backup og meta

Kebaikan Probiotik & Prebiotik Terhadap Kanak-Kanak Terutama Yang Lahir Czer!

Kebaikan Probiotik & Prebiotik Terhadap Kanak-Kanak Terutama Yang Lahir Czer!

Kesihatan usus dan sistem imun anak anda perlu dititikberatkan seawal usia kelahiran mereka lagi. Antara usaha yang boleh dilakukan ibu bapa adalah memastikan kanak-kanak dibekalkan dengan kebaikan probiotik dan prebiotik.

Persoalannya, apakah ia dan kenapa perlu probiotik dan prebiotik untuk kanak-kanak? Teruskan membaca artikel bagi mengetahui lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Apa itu probiotik & prebiotik?

Probiotik adalah mikroorganisma hidup yang tinggal secara semula jadi di dalam badan manusia, yang membantu sistem penghadaman1

Prebiotik pula adalah serat atau makanan untuk bakteria baik (probiotik), yang berperanan untuk meningkatkan keseimbangan mikroorganisma ini1

Sebenarnya, tubuh kita mempunyai banyak bakteria di dalamnya, yang penting untuk kesihatan usus dan sistem imun terutama bagi kanak-kanak di usia 5 tahun pertama mereka2.

Kedua-dua, probiotik dan prebiotik dapat membantu anak anda mengekalkan keseimbangan mikrobiota usus di antara bakteria baik dengan bakteria jahat demi menjamin kesihatan penghadaman mereka.

Kesannya, kesihatan penghadaman yang bagus sudah pasti dapat membantu meningkatkan penghasilan antibodi utama di dalam tubuh badan, sekali gus menguatkan lagi sistem imun anak anda.

punca bakteria membiak
Punca bakteria membiak berlebihan dalam usus.

Apakah kebaikan probiotik & prebiotik?

Umum mengetahui bahawa kebaikan probiotik dan prebiotik ini mempunyai peranan yang sangat besar dalam memastikan keseimbangan bakteria dalam perut kita agar ia kekal sihat3.

Selain itu, apa lagi kebaikan probiotik dan prebiotik terhadap tahap kesihatan kita semua dan kenapa perlu probiotik

Ia juga dipercayai sangat membantu dalam merawat penyakit-penyakit seperti di bawah3:

  • Cirit-birit akibat antibiotik
  • Infeksi pada perut yang disebabkan oleh bakteria, virus atau parasit
  • Sindrom rengsa usus (IBD)

Ia bukan sahaja berperanan dalam membantu merawat penyakit-penyakit berkaitan organ perut malahan boleh mempengaruhi penyakit yang melanda bahagian tubuh yang lain, seperti3:

Pun begitu, anda perlu tahu jika kebaikan probiotik dan prebiotik bukanlah pilihan rawatan utama dalam membantu merawat penyakit-penyakit yang dinyatakan di atas.

Oleh itu, segera berjumpa dan berbincang dengan doktor untuk mendapatkan ubatan atau rawatan yang telah terbukti selamat serta terjamin akan lebih berkesan.

Kaitannya dengan anak yang lahir secara pembedahan (C-section) atau czer

Kajian mendapati bahawa anak yang lahir secara pembedahan (C-section) atau czer mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghadapi masalah ketidakseimbangan mikrobiota di dalam usus mereka4.

Dikenali sebagai disbiosis usus (gut dysbiosis), masalah yang biasa berlaku kepada kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas dan lahir secara pembedahan (C-section) atau czer ini dikaitkan dengan kelemahan sistem imuniti4.


Dalam erti kata mudah, perut mereka mempunyai lebih banyak bakteria jahat dan kurang bakteria baik, lalu meningkatkan risiko mengalami masalah kesihatan berkaitan pada masa akan datang.

Apabila dibiarkan, anak anda mungkin akan mengalami pelbagai masalah kelak termasuk isu penghadaman, perkumuhan, intoleransi makanan atau minuman dan macam-macam lagi4.

Untuk mengelakkannya, ibu bapa perlu tahu tentang kepentingan serta kebaikan probiotik dan prebiotik!

kebaikan probiotik
Kesihatan usus untuk anak yang lahir secara pembedahan (C-section) atau czer.

Kepentingan & kebaikan probiotik dan prebiotik

Kedua-dua nutrisi ini amat diperlukan oleh anak anda dalam menjamin kesihatan usus dan sistem penghadaman serta pencernaan mereka agar sentiasa berada di tahap baik.

Menyentuh mengenai sumber bagi prebiotik dan probiotik, ia boleh didapati dalam makanan dan minuman yang mengandungi mikrob hidup untuk kepentingan manusia.

Kebaikan probiotik boleh ditemui di dalam sumber yang berbentuk makanan dan minuman seperti5:

  • Susu
  • Yogurt
  • Keju
  • Kefir
  • Tempe
  • Tapai
  • Jeruk
  • Kimchi
  • Miso

Anda juga boleh memastikan anak anda mendapatkan kebaikan probiotik dan prebiotik yang mencukupi dengan memberikan mereka suplemen yang berbentuk kapsul, tablet, serbuk atau cecair5.

Suplemen ini boleh ditemui di farmasi atau mana-mana pusat kesihatan yang telah disahkan.

Tunggu! Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memberikan anak anda suplemen-suplemen ini ya?

Berapa banyak yang anak anda perlukan?

Pelbagai persoalan akan timbul berkaitan nutrisi ini seperti apa kesan makan probiotik, bagaimana cara makan probiotik, bila waktu terbaik makan probiotik dan sebagainya.

Buat ibu bapa yang belum tahu, sebenarnya tiada satu jumlah ditetapkan atau diwajibkan untuk pengambilan nutrisi ini6.

Sebaliknya, adalah disyorkan untuk anda memberikan anak sumber probiotik dan prebiotik itu secukupnya6.

kebaikan probiotik
Contoh makanan dan minuman tinggi probiotik.

Agar lebih pasti tentang dos makanan, minuman serta suplemen yang tepat, sila berjumpa dan berbincang dengan pakar pediatrik dan pemakanan terlebih dahulu terutama jika anak anda lahir secara pembedahan (C-section) atau czer. 

Pemberian susu formula khas tinggi probiotik dan prebiotik

Bagi membantu anak yang lahir secara pembedahan (C-section) atau czer membesar dengan sempurna, ibu bapa perlu peka dengan diet si kecil anda terutama tentang kebaikan probiotik dan prebiotik pada anak7.

Antara ikhtiar yang ibu bapa boleh pertimbangkan adalah penambahan pengambilan susu formula khas!

Susu formula untuk kanak-kanak dengan gabungan pelbagai kebaikan probiotik dan prebiotik sudah tentu boleh membantu anak yang lahir secara pembedahan (C-section) atau czer untuk membesar dengan lebih baik.

Dapatkan susu formula khas untuk anak yang lahir secara caesarean di sini.

Pemberian susu yang tinggi dengan kedua-dua nutrisi ini juga boleh membantu meningkatkan serta menyihatkan pergerakan usus, perkembangan otak serta sistem imuniti kanak-kanak.

Ditambah dengan tabiat pemakanan dan faktor persekitaran yang baik, maka kesihatan usus dan sistem imun anak anda pada 5 tahun pertama akan lebih terjamin di tahap terbaik.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What are probiotics and prebiotics?, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/probiotics/faq-20058065, Accessed July 16 2024.
  2. Gut Microbiome, https://my.clevelandclinic.org/health/body/25201-gut-microbiome,  Accessed July 16 2024.
  3. Probiotics and prebiotics: what’s really important, https://www.health.harvard.edu/nutrition/are-you-getting-essential-nutrients-from-your-diet, Accessed July 16 2024.
  4. Does C-section impact on the early life microbiome and immune system?, https://www.physoc.org/magazine-articles/does-c-section-impact-on-the-early-life-microbiome-and-immune-system/, Accessed July 16 2024.
  5. Sources, https://internationalprobiotics.org/home/resources/sources/, Accessed July 16 2024.
  6. Probiotics, https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2008/1101/p1073.html, Accessed July 16 2024.
  7. What are prebiotics and probiotics and are they important for health?, https://www.eufic.org/en/healthy-living/article/what-are-prebiotics-and-probiotics-and-are-they-important-for-health, Accessed July 16 2024.

Versi Terbaru

06/12/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Afina Najib


Artikel Berkaitan

17 Checklist Barang Keperluan Ibu Bersalin Normal & C-zer, Jangan Ada Yang Tertinggal!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan