4 Posisi Seks Ketika Hamil Yang Anda Boleh Cuba Di Ranjang!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

“Alamak, aku mengandung ke? Bagaimana dengan kehidupan seks aku dengan si suami nanti”?, fikir Nabila dalam hati. Sebenarnya, kegusaran ini tidak perlu timbul jika anda tahu cara untuk berasmara dengan betul dan selamat ketika perut anda sedang memboyot. Nak tahu posisi seks ketika hamil yang anda boleh cuba? Jom ikuti artikel ini!

Boleh atau tidak melakukan seks ketika hamil?

Sebelum pergi lebih lanjut, kita perlu tahu terlebih dahulu bahawa boleh atau tidak melakukan seks semasa mengandung. Sebenarnya, tiada sebarang alasan yang kukuh untuk anda dan pasangan tidak melakukan hubungan seks ketika hamil melainkan doktor atau bidan melarang jika anda kondisi yang tidak dapat dielakkan.

Menurut Aleece Fosnight, kaunselor seks dari Amerika, seks semasa mengandung sebenarnya bagus untuk wanita! Ini kerana orgasma yang berjaya dicapai oleh wanita akan menyebabkan tubuh badan mengeluarkan hormon dan melancarkan aliran darah sistem kardiovaskular mereka. Ini sekali gus memberi manfaat kepada diri sendiri dan bayi dalam kandungan.

seks ketika hamil

Posisi seks ketika hamil yang anda boleh cuba!

#1. Missionary

Ini adalah posisi seks ketika hamil yang selalu diaplikasikan oleh setiap pasangan suami isteri sama ada sedang mengandung atau tidak. Cara melakukannya adalah mudah sahaja. Isteri perlu berbaring menelentang dan suami pula perlu berada di atasnya seakan menindih dan memasukkan zakar ke dalam faraj untuk proses penetrasi.

Pun begitu, anda perlu ingat untuk melakukan posisi ini hanya semasa trimester pertama sahaja, ya? Ini kerana semasa trimester kedua dan ketiga, rahim yang semakin membesar akan menekan pembuluh darah utama sekali gus menyekat aliran darah kepada bayi. Bukan itu sahaja, berat badan si suami yang berada di atas sudah pasti akan membuat isteri keletihan.

#2. Doggy style

Ya, mungkin posisi seks ketika hamil ini akan menyebabkan anda dan pasangan tidak saling bertentang mata semasa hubungan kelamin. Namun, jangan risau kerana ia tidak akan sekali mengurangkan keintiman sesama anda. Posisi ini sebenarnya juga sangat selamat untuk dilakukan walaupun ketika perut anda sedang memboyot.

Cara untuk melakukan hubungan seks dengan posisi ini adalah wanita perlu menonggeng dengan lutut dan sikunya direhatkan, dan suami melakukan penetrasi dari belakang. Posisi ini bukan sahaja selamat, namun ia juga boleh menyebabkan suami memasukkan zakar ke dalam faraj lebih dalam. Untuk lebih selamat, lakukan penetrasi dengan ritma yang relaks, ya? 

#3. Sponning

Apa yang paling penting semasa hubungan seks semasa hamil adalah posisi yang tidak memberi tekanan pada perut wanita. Jadi, posisi ini adalah yang paling bagus untuk anda. Bagaimanakah caranya? Senang sahaja. Wanita hanya perlu berbaring ke sisi dan suami berbaring di belakangnya sambil melakukan penetrasi. Mudah dan selesa, bukan?

 

#4. Woman on top

Selain itu, ada satu lagi posisi yang tidak akan memberi tekanan kepada wanita iaitu posisi wanita di atas. Caranya, suami hanya perlu berbaring dan membiarkan sahaja isteri ‘bekerja’. Posisi ini membolehkan wanita dengan perut yang boyot untuk mengawal sendiri ritma penetrasi. Ia juga sudah pasti lebih romantik kerana anda boleh melihat mata masing-masing.

Normal atau tidak rasa sakit ketika seks semasa hamil?

Mungkin bagi sesetengah wanita, hubungan intim semasa hamil adalah perkara yang biasa dan tidak mendatangkan rasa yang luar biasa. Namun, ada sesetengah wanita yang akan mengalami rasa sakit ketika melakukannya. Adakah ini normal?

Semasa hamil, ada beberapa bahagian tubuh badan wanita yang akan menjadi sedikit sensitif. Antara bahagian tersebut adalah puting payudara dan alat kemaluan. Apabila disentuh atau dirangsang, bahagian yang sensitif ini mungkin akan berasa sedikit sakit.

Apakah punca tahap sensitif ini? Ia adalah disebabkan oleh pengaliran darah dan hormon yang akan membuat bahagian seperti puting dan faraj. Jadi, ia mungkin perkara yang normal. Namun, anda tidak perlu memaksa pasangan anda melakukan seks jika ia menyiksakan.

Sebaliknya, gunakan posisi seks ketika hamil yang mungkin tidak akan mendatangkan rasa sakit yang teramat. Sebaiknya, anda perlu duduk berbincang bersama pasangan anda tentang kehidupan seks anda semasa hamil.

Boleh atau tidak seks semasa hamil menyebabkan keguguran?

Ada satu mitos yang sangat membelenggu kehidupan pasangan suami isteri. Mitos tersebut adalah hubungan kelamin semasa hamil akan menyebabkan keguguran! Adakah ini benar? Sebenarnya, ia adalah sekadar mitos semata-mata.

Menurut kajian yang dilakukan Canadian Medical Association Journal (CMAJ), seks semasa mengandung tidak akan menyebabkan keguguran. Jadi, jangan risau, ya? Anda dan pasangan masih boleh berasmara ketika isteri mengandung tanpa bimbang dengan risiko keguguran.

Bila anda perlu elak seks semasa hamil?

Pun begitu, ada ketika anda dan pasangan perlu elak daripada melakukan hubungan intim. Anda diingatkan untuk mengelakkan seks semasa hamil jika berlaku beberapa perkara berikut:

  • Berlaku pendarahan yang tidak diketahui punca pada faraj
  • Berlaku kebocoran pada air ketuban anda
  • Serviks anda mula terbuka secara tiba-tiba (cervical incompetence)
  • Plasenta anda mula menutupi bahagian bukaan serviks (placenta previa)
  • Anda pernah ada sejarah kelahiran pramatang

Konklusi

Konklusinya, tiada apa yang patut anda risaukan. Seks masih boleh dilakukan cuma anda perlu pastikan posisi seks ketika hamil ini adalah betul dan selamat, seperti yang telah dinyatakan oleh artikel. Pun begitu, ia hanya satu panduan semata-mata. 

Sebaiknya, anda dan pasangan duduk berbincang bersama terlebih dahulu. Atau untuk lebih kepastian, dapatkan nasihat doktor atau bidan. Jadi, Nabila tidak lagi perlu risau tentang keperluan dan kemahuan suaminya jika dia hamil sekali lagi nanti.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut