Ekzema, Ruam dan Alahan, Ini Antara Jenis Penyakit Kulit Yang Kerap Berlaku Pada Bayi!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/07/2020 . 2 minit bacaan

Setiap ibu bapa mahukan kulit bayi mereka kekal sihat, bersih, dan licin. Disebabkan itu, ada ibu bapa yang sanggup mengambil risiko dan berhabis wang ringgit menggunakan pelbagai jenis produk atau rawatan semata-mata demi kecantikan kulit bayi. Namun begitu, penyakit kulit bayi seperti ekzema, ruam dan alahan masih berisiko menjangkiti bayi anda. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Ekzema

penyakit kulit bayi

Ekzema atau atopic dermatitis adalah sejenis keradangan pada kulit yang turut mendatangkan bengkak, gatal dan ruam merah yang kelihatan seperti kulit yang melecur. Ia kebiasaannya akan dihidapi oleh kanak-kanak yang berusia bawah 5 tahun dan akan menjangkiti bahagian muka, tangan, siku atau lutut.

Apa punca ekzema?

Apa simptom ekzema?

  • Kulit menjadi kemerahan, bersisik dan bertukar warna
  • Kulit menjadi bengkak dan berair
  • Timbul tompok-tompok yang kering dan gatal pada muka, tangan, kaki dan leher

Ruam

penyakit kulit bayi

Ruam adalah masalah penyakit kulit bayi yang paling biasa dialami bayi dan kanak-kanak. Ada ruam yang serius dan ada yang tidak. Ada ruam yang akan sembuh cepat dan ada yang lambat. Sebaiknya, anda merujuk kepada doktor anda untuk lebih kepastian. Terdapat beberapa jenis ruam yang biasa terjadi pada bayi dan kanak-kanak, termasuklah:

Walaupun banyak punca yang boleh mengakibatkan ruam, ia tetap akan mendatangkan simptom yang sama. Ruam kebiasannya akan berwarna kemerahan, kering, gatal, bengkak dan bersisik.

Alahan

Alahan pada kulit bayi dan kanak-kanak akan berlaku apabila badan bertindak balas terhadap bahan atau pencetus (alergen) yang kebiasaannya tidak berbahaya bagi individu lain. Reaksi setiap alahan adalah berbeza mengikut alergen dan individu itu sendiri.

Menurut Dr Lim Wei Leng yang merupakan Perunding Pakar Kanak-kanak dan Neonatologi Pusat Perubatan Sunway (SunMed), terdapat pelbagai jenis gejala alahan dan yang paling biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak adalah ruam kulit, sesak nafas, gegata, gatal-gatal mata, cirit-birit, bersin, batuk, muntah, semput, hidung berair dan sakit pada abdomen.

Paling bahaya, boleh berlaku lemas akibat tidak dapat bernafas (anafilaksis) iaitu satu tindak balas alahan yang boleh membawa maut.

Menurut beliau lagi, alergen yang kerap membangkitkan alahan adalah makanan seperti produk tenusu, makanan laut, kekacang dan telur.

Selain itu, persekitaran di kawasan rumah juga menyumbang kepada alergen seperti bulu haiwan, kulat, hama, debunga atau gigitan serangga. Asap rokok, minyak wangi dan bahan kimia kegunaan rumah seperti sabun juga mampu menyebabkan alahan.

Disebabkan alahan ini sangat banyak punca dan sukar ditentukan mana satu penyebab alahan anak anda, bawa mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan.

Apa yang anda perlu lakukan?

Tanpa mengira jenis penyakit yang bayi anda hidapi, perkara yang paling penting untuk dilakukan adalah membawa mereka berjumpa dengan doktor.

Ini kerana ibu bapa sendiri kadangkala tidak mengetahui jenis penyakit dan ubatan atau rawatan yang diperlukan seterusnya.

Mungkin jika ia hanya sekadar ruam biasa, ia akan hilang dengan sendiri.

Namun jika penyakit kulit berlaku disebabkan oleh alahan, anda perlu berhati-hati kerana ada jenis alahan yang boleh membawa maut. Paling penting, rujuk pakar perubatan atau pakar kulit yang telah diiktiraf dan jangan hanya percaya akan nasihat individu yang tidak berkelayakan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sebelum Bagi Baby Makan Buah, Kena Masak Dulu Ke? Ini 5 Sebab Ibu Bapa Perlu Tahu

Anda ingin memberikan buah untuk bayi tetapi perlukah anda masak makanan pejal tersebut? Atau boleh diberikan secara mentah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Nak Wajah Berseri Di Hari Raya? Cuba 5 Produk TERBAIK Ini Untuk Hilangkan Jeragat

Risau dan malu kerana jeragat semakin menyerlah di wajah anda? Tungu apa lagi, beli 5 produk hilangkan jeragat ini untuk hilangkan punca jeragat anda.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 21/05/2020 . 3 minit bacaan

Nak Raya Ini Jangan Bagi Sebarangan Kuih Pada Anak, Ada 12 Tanda Si Manja Alami Alahan Telur

Anak dengan alergi protein telur akan mengalami ruam pada badan dan muka? Ini 12 tanda anak alergi makanan yang perlu anda ketahui. Jom periksa sekarang!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 15/05/2020 . 3 minit bacaan

Alami Jangkitan COVID-19 Teruk, Kulit Doktor Ini Berubah Jadi Gelap

Dua doktor di China telah mengalami komplikasi teruk jangkitan virus korona baharu hinggakan kulit mereka menjadi gelap. Apa yang berlaku sebenarnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 14/05/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kulit ruam

Bahaya Ada Ruam Tompokan Darah Seakan Labah-labah Di Badan! Ini Amaran Penyakit Sirosis Hati

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 04/08/2020 . 3 minit bacaan
anak alergi

Hati-Hati! Penyaman Udara Boleh Buatkan Alergi Si Kecil Anda Jadi Makin Teruk!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 20/07/2020 . 3 minit bacaan
produk kosmetik

Nak Cantik Sampai Tak Ambil Tahu Kesan Pada Wajah, Ini Bahaya Jika Pakai Kosmetik Ada Merkuri!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 17/07/2020 . 3 minit bacaan
kulit zakar kering dan mengelupas

Ada 7 Sebab Kulit ‘Boboi’ Anda Kering, #5 Pasti Buat Kaum Adam Fikir 2 Kali!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 17/07/2020 . 3 minit bacaan