backup og meta

Kenali Pendarahan Normal Dan Abnormal Ketika Hamil, Ia Mungkin Tanda Keguguran!

Kenali Pendarahan Normal Dan Abnormal Ketika Hamil, Ia Mungkin Tanda Keguguran!

Kenapa keluar darah semasa hamil? Berapa lama darah akan keluar selepas keguguran? Kenapa sakit perut semasa mengandung? Bagaimana pula untuk mengenal pasti tanda keguguran jika ia berlaku?

Ini caranya yang boleh anda semak tanda tanda gugur!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Perkara yang menjejaskan kehamilan

Kenapa keluar darah semasa hamil? Berapa lama darah akan keluar selepas keguguran? Kenapa sakit perut semasa mengandung?

Keguguran merujuk kepada kematian janin dan/atau pengeluaran janin sebelum mencapai tempoh berdaya hidup (viable).

Pentakrifan tempoh berdaya hidup janin ini berbeza mengikut negara-negara tertentu.

Di Malaysia, tempoh berdaya hidup janin yang digunakan adalah pada minggu ke-24 kehamilan dan ke atas atau setelah mencapai berat 500 gram atau lebih.

Semestinya, ianya adalah sesuatu perkara yang cukup tidak diingini oleh mana-mana pasangan khususnya jika mereka telah berusaha sekian lama untuk memperoleh zuriat.

Keguguran pada peringkat awal yang menjejaskan kehamilan adalah lebih kerap berlaku.

Hampir 50 peratus daripada semua kehamilan berakhir dengan keguguran sebelum wanita tersebut mengetahui mereka hamil pada mulanya.

Dalam kalangan wanita yang tahu mereka hamil, insiden kes keguguran berlaku sekitar 8 hingga 20%.

Majoriti (hampir 80%) daripada keseluruhan kes keguguran ketika tempoh awal kehamilan berlaku antara minggu ke-9 hingga minggu ke-13.

Oleh yang demikian, penting untuk ibu bapa dan juga pasangan yang sedang menantikan kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka untuk mengenal pasti tanda gugur awal hamil bagi membolehkan mereka mendapatkan perhatian doktor dengan segera.

Tanda keguguran yang perlu anda tahu

tanda keguguran
Pendarahan adalah tanda biasa keguguran.

Terdapat 2 tanda tanda gugur yang boleh ibu bapa berikan perhatian.

  • Tanda keguguran utama adalah tumpah darah, atau keluarnya darah melalui faraj
  • Sakit di bahagian bawah perut (bawah abdomen)

Kenapa keluar darah semasa hamil?

Tanda-tanda keguguran awal seperti pendarahan melalui faraj boleh melambangkan punca ataupun akibat daripada proses keguguran.

Dalam kalangan wanita yang mengalami keguguran sempurna atau keguguran tidak sempurna, tanda keguguran trimester 2 atau 3 ini (pendarahan melalui faraj) masih boleh berlaku.

Ini kerana pendarahan tersebut berlaku serentak dengan pengeluaran janin daripada rahim.

Terdapat segelintir wanita hamil yang tidak mengalami pendarahan melalui faraj mereka sejurus sebelum pengeluaran janin.

Ia dikategorikan sebagai keguguran yang tidak dikesan (missed miscarriage).

Tanda keguguran ini boleh menjadi punca kepada mengapa keguguran berlaku.

Sebagai contoh, pendarahan sub-korion (pendarahan antara dinding rahim dan korion) yang boleh dikesan melalui pengimejan ultrasound.

Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya keguguran sekali gus menjejaskan kehamilan.

Namun adakalanya, pendarahan sedikit dan rasa kurang selesa di bahagian bawah perut boleh dianggap sebagai sesuatu yang normal kepada kebanyakan wanita yang mengandung.

Perkara menjejaskan kehamilan

tanda keguguran
Perbezaan pendarahan ketika hamil.

Selepas mengalami tanda tanda gugur dan janin telah dikeluarkan, pastinya si ibu ingin mengetahui punca berlakunya keguguran tersebut.

Pelbagai faktor boleh mendasari keadaan tersebut, antaranya:

  1. Masalah genetik: Hampir 30% daripada keseluruhan keguguran berlaku sebelum minggu ke-8 dan penyebab utama adalah masalah berkaitan dengan genetik.
  2. Masalah penyakit si ibu: Keadaan kesihatan ibu turut mempengaruhi berlakunya keguguran dalam kandungan mereka. Penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes), tekanan darah tinggi, penyakit kronik buah pinggang, penyakit berkaitan dengan kelenjar tiroid dan juga penyakit lupus serta jangkitan kelamin seperti HIV.
  3. Masalah uri: Sekiranya perkembangan uri tidak optimum ataupun bermasalah, bekalan nutrisi dan juga darah kepada bayi akan terjejas, menyebabkan perkembangan bayi terhenti dan keguguran boleh berlaku.
  4. Masalah struktur rahim: Masalah kongenital berkaitan dengan struktur rahim yang berbeza dengan struktur rahim normal berupaya untuk menggangu perkembangan bayi dan menyebabkan berlakunya keguguran.
  5. Pangkal rahim yang longgar atau lemah: Pangkal rahim dikira sebagai leher kepada rahim. Apabila pangkal rahim lemah atau longgar, ianya akan cenderung untuk terbuka lebih awal dan memberi laluan kepada pengeluaran janin terlalu awal (keguguran).

Selain daripada punca di atas, terdapat juga beberapa faktor yang meningkatkan risiko untuk berlakunya keguguran.

tanda keguguran
Kurangkan minuman berkafein semasa hamil.
  1. Usia ibu: Ibu yang berumur (lebih tua).
  2. Merokok: Menghisap rokok lebih daripada 10 batang sehari (atau perokok pasif).
  3. Alkohol: Pengambilan minuman beralkohol semasa mengandung walaupun sedikit.
  4. Demam panas: Demam yang mencatatkan suhu melebihi 37.8 darjah celcius.
  5. Trauma: Trauma fizikal pada bahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan risiko berlakunya keguguran. Ini termasuk juga rawatan atau prosedur seperti amniocentesis dan chorionic villous sampling.
  6. Kafein: Pengambilan kopi atau bahan berkafein seperti cola dan sebagainya dalam kadar yang berlebihan boleh meningkatkan risiko berlakunya keguguran.
  7. Pengambilan ubat-ubat tertentu: Penting untuk anda semak dengan doktor anda perihal ubat-ubatan yang anda ambil sebelum mengandung kerana sesetengah ubat untuk penyakit kronik mampu memberikan kesan yang negatif kepada tumbesaran janin.
  8. Berat badan berlebihan atau terlalu kurang: Obesiti ataupun berat badan berlebihan terkenal sebagai faktor risiko yang meningkatkan risiko seseorang untuk pelbagai keadaaan kesihatan lain, termasuklah untuk mengalami keguguran.

Kesimpulan


Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan kesihatan kandungan, anda boleh berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat serta rawatan yang sesuai.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sapra KJ, Joseph KS, Galea S, Bates LM, Louis GMB, Ananth CV. Signs and Symptoms of Early Pregnancy Loss. Reprod Sci. 2017 Apr;24(4):502–13., Accessed Jun 13 2019.
  2. Keguguran, http://www.myhealth.gov.my/keguguran-2/, Accessed Jun 13 2019.
  3. Miscarriage, https://www.nhs.uk/conditions/miscarriage/symptoms/, Accessed Jun 13 2019.
  4. Signs of miscarriage. Pregnancy Birth and Baby, https://www.pregnancybirthbaby.org.au/signs-of-miscarriage, Accessed Jun 13 2019.
  5. Miscarriage, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pregnancy-loss-miscarriage/symptoms-causes/syc-20354298, Accessed Jun 13 2019.
  6. Signs and Symptoms of Early Pregnancy Loss. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5933199/. Accessed May 6 2024.

Versi Terbaru

06/05/2024

Ditulis oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Petua Nak Cepat 'Lekat', Kena Bersetubuh Sehari Lepas Isteri Habis Haid, Menjadi Ke?

Semak 12 Tanda Awal Mengandung Ini, No. 12 Simptom Paling 'Rare'!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Disemak pada 06/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan