Minggu 26

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 1 minit bacaan

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Bayi anda sekarang bersaiz seperti panjang daun bawang daripada kepala ke tumit, iaitu 39 cm dan berat sekitar 750 g.

Walaupun mata bayi anda tertutup beberapa bulan yang lepas, tidak lama lagi matanya akan terbuka dan boleh berkelip. Bergantung kepada bangsa atau etnik, sesetengah bayi akan dilahirkan dengan mata hitam atau coklat kehitaman. Mata mereka mungkin berubah warna dalam tahun pertama dan ada yang akan dilahirkan dengan mata coklat atau warna lain. Bulu kening dan rambut bayi juga sedang tumbuh.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Uterus anda adalah syurga bayi anda sebelum kelahiran. Tetapi, bayi anda akan berpindah ke rumah baru selepas kelahiran. Ambil masa untuk mempersiapkan rumah anda sebelum hari kelahiran bayi. Terdapat beberapa langkah yang perlu anda lakukan untuk keselamatan anak anda. Anda patut menutup sumber elektrik, barang yang boleh ditelan, memasang penggera kebakaran dan penghadang tangga. Ambil setiap langkah berjaga-jaga yang boleh anda fikirkan tetapi ingatlah bahawa tidak ada langkah berjaga-jaga yang setanding dengan pengawasan sendiri.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Anda mungkin merasa tidak stabil atau mempunyai langkah kaki yang cemerkap. Apabila berada dalam trimester ketiga, terdapat banyak sebab untuk anda terjatuh. Perut anda semakin besar menyebabkan pusat graviti berubah yang membuat anda cenderung ke depan di samping sendi anda juga kian tidak stabil dan rasa penat menyebabkan anda tidak memberi perhatian dan leka. Ini boleh menjejaskan tumpuan anda dan membuatkan anda mudah terjatuh.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Tanda regangan pada kulit dan kegatalan mula muncul lebih kerap. Ia boleh jadi tidak selesa tetapi anda harus optimis kerana hanya berbaki tiga bulan sahaja lagi sebelum kelahiran. Kegatalan waktu hamil selalunya berlaku pada perut, punggung dan tangan. Doktor akan menyarankan ubat topikal dan antihistamin atau suntikan untuk mengurangkan rasa tidak selesa.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Mulai sekarang, anda akan terbiasa menemui doktor. Anda boleh menjangkakan bahawa doktor akan memeriksa beberapa perkara tersebut, bergantung kepada keperluan:

  • Ukuran berat badan dan tekanan darah;
  • Ujian air kencing untuk glukos dan protein;
  • Ujian darah untuk anemia;
  • Vaksinasi terhadap difteria;
  • Pemeriksaan degupan jantung janin;
  • Ukuran saiz rahim melalui pemeriksaan luar untuk dibandingkan dengan waktu kelahiran;
  • Ketinggian fundus (bahagian atas rahim);
  • Pemeriksaan bengkak tangan dan kaki, pemeriksaan vena varikos pada kaki;
  • Simptom atau tanda yang tidak normal;
  • Sediakan senarai soalan atau isu yang anda mahu bincangkan dengan doktor anda.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Bengkak

Abdomen anda bukanlah satu-satunya bahagian yang akan membesar sewaktu kehamilan. Buku lali dan kaki anda akan membengkak, terutamanya di penghujung hari. Bengkak ini tidak berbahaya tetapi mungkin menyebabkan rasa tidak selesa dalam rutin harian anda. Ia mungkin susah untuk anda memakai kasut. Cincin anda mungkin semakin ketat dan sukar untuk ditanggalkan. Bengkak pada buku lali, kaki dan tangan adalah normal. Ia berlaku disebabkan peningkatan cecair dalam badan sewaktu kehamilan. Bahkan 75% wanita mengalami masalah ini sewaktu kehamilan, terutama pada minggu ke-26. Bengkak ini kian bertambah sewaktu cuaca panas atau selepas terlalu lama duduk atau berdiri. Ia boleh diredakan dengan cara berbaring semalaman atau beberapa jam.

Bagaimanakah pertumbuhan bayi anda pada minggu hadapan?

Hello Health Group tidak memberikan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sukar Hamil? Mungkin Anda PERLU Berjumpa Doktor Gigi! Nak Tahu Kenapa? Baca Ini

    Apa kaitan antara soal kebersihan gigi dengan kesukaran untuk mengandung? Rasa pelik, bukan? Tapi ini yang perlu anda fahami tentang tahap kesuburan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 09/06/2020 . 3 minit bacaan

    Kebas Jari Dan Tangan, Ini Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel

    Sindrom carpal tunnel semasa hamil adalah normal dan biasa terjadi kepada kira-kira 60% wanita mengandung. Buat 7 perkara ini untuk kurangkan simptomnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 04/06/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Buat Ujian Kehamilan Pun Ada Masanya, Tapi Waktu Bila Lebih Sesuai? Pagi, Petang @ Malam?

    Waktu melakukan UPT adalah topik yang sering dipersoalkan jika ingin menjalani ujian kehamilan. Apakah tempoh masa yang terbaik untuk melakukannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Isteri Hamil Juga Walau Beraksi Gunakan KONDOM? Ini 7 Sebab Ia Mungkin ‘Bocor’!

    Masih hamil walaupun beraksi di ranjang menggunakan kondom? Ia mungkin disebabkan kondom bocor! Klik artikel untuk tahu 7 sebab sebenar ia terjadi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 02/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hamil

    Ada PCOS Tapi Nak Mengandung? Ini 4 Rahsia Berjaya Hamil, ‘Confirm’ Lekat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan
    najis hijau

    Najis Ibu Hamil Boleh Bertukar Kepada Warna Hijau Tau! Ini 6 Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan
    Hiperemesis gravidarum

    Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat? BAHAYA! 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 minit bacaan
    setitik air mani boleh hamil

    SETITIS Air Mani Boleh Buatkan Wanita Mengandung? Boleh Jadi Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 10/06/2020 . 3 minit bacaan