backup og meta

Ingin Cegah Kanser Serviks? Ini Cara Terbaik Yang Boleh Anda Lakukan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Siti Sofiah · Disemak pada 2 minggu lalu

    Ingin Cegah Kanser Serviks? Ini Cara Terbaik Yang Boleh Anda Lakukan

    Punca barah serviks boleh dicegah apabila individu mendapatkan suntikan vaksin HPV. Ketahui apakah fungsi suntikan HPV dalam mencegah kanser pangkal rahim dalam perkongsian artikel Hello Doktor ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Fahami punca barah serviks

    Vaksin HPV boleh didapati bagi mengelakkan jenis virus papilloma manusia yang kebanyakannya menyebabkan kanser serviks serta beberapa kanser anus, vulva (kawasan sekitar pembukaan faraj), faraj dan oropharyns iaitu belakang tekak termasuk lidah dan tonsil.

    Selain itu, vaksin juga menghalang jenis HPV yang menyebabkan kebanyakan ketuat genital.

    Virus HPV Punca Barah Serviks

    HPV adalah jangkitan kelamin dan biasanya dialami oleh kebanyakan golongan muda. Di Malaysia, kanser serviks menjadi kanser ketiga yang paling kerap dihidapi oleh wanita selepas kanser payudara dan kolorektum.

    punca barah

    Apabila ia jenis HPV berisiko tinggi (HRHPV) berterusan, ia boleh menyebabkan perkembangan sel-sel servik yang tidak normal yang mana dirujuk sebagai prakanser serviks jika sekurang-kurangnya ⅔ daripada lapisan permukaan servik terjejas.

    Prakanser boleh berkembang menjadi kanser serviks selepas beberapa tahun. Tetapi tidak semua orang yang mempunyai prakanser serviks akan mendapat kanser serviks, dan ia sukar untuk diramalkan siapa yang akan terjejas.

    Terdapat beberapa jenis HRHPV yang berbeza yang boleh menyebabkan prakanser serviks dan kanser. HPV16 dan 18 adalah jenis berisiko tinggi yang paling penting, kerana kedua-duanya menyebabkan kira-kira 70% daripada kanser serviks di seluruh dunia.

    Vaksinasi pencegahan, melalui suntikan partikel seakan virus HPV ke dalam otot, mencetuskan penghasilan antibodi yang melindungi daripada jangkitan HPV  punca barah pada masa hadapan.

    Jangkitan HPV 

    • Jangkitan HPV paling kerap terjadi semasa melakukan hubungan kelamin, sama ada melalui faraj, oral atau dubur.
    • Seseorang yang telah dijangkiti berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom.
    • Seseorang masih boleh mempunyai jangkitan HPV walaupun setelah bertahun lama dijangkiti.
    • Kebanyakan orang tidak menyedari mereka telah menjangkiti pasangan mereka.
    • Terdapat kemungkinan seseorang boleh dijangkiti lebih dari satu jenis subtype HPV.

    Punca barah serviks: Fahami Kepentingan Vaksin HPV

    Pemberian vaksin adalah secara suntikan di bahagian atas lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh enam bulan. tiga dos vaksinasi ini memberi perlindungan optima daripada jangkitan HPV serta boleh mencegah 70 peratus berlakunya kanser serviks.

    Kesan Sampingan Vaksin

    Kesan sampingan yang berlaku akibat vaksin HPV adalah ringan dan bersifat sementara sahaja. Kebiasaannya ia akan sembuh selepas beberapa hari. 

    Antara kesan sampingan yang mungkin berlaku:

    • Sakit di tempat suntikan
    • Bengkak dan kemerah-merahan di tempat suntikan
    • Sakit otot
    • Sakit kepala
    • Keletihan
    • Demam
    • Pening
    • Mual

    Sekiranya kesan sampingan ini berterusan, rujuk doktor anda segera.

    Langkah pencegahan jangkitan HPV & kanser serviks

    Selain vaksinasi, terdepat beberapa langkah lain yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan HPV yang boleh menyebabkan kanser serviks.

    Amalan seks yang selamat adalah amat digalakkan bagi mereka yang aktif seksual. Ini termasuklah penggunaan kondom dan juga menghindari amalan bertukar-tukar pasangan seks.

    Para wanita juga disarankan untuk menjalani pemeriksaan dan ujian saringan bagi mengesan jangkitan HPV atau kanser serviks pada peringkat awal.

    Anda juga haruslah mempersiapkan diri dengan maklumat tentang jangkitan HPV serta kanser serviks agar anda boleh membantu diri anda dan juga kelaurga atau orang tersayang mencegah jangkitan ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Siti Sofiah · Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan