Perkembangan bayi
Bayi anda kini sebesar biji kacang dhal dengan panjang 0.6 cm.
Lawatan pranatal pertama
Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri · Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group
Bayi anda kini sebesar biji kacang dhal dengan panjang 0.6 cm.
Pada minggu keenam, otak dan sistem saraf bayi sedang berkembang pada kadar yang laju. Beg optik di kedua belah sisi janin – yang kemudiannya akan menjadi sebahagian daripada mata – akan berkembang pada minggu ini. Tanda beralun pada janin akan membentuk bahagian dalam telinga, yang telah mula berkembang.
Jantung janin akan mula berdegup pada masa ini dan boleh dikesan melalui ultrabunyi. Sistem pencernaan dan pernafasan bayi juga telah terbentuk. Putik sel akan berkembang menjadi tangan dan kaki. Disebabkan kaki bayi berlipat pada tubuhnya sepanjang tempoh mengandung, ukuran tepat ketinggian bayi sukar ditentukan, kerana itu ketinggian janin sering diukur dari mercu kepala ke punggung dan bukannya dari kepala ke kaki. Pada minggu ini, bayi anda mempunyai saiz 2-5 mm dari kepala ke punggung.
Anda mungkin menyedari pertambahan simptom kehamilan anda minggu ini berbanding minggu lepas. Badan anda sedang berusaha keras untuk menyalurkan nutrisi kepada bayi anda. Jika anda kerja lebih masa, ini akan menyebabkan keletihan melampau dan kepenatan bekerja. Berikut adalah beberapa tips yang membantu anda melalui tempoh ini.
Jika keletihan anda tidak bertambah baik atau menjadi lebih teruk, sila berjumpa dengan doktor. Mungkin terdapat punca lain untuk keletihan anda. Doktor anda boleh memberikan diagnosis yang betul.
Jangan bimbang jika anda mendapati anda kerap ke bilik air. Perkara ini biasa berlaku disebabkan hormon kehamilan, HCG, yang menyebabkan rasa kerap ingin membuang air kecil. Ia meningkatkan aliran darah ke buah pinggang agar bahan kumuh dapat disingkirkan daripada anda dan bayi anda. Jadi, anda pergi ke bilik air bukan hanya kerana diri anda tetapi bayi anda juga. Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda menguruskannya.
Kerap membuang air kecil mungkin menjengkelkan, tetapi ia akan membantu anda dan bayi anda membuang semua bahan kumuh daripada badan.
Pada bulan kedua kehamilan, perasaan seronok dengan berita kehamilan mungkin hilang dan berganti takut. Apa yang akan berlaku jika anda melakukan sesuatu yang berbahaya kepada bayi sebelum anda tahu anda hamil? Apa yang patut dilakukan jika anda mengambil aspirin untuk merawat sakit kepala atau minum alkohol? Apa yang perlu dilakukan jika anda sakit selesema? Ini adalah kebimbangan yang normal. Jangan tertekan! Doktor boleh memberi jaminan bahawa bayi anda sihat. Anda hanya perlu memaklumkan kepada doktor.
Ujian pertama anda tidak akan dilaksanakan sehingga lawatan pertama anda ke doktor. Ada yang menunggu sehingga minggu ke-8 atau ke-9 untuk berjumpa dengan doktor. Jika anda bimbang, anda boleh menjadualkan lawatan anda di sekitar masa ini. Beberapa ujian darah boleh dilakukan semasa lawatan pertama anda untuk menentukan kumpulan darah (A, B, AB atau 0) dan faktor Rh (Rh positif atau Rh negatif), dan menentukan sama ada anda masih mempunyai imuniti kepada beberapa penyakit dari vaksinasi sebelumnya, seperti rubella atau hepatitis B.
Seperti yang telah disebutkan beberapa minggu yang lalu, tekanan/stres tidak baik untuk bayi anda. Tetapi, adakah tekanan boleh menyebabkan keguguran? Walaupun stres telah lama disyaki sebagai penyebab keguguran di awal kehamilan, tetapi terlalu sedikit bukti untuk membuktikan teori ini. Kajian mendapati 10-20% wanita hamil mengalami keguguran. Kebiasaannya, punca keguguran pada awal kehamilan adalah disebabkan oleh kelainan pada kromosom atau beberapa masalah dalam perkembangan embrio. Punca-punca lain keguguran di awal kehamilan termasuklah:
Jika anda bimbang bahawa anda mungkin mengalami keguguran, beri tumpuan kepada penjagaan diri anda dan janin dan jauhi risiko keguguran, seperti merokok dan minum.
Jadi, bagaimanakah perkembangan janin pada minggu hadapan?
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen