backup og meta

Ada Banyak Teknik Pencegahan Kehamilan, Namun Yang Mana Sesuai Untuk Anda?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 19/09/2023

    Ada Banyak Teknik Pencegahan Kehamilan, Namun Yang Mana Sesuai Untuk Anda?

    Tahukah anda apa teknik pencegahan kehamilan yang terbaik dan sesuai dengan anda? Sebenarnya, ada banyak alat kontraseptif di sekeliling kita yang dapat membantu.

    Selain pil pencegah kehamilan, ada banyak lagi pilihan lain yang anda boleh cuba tanpa kesan sampingan!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Kaedah pencegah kehamilan manakah yang sesuai?

    teknik pencegahan kehamilan

    Jika anda tercari-cari kaedah kontraseptif yang sesuai, di bawah kami senaraikan beberapa kaedah pencegah kehamilan yang popular:

    • Kaedah sekatan menghalang sperma daripada memasuki faraj: kondom (perempuan), kondom (lelaki), diafragma
    • Pil hormon: pil progestogen, pil gabungan, cincin faraj, suntikan, implan, tampalan
    • Kaedah kontraseptif kekal: pensterilan perempuan, pensterilan lelaki (vasektomi)
    • Lain-lain: alat dalam rahim (IUD), sistem dalam rahim (IUS), perancang keluarga semula jadi, topi faraj

    Kaedah berikut mencapai lebih daripada 99% keberkesanan jika digunakan dengan betul:

    • implan kontraseptif
    • sistem dalam rahim
    • alat dalam rahim, juga dikenali sebagai gegelung
    • pensterilan perempuan (kekal)
    • pensterilan lelaki atau vasektomi (kekal)

    Kaedah pencegah kehamilan menggunakan kondom lelaki mempunyai kadar keberkesanan mencapai 98%, kaedah kondom perempuan 95% berkesan jika digunakan dengan betul.

    Jangan kecewa jika jenis pertama yang anda gunakan tidak berapa sesuai, anda boleh cuba yang lain.

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu untuk mempertimbangkan kaedah yang tepat untuk anda.

    Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor atau klinik perancang keluarga tempatan bagi membincangkan pilihan yang sesuai.

    Berikut adalah maklumat lanjut untuk membantu anda memilih teknik pencegahan kehamilan ini: 

    Bolehkah perokok menggunakan alat kontraseptif?

    teknik pencegahan kehamilan

    Perokok boleh menggunakan kebanyakan jenis kontrasepsi. Tetapi jika anda seorang perokok dan berumur lebih daripada 35 tahun, beberapa pil (seperti pil gabungan, tampalan atau cincin faraj) mungkin tidak sesuai untuk anda.

    Jika anda lebih daripada 35 tahun dan merokok, anda boleh mempertimbangkan jenis-jenis kontraseptif berikut:

    • alat dalam rahim (IUD)
    • sistem dalam rahim (IUS)
    • implan kontraseptif
    • suntikan kontraseptif
    • pil progestogen sahaja

    Alat kontraseptif untuk mereka yang obes

    Walaupun berat badan anda tidak akan memberi kesan kepada kebanyakan jenis kontrasepsi , namun beberapa jenis daripadanya mungkin tidak akan membuat anda bertambah berat badan.

    Akan tetapi, suntikan kontraseptif telah dikaitkan dengan sejumlah kecil pertambahan berat badan jika digunakan untuk dua tahun atau lebih.

    Sedang mengambil ubat tertentu yang lain

    Sesetengah teknik pencegahan kehamilan boleh terjejas jika anda mengambil ubat lain. Kontraseptif yang tidak terjejas dengan pengambilan ubat-ubatan lain ialah:

    • Alat dalam rahim (IUD)
    • Sistem dalam rahim (IUS)
    • Suntikan kontraseptif
    • Diafragma atau topi faraj
    • Kondom lelaki atau kondom wanita

    Mereka yang sedang menunggu kehamilan

    teknik pencegahan kehamilan

    Kesuburan seorang wanita selalunya kembali seperti biasa dalam bulan pertama selepas berhenti pil gabungan, cincin faraj atau tampalan perancang. 

    Jika anda ingin kesuburan kembali normal dengan cepat selepas berhenti menggunakan sebarang kaedah pencegah kehamilan, jadi pertimbangkan alat pencegah hamil seperti berikut:

    • Implan kontraseptif
    • Sistem dalam rahim (IUS)
    • Alat dalam rahim (IUD)
    • Pil progestogen sahaja
    • Diafragma atau topi faraj
    • Kondom lelaki atau kondom wanita

    Cara terbaik untuk mengurangkan risiko kehamilan yang tidak diingini dalam kalangan wanita yang aktif secara seksual adalah dengan menggunakan teknik pencegahan kehamilan yang berkesan dengan betul dan konsisten.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 19/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan