Bila Baby Mula Menendang? Ini 5 Cara Mudah Kira Tendangan Bayi Dalam Perut

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 minit bacaan

Terbeliak mata si ibu hamil keseronokan di saat anak di dalam kandungan membuat tendangan pertama.

Rasa, terkejut, gemuruh, riang bercampur aduk terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali hamil.

Memang normal bagi setiap bayi untuk membuat tendangan pertama sekitar 18 hingga 25 minggu kehamilan.

Bagi yang sudah hamil beberapa kali, mereka mungkin lebih cekap mengesan tendangan bayi buat kali pertama.

Mungkin ada yang anggap remeh, namun tendangan tersebut boleh memberikan maklumat berharga kepada ibu dan pegawai kesihatan yang memantau.

Oleh sebab itulah kiraan tendangan bayi perlu dibuat dengan betul terutamanya ketika trimester ketiga kehamilan.

Kajian berkaitan dengan tendangan bayi dan perkembangan deria otak

tendangan bayi

Pada tahun 2018, satu kajian yang diterbitkan di laman jurnal Nature menunjukkan kaitan yang kuat di antara aktiviti tendangan bayi dengan perkembangan deria.

Subjek kajian melibatkan bayi yang lahir di antara 31 hingga 42 minggu (campuran kelahiran pramatang dan matang).

Usia bayi dikira berdasarkan kepada kematangan mereka semasa dilahirkan.

Jika mereka dilahirkan pramatang, maka usia mereka akan dikira seperti bayi yang masih di dalam kandungan sehingga mencapai usia matang (37 minggu dan ke atas).

Sebagai contoh, bayi pramatang  berusia 1 minggu yang lahir pada minggu ke 32 kehamilan, akan dikira sebagai bayi yang sama perkembangan dengan janin di dalam kandungan yang berusia 33 minggu.

Hanya jika mereka mencapai usia matang (37 minggu) kiraan usia akan mengikut kepada taraf bayi yang baru lahir.

Contohnya, bayi berusia 1 minggu yang lahir pada minggu ke 40 kehamilan akan dianggap berusia 1 minggu.

Pengkaji memberi tumpuan kepada gelombang perkembangan otak yang terhasil semasa bayi tidur di dalam fasa rapid eye movement (REM).  

Setiap kali mereka menggerakkan anggota badan, sebagai contoh tangan, hemisfera otak akan memproses deria sentuh pada tangan terlibat.

Fenomena perkembangan deria ini sangat memberangsangkan bagi subjek bayi pramatang.

Apabila bayi matang sudah mencecah beberapa minggu, perkembangan deria itu hilang.

Tendangan bantu bayi untuk kenali tubuh mereka sendiri

tendangan bayi

Setiap anggota yang bergerak ketika bayi sedang tidur di dalam kandungan akan mengalami perkembangan deria badan.

Ia merupakan satu bentuk pemetaan saraf yang  terhasil kesan daripada aktiviti biologi dan faktor persekitaran di dalam rahim ibu.

Kajian dalam subjek haiwan seperti tikus turut menunjukkan dapatan yang serupa.

Tendangan bayi ketika di dalam perut bukan sahaja penting untuk kita tahu anak di dalam kandungan sihat malah perkembangan mereka ketika berada di dalam perut.

Oleh sebab itulah tidur dianggap sebagai satu komponen penting dalam perkembangan janin di dalam kandungan.

Kajian sebegini boleh menyumbang kepada aspek penjagaan bayi pramatang.

Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk ibu mengira dengan tepat jumlah pergerakan bayi dalam masa sehari untuk dibandingkan dengan hari esok.

Kadangkala sukar untuk mereka pastikan sama ada tendangan bayi itu hanya sekadar pergerakan atau perasaan mereka semata-mata.

Oleh itu, cara pengiraan yang betul perlu ditekankan kepada golongan ibu hamil untuk kemudahan mereka.

Anda mungkin berminat:

Cara mudah untuk ibu hamil kira tendangan bayi

tendangan bayi

Terdapat pelbagai cara untuk kita mengira jumlah pergerakan bayi. 

Panduan yang dikeluarkan oleh Kolej Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG) memberi penekanan kepada aspek tendangan dan pergerakan bayi.

Namun, untuk kemudahan pembaca, mari kita beri tumpuan kepada tendangan bayi sahaja:

  1. Apabila ibu memasuki trimester ketiga, hospital atau klinik akan memberikan carta gerak anak bagi merekodkan pergerakan bayi.
  2. Secara amnya, tendangan perlu pada jumlah 10 dalam masa 12 jam.
  3. Ambil masa yang mudah untuk anda rekodkan tendangan tersebut setiap hari (9 pagi sampai 9 malam).
  4. Tanda pada kolum 10 petak kecil yang disediakan pada carta. Jangan gunakan pelekat, pensel warna dan sebagainya. Gunakan pen dan tick seperti biasa.
  5. Jika tidak cukup 10 dalam masa 12 jam, pergerakan terlalu cepat atau terlalu lambat daripada biasa, pergi ke fasiliti kesihatan terdekat dan buat pemeriksaan.

Konklusi

Jika anda masih tidak yakin dengan langkah untuk mengira tendangan bayi, usulkan pertanyaan kepada doktor anda.

Amat penting bagi ibu untuk tahu cara yang betul bagi mengira tendangan di dalam kandungan.

Kalau pergerakan bayi pada hari tersebut luar biasa (terlalu cepat atau terlalu lambat), buat pemeriksaan di hospital berdekatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ingin Rancang Keluarga Secara Natural Tanpa Sebarang Kaedah? Cubalah 3 Cara Ini!

Selain pengambilan pil perancang keluarga, anda dan pasangan juga boleh menggunakan metode NFP untuk merancang keluarga. Sila baca lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Rancang Kehamilan 02/07/2020 . 4 minit bacaan

Air Liur Bayi Meleleh Tanda Mahu Tumbuh Gigi? ALERT Mak Ayah, Ada Bahayanya!

Ibu bapa mana yang tidak risau jika air liur bayi asyik meleleh sahaja. Ia mungkin tanda mereka mahu tumbuh gigi atau petunjuk penyakit berikut. Jom klik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Tahun-tahun pertama 29/06/2020 . 3 minit bacaan

Bayi Merangkak Atau Duduk Dulu? Ini Yang Mak Ayah Kena Tahu

Tahukah anda, bilakah waktu bayi mula belajar duduk dan merangkak? Jika tidak tahu, ketahui berkenaan waktu bayi merangkak dan bayi duduk di sini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi, 3-6 bulan 28/05/2020 . 3 minit bacaan

Nak Latih Baby Duduk? Boleh TAPI Ambil Tahu 19 Perkara PENTING Ini Dahulu

Pada usia berapa bayi mula duduk? Boleh ke kalau ada parents yang melatih bayi duduk atau ia satu tindakan yang tidak wajar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tips Keibubapaan 20/05/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pergerakan bayi dalam kandungan

Bayi Menendang Dalam Perut Bukan Saja-saja! Ini 9 Fakta Menarik Si Manja Di Alam Rahim

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 24/07/2020 . 3 minit bacaan
ibu hamil

Mama, Usah Risau Kalau Posisi Bayi Songsang, Ada Cara Nak Tukar Ke Kedudukan Normal!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 22/07/2020 . 3 minit bacaan
rambut lanugo

AWAS Jika Tubuh Bayi Baru Lahir Ditumbuhi Rambut Halus, Ada Yang Bahaya Tau!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 minit bacaan
perkembangan bayi

Jangkitan Kuman, Serebral Palsi; Ada Lagi 13 Komplikasi Jika Bayi Lahir Pramatang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan