backup og meta

Beberapa Tanda Bersalin Berserta Persediaan Penting Yang Bakal Ibu Mesti Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 19/06/2023

    Beberapa Tanda Bersalin Berserta Persediaan Penting Yang Bakal Ibu Mesti Tahu!

    Jangan hanya fokus pada sakit miss v tanda bersalin, ada banyak lagi tanda bersalin dan persediaan yang semua bakal ibu perlu tahu ya? Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Sekilas pandang tentang kehamilan si ibu

    Semakin dekat tempoh anggaran bersalin dan semakin muncul tanda bersalin pada diri anda, perjalanan kehamilan anda semakin hampir ke penghujungnya.

    Tentunya ini satu saat yang menggembirakan dan juga mendebarkan.

    Melihat semula permulaan segala-galanya, kehamilan yang kini dikecapi adalah satu pengalaman hidup yang cukup mengujakan dan menggembirakan hati bukan sahaja untuk anda atau pasangan anda, bahkan untuk ahli keluarga terdekat yang lain.

    Ia pasti lebih manis dan menggembirakan sekiranya kehamilan dan zuriat yang bakal dilahirkan ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan dan diusahakan sekian lama, khususnya jika anda dan pasangan anda telah sekian lama mencuba untuk menimang cahaya mata.

    tanda bersalin dan persediaan

    Ia satu nikmat tuhan yang perlu disyukuri, bahkan satu keajaiban bagi anda dan pasangan khususnya jika anda sebelum ini menghidap keadaan-keadaan kesihatan atau penyakit-penyakit tertentu yang menyebabkan peluang anda untuk mengandung atau membawa kandungan ke tempoh bersalin adalah rendah.

    Kondisi kesihatan seperti endometriosis, penyakit radang pelvis dan juga sindrom ovari polisistik (PCOS) adalah contoh penyakit-penyakit yang berupaya untuk mengganggu kesuburan dan fungsi reproduktif normal anda sekali gus mempengaruhi peluang untuk mereka mengandung.

    Tidak terhad kepada wanita sahaja, faktor kaum lelaki juga turut memainkan peranan penting dalam mendapatkan zuriat.

    Keadaan-keadaan kesihatan seperti disfungsi ereksi, kemurungan dan juga masalah berkaitan dengan penghasilan sperma boleh mempengaruhi peluang untuk si isteri mengandung.

    Justeru, kegembiraan terserlah apabila mengetahui bahawa zuriat yang dinanti-nantikan semakin dekat dengan realiti.

    Tanda bersalin dan persediaan yang penting

    Setelah anda memasuki tempoh trimester ketiga, semestinya anda sudah mula merasa gemuruh, mula menghitung hari.

    Namun yang demikian, bukan semua wanita mengandung akan mengecapi tempoh 40 minggu kehamilan. Justeru, perkara sebenar yang perlu anda peka adalah tanda bersalin dan persediaan.

    Anda perlu cakna terhadap tanda bersalin pada diri anda agar perhatian doktor dapat diperoleh sesegera mungkin dan rawatan yang mencukupi dapat diberi.

    Perlu diingati, ada wanita hamil yang mengalami petanda bersalin sebelum minggu ke-40 dan ada juga yang lebih awal iaitu dalam kalangan ibu yang melahirkan bayi pramatang.

    tanda bersalin dan persediaan

    Secara amnya, tiada perbezaan yang ketara antara tanda bersalin dan persediaan untuk kehamilan pramatang dengan petanda bersalin untuk kandungan yang cukup bulan.

    Berikut merupakan tanda bersalin dan persediaan yang perlu anda ambil tahu:

  • Rasa sakit belakang, selalunya pada bahagian bawah belakang (pinggang). Petanda bersalin ini mungkin berlaku sekejap-sekejap atau berterusan, tetapi ia tidak akan lega sehingga anda menukar posisi atau melakukan sesuatu yang menyelesakan anda.
  • Kontraksi setiap 10 minit atau lebih kerap. Petanda bersalin ini berlaku akibat rahim anda yang mengeras kemudiannya regang secara berselang-seli. Untuk sesetengah wanita, mereka akan memperincikan rasa sakit petanda bersalin ini (kontraksi) mirip sakit akibat datang bulan versi yang lebih teruk.
  • Kejang pada bawah abdomen atau seperti sakit senggugut. Rasa sakit untuk tanda bersalin ini persis rasa sakit angin yang boleh berlaku akibat cirit-birit.
  • Keluar cecair dari faraj (pecahnya air ketuban).
  • Rasa ingin ke tandas atau kerap ke tandas untuk membuang air besar (kesan tekanan kepala bayi pada bahagian usus)
  • Simptom seperti flu, contohnya loya, muntah, atau cirit-birit. Hubungi doktor anda walaupun anda mengalami kes ringan. Jika simptom berlanjutan selama lebih 8 jam, anda mesti berjumpa dengan doktor.
  • Tekanan dalam pelvis atau faraj meningkat.
  • Pengeluaran lendir faraj meningkat.
  • Pendarahan faraj, termasuklah pendarahan ringan.
  • Persediaan yang semua bakal ibu mesti buat

    tanda bersalin dan persediaan

    Setelah anda maklum tentang tanda bersalin dan persediaan yang di atas, perkara seterusnya adalah untuk anda melakukan persediaan sebelum tempoh dan petanda bersalin muncul.

    Berikut merupakan tanda bersalin dan persediaan menjelang tempoh melahirkan yang mungkin membantu anda:

    Ketahui peringkat bersalin anda

    Peringkat kelahiran adalah berbeza mengikut individu. Tiada siapa yang mampu untuk menjangkakan tempoh peringkat kelahiran mereka.

    Walaubagaimanapun, anda tetap akan mengalami tiga peringkat ini semasa proses kelahiran bayi:

    1. Fasa pertama: Peringkat ini bermula apabila otot-otot rahim anda mula mengecut, mengecil dan kemudian relaks yang akan membantu membuka serviks agar bayi boleh melalui saluran kelahiran. Fasa pertama ini boleh berlangsung dalam tempoh beberapa jam atau berhari-hari. Anda juga akan mengalami kontraksi aktif yang bertahan dalam masa beberapa minit.
    2. Fasa kedua: Peringkat ini bermula apabila serviks anda diluaskan dan anda menolak bayi anda keluar.  
    3. Fasa ketiga: Peringkat ini adalah apabila bayi anda telah lahir. Kontraksi masih akan berlaku sehinggalah plasenta dikeluarkan daripada saluran kelahiran anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 19/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan