Perbezaan Nutrisi Antara Susu Segar Dan Susu Tepung, Mana Yang Paling Sesuai Untuk Si Manja?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/06/2020 . 2 minit bacaan

Susu mempunyai pelbagai jenis dan bentuk antaranya susu segar ataupun susu tepung. Disebabkan itu, ramai individu yang keliru apabila perlu memilih salah satu daripadanya. Ikuti artikel ini untuk membantu anda memahami perbezaan nutrisi antara susu segar dan susu tepung.

Kandungan nutrisi susu segar dan susu tepung

Kedua-dua susu segar dan susu tepung mengandungi nutrien yang diperlukan oleh manusia dan lebih kurang sama dalam kandungan nutrisinya. Satu cawan hidangan susu segar dan susu tepung akan membawa 80 kalori, 8 gram protein dan 30% keperluan kalsium seharian.

Kelebihan susu segar

Susu segar sebenarnya mempunyai kandungan vitamin B yang lebih banyak. Satu cawan susu segar akan memberi kita 1.2 mikrogram vitamin B12 dan 0.9 miligram vitamin B5.

Sementara itu, satu cawan susu tepung pula mengandungi 0.9 mikrogram vitamin B12 dan 0.8 miligram vitamin B5.

Fungsi vitamin B5 adalah membantu sel otak untuk kekal sihat dan vitamin B12 pula adalah penting untuk pengaliran oksigen dalam badan.

Selain itu, susu segar juga mengandungi fosforus dan selenium yang bagus untuk sel otak, sistem metabolisme serta fungsi enzim dan tiroid. Satu hidangan susu segar akan membawa 7.6 mikrogram selenium dan 47 miligram fosforus.

Sementara itu pula, susu tepung hanya mengandungi 6.3 mikrogram selenium dan 27 miligram fosforus.

Paling penting, kebanyakan individu bersetuju bahawa rasa susu segar adalah jauh lebih sedap berbanding susu tepung.

Kelebihan susu tepung

Susu segar tidak boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang sementara susu tepung mempunyai kelebihan ini. Susu tepung tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk dan masih mampu mengekalkan kandungan nutrisinya.

Selain itu, susu tepung juga adalah tidak semahal susu segar.

Susu yang manakah paling sesuai buat anda?

Kedua-dua susu ini sebenarnya menyediakan kandungan nutrisi yang hampir sama. Jika anda merupakan seorang individu yang kurang gemar produk yang diproses, susu segar adalah pilihan yang terbaik kerana ia adalah bebas daripada bahan pengawet dan antibiotik.

Bagi kegunaan dapur, susu segar sebenarnya adalah pilihan yang terbaik. Namun begitu, jika dilihat dari aspek masa dan kos, susu tepung dilihat sebagai alternatif yang lebih baik. Bagi beberapa jenis minuman seperti smoothie, susu tepung adalah lebih sesuai berbanding susu segar.

Konklusinya, susu segar dan susu tepung mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan nutrisi yang lebih kurang sama sahaja. Oleh itu, ia sebenarnya terpulang kepada anda untuk memilih susu yang terbaik buat anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Virus JE Kembali Serang Malaysia, Kawasan Berdekatan Ladang Babi Jaga-jaga!

    Penyakit Japanese Encephalitis (JE) akan membawa maut jika tidak dirawat segera. Artikel ini membantu anda memahami JE selanjutnya untuk keselamatan anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad

    Ini Sebab Pandangan Sering Berbintik Jika Lihat Objek Cerah, Petanda Mata Tak Sihat?

    Pernah tak anda mengalami situasi pandangan mata anda mempunyai bintik-bintik hitam atau bayang-bayang kecil apabila tengok langit? Itulah floaters mata!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 01/07/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Rambut Saja, Misai Pun Boleh Rasa Gatal, Ini 5 Puncanya

    Rasa gatal pada misai dan janggut lazim dialami oleh lelaki. Jika serius ia boleh mengganggu produktiviti harian. Ketahui punca dan tip atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 01/07/2020 . 3 minit bacaan

    Hari-Hari Kena Tindih Hantu Masa Tidur? Ini Derita Pesakit Somniphobia

    Adakah anda rasa terlalu takut untuk tidur setiap hari? Cuba periksa, adakah anda mengalami somniphobia, sejenis fobia terhadap tidur?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bahaya onani

    Guna Berus Gigi Untuk Beronani? AMARAN KERAS, 5 ‘Alat Melancap’ Ini Sangat Berbahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab stretch mark

    Jangan Tak Tahu, Lelaki Pun Boleh Ada Stretch Mark! Ini Penyebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 minit bacaan
    makan sebelum 7

    Wow! Makan Malam Sebelum Pukul 7 Bukan Untuk Diet Saja, Ada Lagi Manfaat Kesihatan Lain

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 minit bacaan
    perahan susu badan

    Susu Ibu Dipam Boleh Expired Ke? Ini 5 Tanda Ia Sudah Tidak Elok, Jangan Beri Pada Si Manja

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 minit bacaan