Hamil, Sakit Ligamen Bulat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019

Definisi

Apakah itu sakit ligamen bulat ketika hamil?

Sakit ligamen bulat adalah rasa sakit yang mencucuk yang dirasakan di bahagian bawah perut atau kawasan pangkal peha pada satu atau keduanya. Ini adalah salah satu aduan yang paling biasa ketika hamil dan dianggap sebagai sebahagian kehamilan yang normal. Ia paling kerap dirasai semasa trimester kedua.

Apakah kebarangkalian sakit ligamen bulat ketika hamil?

Sakit ligamen bulat ketika hamil adalah perkara biasa. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom sakit ligamen bulat ketika hamil?

Sakit ligamen bulat boleh buat rasa tidak selesa. Tetapi ia dianggap normal seperti perubahan badan ketika hamil.

Simptom-simptom sakit ligamen bulat termasuk rasa mencucuk dan regangan tiba-tiba di perut. Ia biasanya menjejaskan sebelah kanan, tetapi ia mungkin berlaku di kedua-dua belah. Kesakitan hanya berlaku untuk beberapa saat.

Latihan boleh menyebabkan rasa sakit, juga pergerakan pantas seperti:

  • Bersin
  • Batuk
  • Tertawa
  • Berguling di atas katil
  • Berdiri terlalu cepat

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Sentiasa maklumkan kepada doktor tentang sebarang jenis kesakitan ketika hamil. Sakit ligamen bulat sangat pantas dan tidak bertahan lama.

Hubungi pembekal penjagaan kesihatan anda dengan segera jika anda mempunyai:

  • Sakit yang teruk
  • Sakit yang berlangsung lebih dari beberapa minit
  • Demam
  • Menggigil
  • Sakit ketika kencing
  • Kesukaran berjalan

Sakit perut semasa kehamilan boleh disebabkan oleh pelbagai sebab. Adalah penting bagi doktor anda untuk menolak kemungkinan yang lebih serius, termasuk komplikasi kehamilan seperti gangguan pada uri atau penyakit bukan disebabkan kehamilan seperti:

  • Hernia inguinal
  • Apendiks
  • Masalah perut, hati, dan buah pinggang

Sakit sebelum bersalin kadang-kadang boleh disalah anggap sebagai sakit ligamen.

Ketahui puncanya

Apakah yang mengakibatkan sakit ligamen bulat ketika hamil?

Beberapa ligamen yang tebal mengelilingi dan menyokong rahim anda (uterus) ketika ia membesar semasa hamil. Salah satu daripada mereka dipanggil ligamen bulat.

Ligamen bulat menghubungkan bahagian depan rahim ke pangkal peha anda, kawasan di mana kaki anda bersambung pada pelvis anda. Ligamen bulat biasanya meregang dan mengendur dengan perlahan-lahan.

Apabila bayi dan rahim anda membesar, ligamen bulat meregang. Itu menjadikannya lebih cenderung menjadi tegang.

Pergerakan mendadak boleh menyebabkan ligamen untuk mengetatkan dengan pantas, seperti gelang getah. Ini menyebabkan rasa mencucuk tiba-tiba dan cepat.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko sakit ligamen bulat ketika hamil?

Sila berunding dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Memahami diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah sakit ligamen bulat ketika hamil didiagnosis?

Sila berunding dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bagaimanakah sakit ligamen bulat ketika hamil dirawat?

Berdasarkan keadaan anda, doktor anda boleh mengesyorkan rawatan yang sesuai, termasuklah:

  • Pelega kesakitan. Ambil acetaminophen di kaunter untuk melegakan kesakitan, jika perlu. Tanya doktor anda jika ini selamat
  • Banyakkan bersenam untuk memastikan otot perut anda (teras) kuat. Melakukan latihan regangan atau yoga sebelum bersalin boleh membantu. Tanya doktor tentang senaman yang selamat untuk anda dan bayi
  • Latihan yang dapat membantu dengan meletakkan tangan dan lutut di lantai, menurunkan kepala anda, dan mendorong bahagian belakang anda ke udara
  • Elakkan pergerakan secara tiba-tiba. Ubah kedudukan dengan perlahan-lahan (seperti berdiri atau duduk) untuk mengelakkan pergerakan secara tiba-tiba yang boleh menyebabkan keregangan dan kesakitan
  • Bengkokkan pinggul anda. Bongkokkan badan sebelum anda batuk, bersin, atau ketawa untuk mengelakkan ligamen menegang
  • Penghangat. Pemanas pad atau mandian suam boleh membantu. Tanya doktor anda jika ini cara ini selamat dan boleh membantu. Haba yang melampau boleh berbahaya kepada bayi

Anda harus cuba mengubahsuai tahap aktiviti harian anda dan elakkan kedudukan yang mungkin memburukkan keadaan.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas sakit ligamen bulat ketika hamil?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tegas & Garang Itulah Sifat Anak Ke-3 Tapi Dalam Diam Manja, Nak Tahu Fakta Menarik Lagi? Baca Ini

    Mesti anda pernah terbaca mengenai fakta anak ketiga. Adakah ia benar atau tidak? Jom ketahui keperibadian anak nombor 3 yang mungkin tidak disedari.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Rokok Gulung Lebih Selamat Berbanding Rokok Biasa? Anda SILAP, Tolong Baca Ini!

    Ada perokok tegar yang mula beralih daripada rokok biasa kepada rokok gulung kerana sangka ia lebih baik. Klik untuk tahu bahaya rokok gulung!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Apabila menerima rangsangan seksual, pastinya akan terjadi klimaks. Tetapi bagaimana jika orgasme wanita tidak berlaku? Adakah ia sesuatu yang tidak normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Klimaks lelaki bukan hanya sekadar terpancut air mani semata-mata. Terdapat 4 fasa yang akan berlaku. Klik untuk belajar mengenainya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    kes terkini

    Sifar Kes Baharu 7 Hari Berturut-Turut, Ini Kejayaan New Zealand Basmi Wabak COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    hamil

    Tak Perlu Guna Kalkulator, Ini Cara Mudah Nak Kira Waktu Subur Selepas Period

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    vaksin anak

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    stres bunuh diri

    Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/05/2020