backup og meta

Tip Rawat Cacar Air pada Anak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/07/2022

    Tip Rawat Cacar Air pada Anak

    Cacar air atau lebih dikenali sebagai chicken pox adalah jangkitan yang muncul disebabkan virus varicella-zoster, salah satu virus herpes. Kebanyakan kanak-kanak akan mengalami chicken pox sebelum berusia 10 tahun. Semasa jangkitan, sistem imun badan akan menghasilkan protein sebagai antibodi yang akan melawan virus. Oleh kerana itu, individu yang mengalami chicken pox, sama ada kanak-kanak atau dewasa hanya memerlukan rawatan di rumah. Ikuti artikel ini untuk mengetahui tip rawat cacar air di rumah.

    Tip rawat cacar air

    Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu untuk menguruskan simptom jangkitan cacar air di rumah:

    1. Mengurangkan gatal

    Chicken pox akan menyebabkan munculnya ruam yang gatal, tetapi anda tidak boleh menggarunya kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kulit atau parut selepas lepuh sembuh. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mengawal rasa gatal seperti mengamalkan mandian oat, memberikan tekanan sejuk, atau mengambil antihistamin. Ibu bapa perlu berbincang dengan pakar pediatrik sebelum memberi apa-apa ubatan kepada anak.

    1. Mengurangkan suhu badan

    Demam adalah tindak balas badan yang biasa kepada jangkitan, yang berperanan membunuh bakteria dan virus penyebab penyakit. Pesakit hanya patut menggunakan ubatan yang boleh dibeli di farmasi dan menggunakan ia seperti yang diarahkan untuk mengurangkan suhu badan jika ia membuatkan rasa ketidakselesaan. Sebelum memberikan sebarang ubatan kepada anak, ibu bapa perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu. Memberikan ubatan Aspirin kepada anak memberikan penjagaan yang lebih kerana risiko sindrom Reye – masalah serius yang boleh berlaku kepada kanak-kanak yang menggunakan aspirin.

    1. Mencegah penyebaran jangkitan

    Cacar air merupakan satu penyakit yang paling berjangkit. Kebanyakan kes berlaku apabila wujud perhubungan dengan individu yang dijangkiti. Jika anak anda terkena jangkitan ini, sebaiknya elakkan dari membenarkan anak anda untuk bersekolah sehingga semua lepuhnya sembuh. Pesakit yang terkena jangkitan ini biasanya akan pulih dalam tempoh 10 hari selepas simptom pertama berlaku. Untuk mencegah jangkitan ini, setiap individu boleh mendapatkan vaksin cacar air ketika mereka masih kecil.

    1. Mengurangkan ketidakselesaan jangkitan

    Sesetengah ubatan boleh membantu pesakit mengurangkan tahap keparahan jangkitan, seperti:

    • Vaksin chicken pox. Jika anak anda terdedah kepada virus chicken pox dan mendapatkan vaksin dalam tempoh 3 hari, risiko untuk anak anda sakit mungkin dapat dielakkan atau kesakitan yang dialami adalah ringan.
    • Immunoglobulin. Suntikan ini dapat membantu mencegah jangkitan yang kronik. Ada masanya, ia diberikan kepada wanita hamil, individu dengan sistem imun yang lemah, dan bayi baru lahir yang terdedah kepada jangkitan dan belum dijangkiti.
    1. Ubat melegakan kesakitan

    Setelah mengalami simptom cacar air, anda boleh mendapatkan ubatan untuk melegakan ketidakselesaan seperti Acetaminophen, antihistamin atau antibiotik yang boleh dibeli di farmasi. Sebelum memberikan sebarang ubatan kepada anak, ibu bapa perlu berbincang dengan doktor untuk menentukan jumlah yang bersesuaian dengan anak.

    Langkah di atas adalah antara tip rawat cacar air yang boleh membantu anak anda untuk merasa lebih baik ketika mengalami jangkitan cacar air. Walau bagaimanapun, setiap individu yang terkena jangkitan ini perlu berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan rawatan yang betul untuk dilakukan di rumah bagi mengelakkan sebarang komplikasi serius.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan