home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Persediaan yang Perlu Dilakukan Sebelum Bersalin

Persediaan yang Perlu Dilakukan Sebelum Bersalin

Selepas 9 bulan lamanya menunggu, tibalah masa untuk mengalu-alukan kelahiran ahli keluarga baru anda ke dunia. Terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh bakal ibu untuk memastikan proses kelahiran bayi berjalan lancar. Ikuti artikel ini untuk memastikan anda mempunyai panduan berkenaan persediaan yang perlu dilakukan sebelum bersalin.

1. Menghadiri kelas persediaan untuk bersalin

Selain mendapatkan maklumat dan pengalaman daripada mereka yang pernah menjadi ibu, anda juga boleh mendapatkan informasi lanjut dengan menghadiri kelas persediaan untuk bersalin. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk mengetahui lebih lanjut dan spesifik mengenai kelahiran bayi yang akan memudahkan anda membuat keputusan dan mengurangkan perasaan takut. Berikut merupakan perkara asas yang akan diajar kepada anda melalui kelas persediaan untuk bersalin:

  • Petanda kelahiran
  • Progres normal kelahiran
  • Teknik untuk mengawal kesakitan
  • Bagaimana pasangan anda boleh membantu
  • Bila waktu anda perlu memanggil doktor atau jururawat

2. Mencukur bulu ari-ari

Ketika sedang hamil, anda mungkin runsing sama ada perlu mencukur bulu ari-ari anda atau tidak terutamanya jika ini merupakan kehamilan kali pertama. Hakikatnya, kawasan ari-ari yang bersih dan kemas akan memudahkan anda dan doktor untuk melakukan prosedur kelahiran. Ia juga dapat mengurangkan risiko infeksi yang boleh dihidapi sekiranya bulu ari-ari tidak dicukur sebetulnya sebelum kelahiran bayi. Oleh itu, pakar perubatan menyarankan anda untuk mencukur bulu ari-ari anda sebelum melahirkan anak untuk tujuan keselamatan dan kebersihan anda dan kandungan.

3. Mengetahui peringkat proses kelahiran

Setiap wanita mempunyai peringkat proses kelahiran yang berbeza. Tiada siapa yang dapat meneka atau mengenalpasti tempoh peringkat proses kelahiran mereka sendiri. Secara dasarnya, anda akan mengalami tiga peringkat semasa proses kelahiran anda:

  • Peringkat pertama: peringkat ini bermula apabila otot rahim mula mengecut, mengembang dan kemudian relaks yang akan membantu pembukaan serviks. Fasa ini boleh berlaku beberapa jam sehingga beberapa hari. Anda akan mengalami kontraksi aktif yang kerap dan bertahan selama beberapa minit.
  • Peringkat kedua: peringkat ini bermula apabila serviks anda mula meluas dan menolak bayi keluar.
  • Peringkat ketiga: peringkat ini adalah fasa bayi anda sudah dilahirkan. Kontraksi akan terus berlaku sehingga plasenta dikeluarkan daripada saluran kelahiran anda.

4. Bersedia menghadapi kesakitan

Bagi membantu mengawal kesakitan semasa bersalin, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:

  • Urutan perineum: urutan perineum ini adalah teknik yang secara perlahan-lahan dapat meregangkan kulit dan tisu sekitar vagina dan anus anda semasa minggu terakhir kehamilan. Kebiasaannya, anda boleh lakukan urutan ini pada minggu ke-34 kehamilan. Menurut kajian, urutan perineum ini menunjukkan keberkesanan dengan mengurangkan kekoyakan perineum semasa bersalin.
  • Senaman pelvik atau senaman Kegel: otot pelvik anda perlu untuk meregang dalam usaha menolak bayi anda keluar melalui pelvis. Oleh itu, wanita hamil perlu melakukan senaman pelvik dengan kerap bagi memastikan proses bersalin berjalan lancar.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Childbirth Education Classes. http://americanpregnancy.org/labor-and-birth/childbirth-education-classes/. Accessed December 21, 2016.

Kegel exercises: A how-to guide for women. http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/womens-health/in-depth/kegel-exercises/art-20045283. Accessed December 21, 2016.

Dealing with pain during childbirth. http://kidshealth.org/en/parents/childbirth-pain.html#. Accessed December 21, 2016.

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 13/09/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x