Wanita Kuat Dan Berdikari, 13 Tanda Yang Harus Diketahui

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan

Wanita, selalu diberikan stigma sebagai individu yang lemah, tidak berdaya dan terlalu bergantung kepada individu bergelar lelaki. Namun benarkah stigma tersebut? Sebagai wanita, anda tidak perlu takut untuk menjadi diri anda; tonjolkan kekuatan dan keteguhan diri. Menangis bukanlah lambang kelemahan diri tetapi ia adalah satu simbol anda sedang memperkuatkan diri. Jadi bagaimana yang dikatakan seseorang wanita kuat dan berdikari?

13 ciri wanita kuat dan berdikari:

  1. Percaya pada diri

Ia tidak perlu diluahkan. Tetapi ia hadir dalam diri. Ia satu kepercayaan yang tidak perlu diperkatakan secara lisan. Apabila anda yakin tentang sesuatu perkara atau keputusan, itu bermakna anda mempercayai diri anda untuk memutuskan apa yang terbaik buat diri.

  1. Tidak putus asa

Apabila berdepan dengan situasi yang buntu atau sukar, anda tetap yakin bahawa akan ada jalan penyelesaiannya. Walaupun mungkin individu sekeliling tidak yakin dengan anda atau dengan apa yang anda putuskan, anda tetap dia berputus asa. Tiada apa yang dapat mematahkan semangat anda.

  1. Memimpin

Anda lebih gemar memimpin dari dipimpin. Ia bukan kerana anda memandang rendah kepada individu lain, sebaliknya ia kerana anda yakin anda berkemampuan untuk memimpin. Anda tahu apa yang anda perlu dan harus lakukan tanpa perlu mengikut telunjuk atau arahan.

  1. Cara sendiri

Anda mengetahui apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana anda harus melakukannya. Anda akan merasa lebih selesa untuk menyelesaikan sesuatu mengikut keselesaan dan aturan sendiri. Ini bukan bermakna anda adalah individu yang kompleks atau berlagak, tetapi ia menunjukkan bahawa anda yakin dengan diri anda.

  1. Model peranan

Tanpa anda sedari, anda mungkin menjadi model peranan kepada individu di sekeliling anda – anak, keluarga, rakan atau sesiapa sahaja yang mengenali diri anda. Anda mungkin merasakan diri anda adalah seorang individu biasa, malah terdapat individu lain yang lebih hebat dari anda. Tetapi jika itu hakikatnya, mengapa tidak? Tidak ada salahnya. Berbanggalah kerana anda dapat membantu seseorang secara mental dan emosi.

  1. Individu harapan

Sama ada ia berkaitan dengan kewangan, pekerjaan, persahabatan atau apa sahaja; individu di sekeliling anda boleh bergantung harap kepada anda dan mengetahui bahawa anda tidak akan menghampakan mereka. Anda akan cuba untuk melakukan yang terbaik kepada individu yang memerlukan bantuan dan semangat dari anda.

  1. Bersemangat

Untuk apa sahaja yang anda ingin, akan atau sedang lakukan, anda akan memberikan 100% tumpuan dan dedikasi. Ia satu nilai yang dapat dilihat oleh individu sekeliling anda. Anda akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan sesuatu tugasan atau pekerjaan dengan sebaiknya dan anda tidak takut untuk melakukan apa sahaja untuk dapat menyelesaikannya.

  1. Bantuan

Menjadi kuat dan berdikari tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkan bantuan atau pertolongan. Tetapi ia bermakna anda tahu waktu yang sesuai untuk meminta bantuan. Kuat tidak bermaksud segala bebanan harus anda pikul sendirian; sebaliknya, ia bermaksud anda tahu bila anda perlu meminta bantuan dan tidak malu untuk mendapatkan pertolongan. Seorang wanita yang kuat tidak akan menjadi kuat tanpa bantuan dan pertolongan wanita kuat yang lain.

  1. Menjaga diri

Anda sentiasa mendahulukan individu di sekeliling anda; keluarga, rakan dan mereka yang memerlukan anda. Namun, dalam masa yang sama, anda masih tahu untuk menjaga  serta menyayangi diri dan tidak mengabaikan penjagaan diri kerana anda menyedari jika anda tidak kuat dan tidak dapat menjaga diri anda, bagaimana anda ingin menjaga individu di sekeliling anda.

  1. Jujur

Anda tahu apa yang anda inginkan, anda miliki pendapat tersendiri dan anda yakin apa yang anda rasai – anda luahkannya secara jujur dan tidak takut untuk berkongsi tentangnya dengan individu di sekeliling anda.

  1. Sendiri

Anda mempunyai rakan dan keluarga, serta anda gemar meluangkan masa bersama mereka. Namun, dalam masa yang sama, anda tidak takut seandainya anda perlu bersendirian. Anda percaya bersendirian dapat memberikan anda ruang untuk menilai diri dan memberikan ketenangan kepada diri sendiri.

  1. Bermatlamat

Anda tahu apa yang anda ingin capai, anda meletakkan matlamat dan anda berusaha mencapainya. Ia tidak kira sama ada dalam tugasan kerja atau berkaitan dengan matlamat kehidupan. Anda akan berusaha untuk mencapainya.

  1. Menerima

Tiada individu yang sempurna dan tiada individu yang boleh lari dari tidak melakukan kesilapan. Anda boleh menerima kritikan, walaupun ada masanya kritikan yang diterima mungkin membuatkan anda merasa tidak selesa dan tidak yakin pada diri, tetapi anda cuba untuk menerimanya dari sudut yang positif dan menjadikan kritikan itu sebagai dorongan untuk menjadikan anda lebih kuat.

Anda mengetahui dan menyedari anda adalah wanita yang kuat dan mampu berdikari untuk diri anda sendiri tanpa perlu sesiapa untuk memberitahu anda tentang perkara itu. Anda kenal diri anda, anda yakin pada diri anda, dan anda tahu nilai diri anda. Itu sudah membuktikan bahawa anda adalah wanita kuat dan berdikari, berbanggalah dengan diri sendiri.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berikut:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Menopaus Bukan Alasan Aksi Di Ranjang Hambar, Dah Cuba 5 Posisi Ini Belum?

    Ramai yang beranggapan usia emas adalah waktu untuk berhenti lakukan hubungan intim. Salah, ini panduan seks semasa menopaus anda boleh cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 29/06/2020 . 3 mins read

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Apabila menerima rangsangan seksual, pastinya akan terjadi klimaks. Tetapi bagaimana jika orgasme wanita tidak berlaku? Adakah ia sesuatu yang tidak normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 29/05/2020 . 3 mins read

    Ini Sebab Kita Kena Makan Bawang Putih! Libido Wanita Pun Boleh Meningkat?

    Ramai orang kata terdapat banyak manfaat bawang putih untuk wanita sehingga boleh meningkatkan libido. Adakah ia benar? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 20/05/2020 . 3 mins read

    Kenapa Wanita Mengerang Semasa Berhubungan Intim? Ia Bukan Sekadar Tanda Bahagia…

    Adalah normal untuk wanita mengerang semasa berhubungan intim. Pun begitu, pernahkah anda terfikir apa sebab ia berlaku? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 18/05/2020 . 2 mins read

    Artikel lain untuk anda

    mimpi basah

    Wah! Bukan Lelaki Saja Yang Alami Mimpi Basah, Tapi Wanita Pun Boleh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 mins read
    banyak air ketika bersama suami

    Aduh! Sakit Ditusuk Suami? Atasi Faraj Kurang Basah Dengan 8 Jenis Makanan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 mins read
    sakit ketika bersama

    Usah Biarkan Masalah Vaginismus Sekat Hubungan Seks Anda, Ikut 3 Tip Ini, Sure Nikmat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 mins read
    bahaya onani

    Guna Berus Gigi Untuk Beronani? AMARAN KERAS, 5 ‘Alat Melancap’ Ini Sangat Berbahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 mins read