backup og meta

Anak Cenderung Mudah Belajar & Selesa Bercakap Jika Berimaginasi Dengan Teman Bermain - Pakar

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 28/07/2020

    Anak Cenderung Mudah Belajar & Selesa Bercakap Jika Berimaginasi Dengan Teman Bermain - Pakar

    Mama, kawan adik ajak main dekat luar, boleh kan?’, tanya seorang kanak-kanak kepada ibunya yang kelihatan agak kebingungan. Ini kerana tiada seorang pun yang berada berdekatan dengan anaknya itu!

    Mungkin kalian sebagai ibu bapa pun pernah mengalami situasi sebegini bukan? Sebenarnya, anak anda itu bukan berhalusinasi sebaliknya berimaginasi dalam berkawan.

    Untuk pengetahuan anda, inilah yang dinamakan sebagai kawan imaginasi. Jika kalian masih ingat, mungkin semasa kecil pun anda pernah mengalaminya.

    Persoalannya, adakah perkara ini normal dan apakah kesan di sebaliknya? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya dengan lebih mendalam lagi.

    Kawan imaginasi – adakah ia normal?

    mengajar-anak-memakai-baju-sendiri

    Kita sering sahaja dimomokkan dengan ketidaknormalan mempunyai kawan imaginasi.

    Dalam kalangan masyarakat kita sendiri pun ada yang percaya bahawa itu ada kaitannya dengan makhluk halus atau ghaib.

    Hakikatnya, tidak.

    Sebenarnya mempunyai kawan imaginasi semasa usia kanak-kanak itu adalah satu perkara yang normal.

    Namun, itu tidak bermakna ibu bapa perlu membiarkannya sahaja tanpa berwaspada.

    Menurut Pakar Psikologi Dr. Cami Winkelspecht yang bertugas di Nationwide Children’s Hospital, kawan imaginasi adalah salah satu realiti perkembangan seorang kanak-kanak.

    Secara tipikalnya, mereka akan melalui fasa ini pada sekitar tempoh awal persekolahan kanak-kanak. Fasa ini pula selalunya akan datang dan pergi tanpa ibu bapa sendiri sedar.

    Dalam pada itu, mempunyai rakan imaginasi juga boleh mendatangkan beberapa manfaat kepada si kecil!

    Apa manfaatnya terhadap kanak-kanak?

    Hakikatnya, lebih banyak kesan positif berbanding negatif jika si anak mempunyai kawan imaginasi. Antara manfaatnya terhadap kanak-kanak termasuklah:

    #1. Anak anda akan lebih selesa bercakap

    Jika anak anda tidak ada mood untuk memberitahu ibu bapa mengenai apa yang dilakukan di sekolah, dia mungkin akan bercakap tentangnya dengan ‘kawan’ tersebut.

    Ini penting untuk anda mendapatkan sedikit klu.

    #2. Anak anda akan lebih mudah belajar

    Anak anda memerlukan sokongan dan galakan untuk belajar setiap perkara yang baharu.

    Si kecil mungkin lebih bersemangat untuk mengemas katil atau mainan dengan bantuan ‘kawan’ mereka itu.

    #3. Ia adalah tempat untuk anak anda meluahkan perasaan

    Kadangkala, kanak-kanak memang sukar untuk meluahkan apa yang mereka sedang fikir atau rasa kepada penjaga.

    Namun, ‘kawan’ mereka inilah tempat mereka mengadu. Jadi, gunakanlah mereka sebagai ‘spy’ anda.

    #4. Ia mengajar ibu bapa lebih kreatif

    Ada masanya ibu bapa sendiri pun akan mengalami masalah untuk berinteraksi dengan si kecil bukan?

    Jadi, manfaatkan ‘kawan’ mereka ini dalam bermain atau bermesra dengan anak anda. Ia sudah tentu akan meningkatkan kreativiti ibu bapa dan juga si kecil sendiri.

    Apa yang ibu bapa perlu lakukan?

    Sekarang kita sudah tahu bahawa terdapat beberapa manfaat kepada anak jika mempunyai kawan imaginasi.

    Pun begitu, apa yang ibu bapa perlu lakukan untuk tidak menghalang perkembangan si kecil?

  • Elakkan bercakap secara langsung – Jangan cuba untuk bercakap secara langsung dengan ‘kawan’ mereka itu. Sebaliknya, minta anak anda menjadi orang tengah. Ini penting untuk melatih kemahiran interaksi si kecil.
  • Layankan kerenah anak anda – Jangan pula anda terus menafikan kewujudan ‘kawan’ mereka itu. Adalah lebih baik untuk anda layankan sahaja segala perbuatan si kecil untuk mengelak dari mereka rasa dikritik oleh anda sendiri.
  • Jangan biar anak anda lepas tangan – Kebiasaannya, si kecil akan menggunakan ‘kawan’ mereka ini untuk lari dari masalah. Sebagai contoh, anak anda mungkin akan menuduh mereka yang membuat mainan bersepah. Ibu bapa perlu tegas dan minta mereka berdua mengemas bersama-sama.
  • Jumpa pakar sekiranya berlanjutan – Ya, ia mungkin normal namun anda harus berhati-hati jika ia berpanjangan sehingga kanak-kanak mencecah usia remaja. Jika ini berlaku, segera bawa anak anda berjumpa pakar kanak-kanak.
  • Kesimpulan

    Jika anak anda gemar bercakap seorang diri ataupun sering berceritakan tentang teman yang sering menemaninya bermain, ibu bapa usahlah terus menghukum si kecil berhalusinasi atau bermasalah mental.

    Ia normal untuk kanak-kanak yang masih kecil, namun jika ia mengganggu perkembangan si anak, dapatkan rundingan dari pakar perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 28/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan