Implantasi IVF Gagal: Apa Sebabnya?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Meskipun IVF diketahui akan keberjayaannya, tetapi terdapat sesetengah kes di mana IVF gagal untuk membantu wanita berjaya hamil. IVF (Persenyawaan In Vitro) adalah teknologi yang membolehkan persenyawaan antara telur dan sperma berlaku di luar tubuh wanita. Kemudian, telur yang telah disenyawakan dipindahkan ke tubuh dan meneruskan pertumbuhan semula jadinya. 

Jika IVF pertama gagal, penyebab kegagalan boleh dicegah pada cubaan kedua untuk mengelakkan kecenderungan berlakunya peristiwa yang sama. 

Apakah penyebab IVF gagal? 

Dalam kebanyakan kes kegagalan IVF, terdapat lebih daripada satu penyebab. Pakar akan melihat kepada gambar embrio dan skor kadar tumbesaran normal. Jika punca diketahui, mereka akan membincangkan dengan keluarga untuk merancang pencegahan. Sesetengah punca adalah tidak boleh dibaiki (seperti umur ibu), tetapi pakar makmal akan juga melihat punca lain yang boleh dibaiki. 

Pembolehubah paling penting yang terlibat untuk keberjayaan IVF adalah telur yang sihat, sperma yang berfungsi, dan uterus yang berkemampuan, yang boleh memelihara pertumbuhan bayi dalam rahim. 

Ketidaknormalan telur

Telur tidak normal sering menjadi punca apabila sel terbahagi dan kromosom tidak disalin dengan betul, menyebabkan keretakan keputusan dalam pengagihan kromosom abnormal, dan sekali gus menghasilkan embrio yang tidak normal. Ini berlaku lebih kerap kepada wanita yang lebih berusia. 

Ketidaknormalan sperma 

Walaupun fakta bahawa sperma abnormal adalah kurang lazim berlaku berbanding telur abnormal, namun jika sperma tidak normal, tahap ketidaknormalan kromosom adalah lebih besar. Sperma yang tidak sihat tidak boleh mempersenyawakan telur. 

Kaedah pilihan embrio 

Telur atau embrio yang dipindahkan ke dalam tubuh wanita adalah dipilih oleh pakar. Pilihan ini berdasarkan tiga kriteria iaitu: peringkat sel, gred embrio, dan kadar pembahagian sel. Walau bagaimanapun, sukar untuk membuat pilihan yang tepat dalam memilih embrio terbaik. Pakar hanya akan memilih berdasarkan kajian makmal dan membuat tekaan berpendidikan tentang embrio terbaik. 

Faktor makmal IVF

Makmal di mana embrio dibesarkan adalah persekitaran yang amat terkawal. Pakar makmal perlu mengawal kepekatan oksigen, kepekatan karbon dioksida, kelembapan, pH, suhu, dan cahaya antara banyak lagi faktor ketat lain. Perubahan kecil dalam sebarang faktor-faktor ini boleh menjurus kepada kematian embrio. 

Apakah kadar kejayaan untuk kitaran kedua IVF?

Selepas kegagalan IVF, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk melihat kembali proses sebelumnya dan mempelajari sebab kegagalan. Daripada penemuan ini, ramai yang berjaya dalam IVF kali kedua. Faktor yang menjejaskan kadar kejayaan IVF termasuklah:

−Umur wanita
−Kualiti telur dan sperma
−Kuantiti telur dan sperma
−Kualiti prosedur IVF
−Kualiti makmal IVF
−Skil pakar makmal
−Peralatan yang ada
−Punca ketidaksuburan
−Keadaan rahim
−Kadar tumbesaran embrio
−Kecekapan kromosom dan genetik embrio

Kadar kejayaan untuk IVF kali kedua hanya rendah sedikit berbanding dengan IVF pertama. Akan tetapi, dengan keadaan yang baik, terdapat peluang untuk IVF berjaya. Doktor dan pakar akan mengambil berat faktor-faktor dan keputusan terkumpul daripada cubaan pertama untuk memaksimumkan kadar kejayaan bagi IVF kali kedua.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: April 15, 2019 | Kali terakhir kemaskini: November 27, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut