backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

EDD Makin Hampir? Ini 7 Penjagaan PENTING Buat Ibu Selepas Bersalin, Sila Ambil Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/04/2023

EDD Makin Hampir? Ini 7 Penjagaan PENTING Buat Ibu Selepas Bersalin, Sila Ambil Tahu!

Tempoh berpantang adalah 1 jangka masa penting selepas melahirkan anak. Jom ketahui 7 penjagaan selepas bersalin yang tidak boleh dipandang enteng.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Tempoh berpantang

Selepas melahirkan anak adalah 1 fasa penting bagi setiap ibu.

Dalam jangka masa antara 6 hingga 8 minggu atau dipanggil tempoh berpantang, ibu selepas bersalin perlu memberikan penjagaan lebih rapi kepada diri. Kenapa?

Ini kerana dalam tempoh berpantang tersebut, ibu akan mengalami perubahan emosi dan fizikal.

Dalam masa yang sama, anda perlu belajar untuk menyeimbangkan tanggungjawab bergelar ibu.

Sepanjang tempoh itu, ibu yang baru melahirkan perlu berehat, memulihkan badan dan mengikat hubungan kasih sayang dengan si manja. Bukannya melakukan kerja berat seperti mengemas rumah dan membasuh baju, okay?

Kaedah berpantang adalah berbeza di setiap negara. Malahan di Malaysia juga pasti berbeza bagi setiap bangsa, sama ada Melayu, Cina mahupun India.

Tetapi kesemua kaedah berpantang pastinya berkisarkan tentang penjagaan selepas bersalin.

Baca juga:

Ini adalah senarai penjagaan selepas bersalin umum untuk ibu yang baru melahirkan anak.

1. Menggunakan pad dan bukan tampon

Sama seperti ketika kedatangan haid, berlaku darah keluar selepas bersalin. Ia kerana lapisan pada rahim akan ‘menipis’ dan anda akan mengalami pendarahan. Proses ini dipanggil lochia. 

Keadaan yang berlaku sepanjang tempoh berpantang ini biasanya berlarutan sehingga 6 minggu, sekali gus akan mendedahkan anda kepada jangkitan pada bahagian faraj. 

Jadi penggunaan pad atau tuala wanita adalah lebih baik. Ini kerana jika anda menggunakan tampon, ia akan meningkatkan risiko untuk mengalami masalah jangkitan pada bahagian intim.

penjagaan selepas bersalin

2. Gunakan pek ais sekitar bahagian faraj

Selepas melahirkan anak, anda mungkin akan berasa sakit pada bahagian sekitar faraj. Ia adalah 1 perkara normal untuk berlaku.

Bagi mengurangkan rasa sakit itu, anda boleh menggunakan pek ais dengan meletakkannya sekitar faraj.

Sebaiknya balut pek ais tersebut dengan tuala atau kain bersih dan lembut.

Penjagaan selepas bersalin #3. Menggunakan air suam 

Sememangnya mandi dengan air sejuk dapat memberikan kesegaran kepada badan.

Tetapi buat ibu selepas bersalin, elakkan untuk sementara waktu. Pilihlah untuk mandi dengan air suam/panas.

Selepas bersalin, anda mungkin akan mengalami kesakitan pada sekitar bahagian faraj dan rektum – organ pada bahagian punggung.

Kedua-dua bahagian ini sukar untuk dicuci dan berisiko dijangkiti.

Jadi gunakan air suam untuk mencuci dan bersihkannya dengan perlahan dan lembut.

Jangan pula anda tidak mencucinya kerana mahu mengelakkan rasa sakit.

4. Pastikan minum air secukupnya

penjagaan selepas bersalin

Sebut pasal minum air ini, ia bukan air manis, berkarbonat atau sebarang minuman tenaga, tetapi perbanyakkan meminum air kosong. 

Ia bertujuan untuk memastikan badan kekal terhidrat. Lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.

Malahan amalan  ini juga membantu menghindari risiko untuk berdepan masalah sembelit

Sembelit adalah 1 isu normal yang kerap dialami ibu selepas bersalin.

Jadi sewaktu tempoh berpantang, pastikan anda mengambil makanan tinggi serat dan perbanyakkan pengambilan air, okay?

5. Makanan bernutrisi dalam penjagaan selepas bersalin

Ini adalah 1 aspek penting terutamanya untuk ibu menyusu badan.

Pengambilan makanan bernutrisi sangat digalakkan bagi memberikan manfaat kepada bayi melalui penyusuan

Pastikan makanan yang diambil mengandungi nutrisi seperti protein, zat besi dan kalsium; kesemuanya terkandung dalam buah-buahan, sayuran dan produk tenusu.

kelahiran bayi

6. Berehat

9 bulan membawa bayi di dalam kandungan anda ke mana sahaja.

Anda mungkin menikmati saat-saat itu, tetapi dalam masa yang sama pastinya ia meletihkan dan adakalanya mendatangkan ketidakselesaan.

Jadi dalam tempoh berpantang, inilah masa untuk mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi walaupun anda perlu menyusukan si manja setiap 3 jam, menukar lampin dan membelai mereka.

Namun, pastikan anda tetap mencuba untuk mendapatkan tidur 7 hingga 8 jam setiap hari.

Anda mungkin perlu menukar corak tidur buat seketika. Peraturan PENTING – bayi tidur, maka anda juga harus tidur.

7. Dapatkan bantuan

Walaupun anda gembira dengan kelahiran si manja, namun itu tidak bermakna segala tanggungjawab menjaga bayi perlu dipikul sendirian. Jika terlalu letih, anda berisiko mengalami tekanan. 

Sekiranya mampu, upah penjaga yang boleh membantu melakukan tugasan rumah serta menjaga si manja apabila anda perlu berehat.

Jika tidak, minta pertolongan ahli keluarga terdekat jika mereka boleh membantu.

penjagaan selepas bersalin

Penjagaan selepas bersalin penting buat si ibu

Dalam keseronokan menerima cahaya mata, ia tidak bermakna anda perlu melupakan dan mengabaikan penjagaan diri sendiri.

Anda adalah watak utama paling penting yang memerlukan penjagaan diri.

Tentukan untuk diri anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi serta menjaga pemakanan dengan mengambil makanan berkhasiat untuk mendapatkan tenaga diperlukan badan. 

Jika sayang si manja, anda juga perlu untuk menyayangi diri sendiri, okay?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/04/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan