Seks Secara Selamat dan HIV

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Mempunyai seks yang selamat adalah penting dalam apa-apa hubungan, terutamanya di antara orang yang mempunyai HIV kerana aktiviti seksual adalah salah satu sebab utama penyebaran HIV. Oleh itu, jika anda mempunyai hubungan dengan seseorang yang mempunyai HIV, sebelum bercinta, pastikan anda tahu dengan jelas bagaimana untuk melakukan seks yang selamat. Kami ingin mengingatkan anda sekali lagi mengenainya.

Kongsi mengenai sejarah seks anda

Sesetengah orang merasa terlalu sukar untuk bercakap dengan pasangan seks mereka mengenai penyakit mereka. Tetapi adalah perlu bagi anda berdua berkongsi tentang kedua-dua sejarah seks anda. Anda perlu memastikan bahawa pasangan seks anda tidak pernah melakukan seks dengan mana-mana orang yang mempunyai HIV. Anda juga boleh memintanya menunjukkan hasil pemeriksaan jika anda mempunyai keraguan bahawa pasangan seks anda mempunyai HIV.

Selain itu, anda juga perlu jujur ​​untuk berkongsi bahawa anda mempunyai HIV dengan pasangan seks anda. Ini membantu anda berdua untuk mempunyai hubungan seks secara selamat.

Sentiasa menggunakan perlindungan

Hanya melibatkan diri dalam seks tanpa perlindungan jika anda berada dalam hubungan monogami (satu pasangan) di mana anda dan pasangan anda tidak dijangkiti oleh HIV atau mana-mana penyakit STD lain. Ini adalah bahagian yang paling penting untuk mencegah HIV.

Seks dengan penggunaan sebarang perlindungan melindungi anda dan pasangan anda jika salah seorang daripada anda mempunyai jangkitan HIV.

Sudah tentu, mudah untuk mengatakan “hanya satu kali ini” untuk mengelakkan perlindungan, tetapi yang diperlukan hanyalah satu: berada di sisi yang selamat dan berkeras berkaitan soal perlindungan! Pilihan anda termasuk:

  • Kondom lelaki
  • Kondom wanita
  • Dental dams (boleh digunakan untuk hubungan seks diantara perempuan-perempuan, lelaki-perempuan, dan lelaki-lelaki!)

Gunakan pelincir

Pelincir sebenarnya boleh membantu walaupun ia mungkin tidak kelihatan seperti ia boleh mencegah HIV. Apabila anda menggunakan kondom, anda meletakkan diri anda dengan risiko yang serius jika kondom rosak.

Cara terbaik untuk mengelakkan kerosakan terhadap kondom adalah dengan mengurangkan tekanan pada kondom dengan pelincir.

Sentiasa gunakan minyak pelincir berasaskan air, kerana pelincir jenis lain boleh menjejaskan getah kondom dan meletakkan anda pada risiko jangkitan.

Pelincir sangat penting terutama bagi seks melalui dubur kerana ia bukan sahaja melindungi tubuh anda dari sebarang koyakan tetapi juga melindungi kondom, kerana seks melalui dubur lebih tertekan pada kondom berbanding seks melalui faraj.

Gunakan kondom dengan betul

Kondom mungkin kelihatan rumit, tetapi sebenarnya ia agak mudah untuk dipelajari berkenaan  cara menggunakannya dengan betul.

Penggunaan kondom yang betul adalah penting untuk mencegah jangkitan HIV, kerana kondom yang koyak atau rosak adalah sama dengan keadaan tidak memakai kondom.

Simpan kondom anda dengan betul: daripada cahaya matahari dan di tempat yang sejuk dan kering.

Jangan lupa tarikh tamat tempoh kondom (ambil perhatian bahawa perkataan “MFG” bermakna tarikh pembuatannya). Buka pakej dengan teliti dengan tangan anda, bukan dengan menggunakan gigi anda.

Dapatkan ujian dengan kerap

Ujian yang kerap dapat membantu anda dan pasangan seks anda berada dalam keadaan selamat. Melindungi diantara satu sama lain jika anda berisiko atau berada dalam hubungan yang baharu adalah sesuatu yang baik yang boleh dilakukan sesama pasangan.

Oleh kerana sesetengah pasangan boleh berbohong berkenaan ujian HIV atau hasil ujian tersebut, perkara yang paling selamat adalah untuk mendapatkan ujian secara bersama.

Walaupun hidup dan bersetubuh dengan seseorang yang mempunyai HIV adalah sangat sukar, tetapi jika anda tahu cara yang betul untuk melakukannya, hidup anda masih tetap normal.

Berada di samping seseorang yang mempunyai HIV mungkin pengalaman paling penting dalam hidup anda, tetapi jika anda boleh memutuskannya seperti itu, anda tidak akan pernah tahu betapa hebatnya anda. Jangan berputus asa!

Kerana mungkin anda adalah seseorang yang bermakna bagi seseorang untuk mengekalkan kehidupannya yang bermakna.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Januari 29, 2019 | Kali terakhir kemaskini: November 27, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut