berdepan ketakutan secara perlahan-lahan. Contohnya, sama-sama memeriksa jika wujud raksasa di bawah katil. Apabila anda bersamanya, biarkan anak mengetahui tiada apa yang perlu ditakutkan. Berikan semangat kepadanya.
  7. Hadkan imej, filem, drama atau rancangan kanak-kanak yang menakutkan. Ini boleh menyebabkan wujudnya ketakutan.
  8. Bantu si kecil dan anak remaja anda untuk bersedia berdepan cabaran, seperti ujian dan laporan sekolah. Biarkan mereka menyedari bahawa anda mempercayai mereka.

Bantu hilangkan ketakutan dialami kanak-kanak

Fobia anak kecil, tidak kira berapa usia mereka, sama ada 5 atau 15 tahun, pastikan anda membantu menghilangkan ketakutan itu dengan rasa hormat.

Jangan pernah memandang remeh ketakutan yang dialami.

Bantu anak berdepan ketakutan dalam rasa yang selesa tanpa keterpaksaan.

Elakkan memperkecilkan rasa takut mereka. Walaupun masih kecil, mereka juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Grooming oleh Pemangsa Pedofilia: Kenalpasti dan Cegah!

Grooming adalah apabila seorang dewasa membina hubungan emosi dengan seorang kanak-kanak untuk mendapatkan kepercayaan mereka untuk tujuan penderaan seksual, eksploitasi seksual atau pemerdagangan. Sepertimana istilah ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan

Agorafobia

Kenali apa itu Agorafobia . Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela

Penjagaan Bayi Bulan Ke-33

Perkembangan & Pelakuan Apa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini? Imaginasi sering memberikan kelahiran sementara terhadap raksasa, naga, hantu, dan makhluk misteri lain yang gelap supaya takut gelap ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz

Artikel lain untuk anda

fobia

Takut Tinggi? Takut Air? Ini Merupakan Jenis Fobia Yang Mungkin Anda Alami

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 25/10/2019
apa itu trypophobia

Apa Itu Trypophobia?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 03/12/2018
bau badan

Bromidrofobia: Ketakutan Melampau dengan Bau Badan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Diterbitkan pada 18/10/2018

Fobia: Adakah Sekadar Permainan Perasaan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Diterbitkan pada 04/09/2018