Tip Hilangkan Berat Badan Pada Waktu Malam

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Ramai daripada kita terpaksa bekerja sepanjang hari dan tidak mempunyai masa untuk bersenam. Satu-satunya masa yang kita bebas adalah lewat malam tetapi tidak semua gimnasium yang masih dibuka. Hari demi hari melihat jarum penimbang yang berputar tanpa boleh membantu. Ini benar-benar satu kesedihan terbesar, terutamanya kepada wanita. Oleh itu, artikel ini akan membawa tip ajaib tentang cara menurunkan berat badan pada waktu malam.

Makan malam yang rendah garam

Makan malam yang mengandungi banyak garam pasti akan membuatkan anda berasa kembung pada keesokan harinya. Garam yang tertinggal dalam sistem penghadaman sepanjang malam secara tidak sengaja menyimpan air dalam tubuh yang menyebabkan pertambahan berat anda. Adalah dinasihatkan untuk memasak makanan sederhana dan ringan dengan sayur-sayuran yang dikukus atau direbus.

Lakukan senaman malam

Kita semua tahu bahawa senaman dan peluh dapat membantu menghilangkan berat badan. Sementara itu, terdapat kepercayaan bahawa bersenam pada waktu malam akan menyebabkan seseorang lebih sukar untuk tidur. Walau bagaimanapun, ia mungkin tidak benar.

Pada tahun 2013, National Sleep Foundation of America telah menjalankan kaji selidik yang mendedahkan bahawa seseorang yang kekal aktif akan mendapat tidur yang lebih baik berbanding mereka yang tidak aktif. Ini adalah sebabnya:

  • Anda akan melepaskan semua tekanan sepanjang hari
  • Anda akan menjadi letih sehingga tidur dengan nyenyak

Sediakan makanan tengah hari

Sediakan makan tengahari hari berikutnya pada waktu malam. Dengan melakukan ini, anda boleh menggunakan banyak kalori. Selain itu, hidangan buatan sendiri mengandungi separuh daripada jumlah kalori berbanding dengan hidangan di  restoran. Ini adalah satu tindakan tetapi dua hasil.

Minum banyak air

Semua orang tahu manfaat minum banyak air. Ia bukan sahaja akan membantu anda mengurangkan berat badan tetapi juga membawa kulit yang lebih baik. Bagaimanapun, untuk tidak berjaga ke bilik air sepanjang malam, anda perlu minum air sejam sebelum tidur.

Pastikan bilik tidur anda segelap mungkin

Apabila berada dalam kegelapan sepenuhnya, tubuh akan menghasilkan hormon melatonin. Hormon ini menggalakkan proses pembakaran kalori. Oleh itu, tetapkan bilik tidur anda dengan keadaan sangat gelap untuk mempercepatkan penurunan berat badan.

Tidur di bilik tidur yang sejuk

Apabila di dalam persekitaran yang sejuk, seseorang menggunakan lebih banyak tenaga untuk memanaskan badan. Oleh itu, ia dapat membantu anda membakar kalori dan mengurangkan berat badan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Februari 14, 2019 | Kali terakhir kemaskini: November 27, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut