backup og meta

Pendedahan Gajet Beri Kesan Kepada Perkembangan Struktur Otak Anak?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/06/2020

    Pendedahan Gajet Beri Kesan Kepada Perkembangan Struktur Otak Anak?

    Wujudkah kaitan antara pendedahan gajet berasaskan skrin dengan perbezaan struktur otak kanak-kanak?

    Lihatlah sekeliling kita, kebanyakan kanak-kanak seawal usia setahun malah mungkin lebih awak daripada itu telah didedahkan kepada media dan gajet. Adakah perbuatan ini normal atau tanpa disedari ia mungkin mendatangkan kesan kepada tumbesaran otak kanak-kanak?

    Kajian yang dilakukan

    Dalam satu kajian dilakukan oleh Cincinnati Children’s Hospital Medical Center melibatkan 47 kanak-kanak sihat, dengan 27 kanak-kanak perempuan dan 20 kanak-kanak lelaki yang berusia antara 3 hingga 5 tahun bersama ibu bapa mereka. 

    Kanak-kanak terlibat perlu menyelesaikan ujian kognitif standard diikuti dengan diffusion tensor MRI, yang berfungsi untuk mengukur kestabilan saluran bahan putih yang terdapat pada otak. 

    Manakala, ibu bapa pula diberikan alat pemeriksaan 15-item, ScreenQ (pendedahan kepada gajet dengan skrin) yang berasaskan saranan American Academy of Pediatrics (AAP). Skor ScreenQ kemudiannya dikaitkan secara statistik dengan skor ujian kognitif dan pengukuran MRI yang mengawal aspek usia, jantina dan pendapatan isi rumah.

    Kesan pendedahan gajet

    Dalam kajian yang diterbitkan dalam JAMA Pediatrics menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai lebih banyak masa menghadap skrin mempunyai integriti struktur saluran bahan putih yang lebih rendah. 

    Struktur putih ini mempunyai fungsi pada bahagian otak yang menyokong perkembangan bahasa dan mewujudkan kemahiran literasi baru. Kemahiran ini adalah termasuk berkaitan imej (imagery) dan fungsi eksekutif yang melibatkan proses kawalan mental dan pengurusan diri.

    Malahan, berdasarkan kajian, kanak-kanak yang terdedah dengan gajet juga mempunyai skor yang lebih rendah dalam pengukuran berkaitan bahasa dan literasi.

    Menurut Pengarah Reading & Literacy Discovery Center di Cincinnati Children’s dan merangkap ketua pengarang kajian, Dr John Hutton, kajian ini menimbulkan persoalan berkaitan beberapa aspek dalam pendedahan gajet berasaskan skrin kepada kanak-kanak. Di mana pendedahan kepadanya boleh memberikan rangsangan sub-optimum berhubung perkembangan otak.

    “Kajian lanjut masih perlu dilakukan dalam memahami cara sesuai berkaitan penggunaan teknologi. Ini kerana kajian yang dilakukan belum dapat mengesahkan pendedahan gajet menyebabkan perubahan kepada struktur atau risiko yang menjejaskan perkembangan otak jangka panjang,” jelas John.

    Hasil kajian:

    • ScreenQ yang tinggi mempunyai kaitan langsung dengan ekspresi bahasa, keupayaan untuk menamakan objek (kelajuan pemprosesan maklumat) dan kemahiran literasi yang lebih rendah 
    • ScreenQ yang tinggi juga dikaitkan dengan integriti struktur saluran bahan putih yang lebih rendah. Keadaan ini boleh memberi kesan kepada penyatuan dan myelination, iaitu melibatkan fungsi eksekutif bahasa dan kemahiran literasi yang lain 

    Langkah penjagaan

    Secara rasionalnya, mungkin sukar buat ibu bapa untuk tidak memberikan anak untuk melihat gajet. Tetapi sebaik-baiknya, hadkan masa pendedahan gajet untuk anak-anak. Galakkan mereka untuk melakukan aktiviti yang melibatkan fizikal. Ini tentunya lebih baik untuk perkembangan fizikal dan mental anak-anak.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

  • Gajet: Membantu Atau Merosakkan Perkembangan Anak Anda?
  • Gajet: Antara Manfaat dan Mudarat
  • Bagaimana Membesarkan Anak Tanpa Gajet
  • Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan