Jangan Lepas Tangan! Hanya Kanak-kanak 12 Tahun Keatas Sahaja Sesuai Ke Asrama Sekolah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/04/2020
Share now

Pada 8 November 2019, seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 7 tahun dilaporkan telah meninggal dunia akibat didera di asrama sekolah tahfiznya, Madrasah Nahdhah Syubban Addiniah, Temerloh.

Kanak-kanak tersebut meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Lanchang pada jam 2 petang setelah ditemui dalam keadaan yang lemah oleh warden asramanya.

Beberapa kesan lebam turut dijumpai pada bahagian tubuh kanak-kanak malang tersebut yang dipercayai akibat dipukul oleh rakan asrama sekolahnya. 

Ramai yang memberikan reaksi terhadap kes ini disebabkan oleh pelbagai isu. Antaranya status pendaftaran pusat tahfiz tersebut yang tidak berdaftar, jumlah pelajar yang terlalu sedikit dan kewajaran kanak-kanak berumur seawal 7 tahun berada di sana sebagai pelajar.

Ramai yang mempersoalkan mengapa ada kanak-kanak seawal umur tersebut ditempatkan di asrama sekolah maahad tahfiz tersebut.

7 tahun tidak sesuai dihantar ke asrama sekolah

asrama sekolah

Menurut Pesuruhjaya Kanak-kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal, kanak-kanak yang berusia bawah daripada 12 tahun tidak sesuai dihantar ke asrama sekolah atas alasan untuk mendidik mereka hidup berdikari.

Ini kerana pada peringkat umur tersebut, kanak-kanak adalah terlalu mentah untuk menguruskan kehidupan harian mereka dan mereka sepatutnya dibantu dan dibimbing oleh ibu bapa mereka sendiri

Selain itu, Prof Datuk Noor Aziah juga menyatakan, pada peringkat usia sebegini, kanak-kanak sebenarnya lebih memerlukan belaian kasih sayang ibu dan bapa mereka agar tumbesaran mereka seimbang. Ini termasuklah aspek emosi dan pemakanan.

Tambah beliau lagi, usia kanak-kanak antara 7 hingga 12 tahun adalah peringkat umur kanak-kanak sedang mengalami pembesaran yang kritikal.

Pada fasa ini, mereka akan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya tanpa dipantau atau dibimbing oleh ibu bapa mereka sendiri. Bimbingan ibu bapa di rumah ini lah yang membantu mencorakkan pemikiran anak-anak untuk menilai antara perkara yang baik dan buruk apabila mereka keluar nanti. 

Perlu rasional dalam tindakan

asrama sekolah

Walaupun setelah kanak-kanak tersebut mencecah umur 12 tahun, ibu bapa masih perlu menilai kembali tumbesaran fizikal dan emosi anak mereka sama ada anak-anak bersedia untuk tinggal di asrama sekolah atau tidak.

Ibu bapa perlu bertindak secara rasional dalam sebarang keputusan untuk membiarkan anak mereka tinggal di asrama sekolah, bukan hanya memikirkan agar anak-anak berdikari tanpa sebarang persediaan

Profesor Datuk Noor Aziah turut menambah, kini ramai ibu bapa yang cenderung untuk menghantar anak mereka ke pusat-pusat tahfiz dengan harapan anak mereka boleh mendapatkan pendidikan dalam bidang agama dengan sempurna.

Walau bagaimanapun, mereka lupa bahawa rumah adalah ‘sekolah’ pertama anak-anak dan ibu bapa adalah ‘guru’ pertama mereka untuk membentuk peribadi anak yang baik dan sempurna.

Ibu bapa jangan lepas tangan

asrama sekolah

Bagi golongan ibu bapa, jangan sesekali melepaskan tanggungjawab mendidik anak anda pada peringkat awal dengan hanya menghantar mereka ke pusat-pusat tahfiz.

Anda masih tidak terlepas daripada tanggungjawab mendidik mereka, apatah lagi jika anak anda masih kecil dan tidak sesuai untuk dihantar ke sekolah-sekolah berasrama.

Jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini terhadap anak anda, sekali lagi anda bertanggungjawab di atas keputusan anda yang terburu-buru untuk menghantar mereka ke sekolah berasrama tanpa menghiraukan kesediaan anak anda.

Apa yang anda rasakan sama sekali tidak akan sama dengan apa yang dirasai oleh anak anda. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Rujukan

    https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/626421/murid-mati-dipercayai-didera-sekolah-tahfiz-diarah-tutup

    https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2019/11/627892/kanak-kanak-bawah-12-tahun-tidak-sesuai-tinggal-di-asrama

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Hari Keluarga Antarabangsa: Ini 7 Sebab Mengapa Perlu Luang Masa Dengan Famili, No 4 Paling Penting

    Masa bersama keluarga merupakan salah satu aspek penting dalam mengecapi kebahagiaan pasangan dan anak. Ia boleh mempengaruhi perkembangan psikologi mereka.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    Perkara utama yang dipentingkan oleh setiap ibu bapa sudah tentu kesihatan anak-anak. Adakah itu bermakna penjagaan kesihatan ibu bapa tidak penting?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Perbandingan Cuti Bersalin Di Malaysia & Negara Lain – Ada Yang Sampai 480 Hari!

    Seperti mana yang ramai sudah tahu, cuti bersalin di Malaysia telah dinaikkan kepada 90 hari mulai 2021. Bagaimana dengan negara lain agaknya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Si Kecil Jadi Mangsa Dera Sepanjang COVID-19? Jangan Berdiam, Lakukan Perkara Ini

    Tanpa kita sedar kes penderaan kanak-kanak meningkat ketika COVID-19. Apakah langkah pencegahan yang boleh dilakukan bagi mengatasi keadaan ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa