Betul Ke Anak Yang Dilahirkan Ibu Obes Memiliki IQ Lebih Rendah? Tapi Kenapa?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 29/05/2020

Obesiti merupakan penyakit kronik yang kian meningkat saban tahun dan sering dikaitkan dengan pelbagai jenis komplikasi seperti kencing manis, hipertensi dan penyakit kardiovaskular.

Selain daripada memberi kesan negatif terhadap kualiti hidup individu, ibu gemuk atau obesiti juga dapat mempengaruhi kecekapan psikomotor anak di dalam kandungan.

Kesan ini telah dilaporkan dalam jurnal yang diterbitkan di laman Jurnal Pediatrik BMC pada Disember 2019.

Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Obesiti dan kesannya terhadap perkembangan si manja

Banyak kajian yang telah membuktikan bahawa perkembangan kognitif anak anda bergantung kepada jisim berat badan (BMI) anda semasa tempoh kehamilan.

Pada tahun 2018, kajian yang dijalankan oleh Elizabeth Widen, professor madya jurusan sains pemakanan di Universiti Texas, telah membuktikan bahawa masalah obesiti atau berat badan berlebihan semasa hamil boleh memberikan kesan negatif terhadap perkembangan minda bayi.

Susulan kajian tersebut, pada tahun 2019, beliau memperoleh dapatan yang sama melalui kajiannya yang melibatkan 368 ibu dan kanak-kanak.

Melalui kajian, mereka mendapati bahawa bayi lelaki yang dilahirkan oleh ibu gemuk cenderung untuk mempunyai keupayaan motor yang tidak setaraf dengan usia ketika mereka berumur 3 dan 7 tahun.

Kecekapan psikomotor diukur dari segi koordinasi, ketangkasan, pergerakan dan kecepatan tindakan.

Kanak-kanak lelaki yang dilahirkan oleh wanita obes mempunyai skor keupayaan yang lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak lelaki yang dilahirkan oleh wanita yang mempunyai berat badan normal

Ia bukan bertujuan untuk memalukan mana-mana pihak.

Namun kesan masalah obesiti ibu terhadap perkembangan kanak-kanak harus difahami agar tindakan susulan boleh diambil dengan lebih drastik.

Kesan obesiti tersebut bukan sahaja mempengaruhi kadar kecekapan psikomotor bayi, malah skor darjah kecerdasan (IQ) mereka.

Melalui ujian IQ berskala lengkap, mereka yang dilahirkan oleh ibu obes mempunyai IQ dengan 5 mata lebih rendah berbanding dengan anak yang dilahirkan oleh ibu berat normal.

Jangan salah ikut nilai BMI!

Interpretasi masalah obesiti dan berat badan berlebihan berbeza mengikut populasi etnik.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bagi orang Eropah, individu yang mempunyai nilai BMI 25 kg/m2 dan ke atas dianggap mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Bagaimana pula dengan etnik yang lain seperti orang Asia?

Bagi orang Asia, mereka yang mempunyai nilai BMI 23 kg/m2 dan ke atas dianggap mempunyai masalah tersebut. Ini berikutan terdapat perbezaan pada jumlah dan distribusi lemak badan orang Asia dan Eropah pada nilai BMI yang sama.

Secara ringkasnya, risiko untuk mendapat penyakit kronik berkaitan nutrisi adalah lebih tinggi pada orang Asia.

Kaji Selidik Morbiditi dan Kesihatan Nasional (NHMS) 2011 telah menunjukkan bahawa prevalens masalah obesiti dalam kalangan wanita berusia 18 tahun dan ke atas telah meningkat daripada 5.7% kepada 17.6%. 

Ini merupakan nilai peratusan yang agak membimbangkan berikutan risiko terhadap komplikasi kehamilan meningkat jika wanita tersebut membuat keputusan untuk hamil tanpa mengurangkan berat badan sebelum mengandung.

Bagaimanakah caranya untuk mengurangkan risiko tersebut?

Kurangkan berat badan anda dan gunakan nilai ketinggian dan berat badan sebagai panduan ke arah mencapai nilai BMI yang sihat.

Kesan obesiti terhadap ibu mengandung

ibu

Komplikasi kehamilan bukan sahaja berisiko untuk dialami oleh mereka yang mempunyai masalah kawalan berat badan sebelum tempoh kehamilan.

Anda yang mempunyai nilai kenaikan berat semasa hamil pada tahap yang berlebihan juga berisiko untuk mendapat komplikasi kesihatan.

Oleh itu, panduan kenaikan berat badan semasa hamil telah dibuat menggunakan BMI ibu.

  • Kurang berat badan (<18.5 kg/m2) – jumlah kenaikan pada kadar 12.5 kg hingga 18.0 kg
  • Berat badan normal (18.5-22.9 kg/m2) – jumlah kenaikan pada kadar 11.5 kg hingga 16.0 kg
  • Berat badan berlebihan (23.0-27.4 kg/m2) – jumlah kenaikan pada kadar 7.0 kg hingga 11.5 kg
  • Obes (>27.5 kg/m2) – jumlah kenaikan pada kadar 5.0 hingga 9.0 kg 

Panduan yang disenaraikan di atas boleh diaplikasikan kepada wanita Asia. Jika ia melibatkan wanita dari negara Eropah, nilai BMI asal boleh digunakan bagi menentukan kadar kenaikan berat badan normal.

Wanita mengandung obes mempunyai risiko untuk mendapat pelbagai jenis komplikasi semasa hamil. Antaranya adalah:

  • Diabetes gestasi
  • Keguguran
  • Preeklampsia
  • Pendarahan berlebihan selepas bersalin
  • Peningkatan pada risiko diagnosis diabetes jenis 2 selepas tempoh bersalin

Bukan ibu gemuk sahaja yang akan mengalami komplikasi ketika hamil, malah anak yang dikandung juga turut serta merasai natijahnya.

Selain daripada apa yang dikemukakan dalam dapatan kajian oleh Widen, masalah yang boleh dialami oleh bayi adalah seperti berikut:

  • Kelahiran pramatang
  • Kematian bayi semasa lahir
  • Kecacatan kongenital
  • Berat melebihi nilai normal (> 4.0 kg)
  • Mengalami peningkatan risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung dan kencing manis kelak

Oleh itu, mungkin bakal ibu gemuk ingin menurunkan berat badan semasa hamil bukan? Namun pastikan ia sesuai dengan BMI ketika hamil yang kalian perlukan ya?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Awas! Jika Kulit Anda Seperti Ini, Anda Mungkin Ada Kencing Manis!

    Tahukah anda, masalah kulit akantosis nigrikan merupakan tanda awal kencing manis? Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Risiko Kencing Manis Tinggi Dalam Kalangan Orang Asia

    Tahukah anda bahawa orang Asia mempunyai BMI yang berlainan dengan orang Eropah memandangkan risiko untuk mendapat kencing manis berbeza? Baca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Jom Selidik Tanda Awal Kencing Manis

    Apa tanda kita mungkin ada masalah kencing manis? Adakah terdapat sebarang simptom yang boleh dikenal pasti? Jom ketahui apakah tanda awal kencing manis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Bolehkah Penghidap Kencing Manis Minum Air Kelapa?

    Penghidap kencing manis akan menjaga aspek pemakanan dan mengelakkan sebarang minuman manis. Tetapi boleh ke penghidap kencing manis minum air kelapa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    ramadhan

    Bulan Syawal Tiba! Penghidap Diabetes Jenis 1 Perlu Lebih Berjaga-jaga, Ikuti Panduan Pemakanan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/05/2020
    memberus gigi

    Berus Gigi 2x Sehari Tak Cukup! Lakukan Lebih Kerap Jika Tak Nak Jadi Begini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/03/2020
    makan pakai tangan

    Anda Suka Makan Pakai Tangan? Jangan Pelik Ini Mungkin Punca Naik Berat Badan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/02/2020
    daun ketum

    Daun Ketum Boleh Rawat Kencing Manis Dan Darah Tinggi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/02/2020