backup og meta

Tak Sangka, Rupanya Ini Cara Bayi Dalam Kandungan Bernafas! Ingatkan Sama Macam Kita

Tak Sangka, Rupanya Ini Cara Bayi Dalam Kandungan Bernafas! Ingatkan Sama Macam Kita

Pernah terfikir bagaimanakan bayi bernafas dalam kandungan? Tahukah anda bahawa bayi yang berada di dalam kandungan tidak bernafas melalui mulut dan hidung mereka. Kelahiran adalah saat di mana bayi bernafas buat kali pertama.

Di dalam rahim ibu, bayi anda membesar dalam persekitaran yang dipenuhi air ketuban. Tidak seperti paru-paru anda yang mengembang dan mengecut melalui pernafasan, paru-paru bayi yang belum lahir adalah masih belum matang, tidak kembang dan hanya dipenuhi air ketuban.

Oleh itu, janin yang sedang membesar mendapat semua manfaat pernafasan, termasuklah oksigen, dengan bantuan dari si ibu.

Bagaimanakah manusia bernafas?

Paru-paru dan sistem peredaran darah membawa oksigen dan nutrisi kepada tubuh dan menyingkirkan bahan buangan dari tubuh.

Pernafasan normal, menarik nafas dan melepaskannya, menggunakan paru-paru untuk menghantar udara beroksigen kepada salur darah seterusnya mengangkutnya pula ke dalam darah.

Sistem yang sama akan menyingkirkan karbon dioksida dari dalam darah dan memindahkan nutrien ke dalam darah.

Sistem peredaran darah bayi anda masih sedang terbentuk semasa di dalam rahim. Jadi, tali pusat dan uri merupakan pengantara untuk anda dan bayi anda dengan menjalankan fungsi yang lazimnya dilakukan oleh paru-paru.

Bayi bernafas dalam kandungan dengan cara menumpang ibunya

bayi bernafas dalam kandungan

Bayi yang belum lahir membuat pertukaran oksigen dan karbon dioksida dengan ibunya melalui uri dan tali pusat. Darah ibu beredar melalui uri dan membawa nutrien untuk bayi.

Uri bersambung kepada dinding rahim dan tali pusat pula bersambung kepada bayi. Si ibu secara tidak langsung bernafas untuk bayinya.

Artikel berkaitan:

Si ibu menyedut udara beroksigen yang berpindah dari sistem peredaran darah kepada bayi melalui uri dan tali pusat.

Karbon dioksida pula akan bergerak daripada bayi melalui tali pusat dan uri kepada si ibu yang kemudiannya, akan melepaskan nafas dan menyingkirkan bahan buangan tersebut dari badan.

Latihan pernafasan dan surfaktan

Walaupun bayi yang belum lahir tidak bernafas, bayi bernafas dalam kandungan mendapat latihan pernafasan semasa di dalam rahim.

Pada usia lebih kurang sembilan minggu di dalam kandungan, janin akan mula melakukan pergerakan yang menyerupai bernafas.

Janin akan mendapat lebih latihan apabila kadangkala mereka akan menyedut dan melepaskan air ketuban sewaktu di penghujung kehamilan.

Artikel berkaitan:

Latihan ini akan membantu janin bersedia untuk bernafas dengan cepat dan berkesan sejurus selepas dilahirkan. Badan ibu menghasilkan surfaktan di dalam air ketuban yang kuantitinya meningkat seiring dengan usia kandungan.

Bayi yang belum lahir ini memerlukan lapisan surfaktan di bahagian dalam paru-paru untuk memastikan kantung udara terbuka dan mengelakkan paru-paru dari mengecut. Inilah mekanisme sebenar bagaimana bayi bernafas dalam kandungan.

Pernafasan yang pertama

bayi bernafas dalam kandungan

Seorang bayi mengambil nafasnya yang pertama apabila dia menangis buat pertama kalinya sejurus selepas dilahirkan.

Ada sesetengah bayi menangis dengan sendiri, manakala sesetengah yang lainnya memerlukan sedikit bantuan daripada doktor dan jururawat bidan.

Bayi yang baru lahir akan tercungap-cungap kerana mereka mengalami perubahan persekitaran yang drastik sejurus dilahirkan ke dunia.

Tali pusat akan dipotong dan bayi akan mula menggunakan paru-paru mereka.

Apabila bayi bernafas sendiri, akan lebih banyak darah yang mengalir ke paru-paru dan salur darah mereka supaya oksigen dapat mengalir ke seluruh badan dan karbon dioksida pula dinyahkan.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hislop, A. A., Wigglesworth, J. S., and Desai, R. (1986). Alveolar development in the human fetus and infant [Abstract]. Early Human Development 13(1):1-11
ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/3956418

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/fetal-development/art-20045997

Versi Terbaru

27/09/2021

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini PUNCA Mengapa Janin Tidak Berkembang Dalam Kandungan

Ibu Hamil Nak Kandungan Sihat & Sempurna? JANGAN Ambil 14 Makanan Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nurul Iftida Basri

Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan