backup og meta

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum, Semasa dan Selepas Banjir?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 23/06/2020

    Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum, Semasa dan Selepas Banjir?

    Mengikut ramalan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh yang bakal menyebabkan banjir dijangka bermula pada 24 Oktober 2019 hinggalah bulan Mac 2020. Antara negeri yang mungkin terjejas akibat taburan hujan yang tinggi ini adalah negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak serta Sabah. Fasa pertama musim tengkujuh dijangka akan berlaku di Semenanjung Malaysia, manakala fasa kedua akan lebih tertumpu di kawasan Timur Malaysia.

    Memandangkan jangkaan musim tengkujuh yang akan berlaku sudah diumumkan, apakah persediaan kita jika kita merupakan salah seorang penduduk yang tinggal di enam buah negeri tersebut? Berikut disenaraikan beberapa perkara yang boleh anda lakukan sebelum, semasa dan selepas banjir agar anda lebih bersedia.

    Sebelum banjir

    • Sediakan kit kecemasan yang mengandungi ubat-ubatan, lampu suluh dan alat komunikasi tambahan seperti telefon bimbit
    • Simpan perkakas elektrik seperti pemanas air ketuhar di tempat yang lebih tinggi seperti loteng rumah
    • Bina penghalang atau penghadang air banjir seperti beam untuk mengelakkan kemasukan air banjir ke dalam rumah anda
    • Simpan segala dokumen penting di tempat yang lebih selamat dan jauh daripada aliran air

    Semasa banjir

    • Dengar pengumuman daripada radio, televisyen, atau mana-mana media sosial berkenaan perkembangan semasa banjir di kawasan anda
    • Bersedia untuk sebarang kemungkinan banjir kilat yang akan berlaku. Sekiranya terdapat kemungkinan banjir kilat, terus berpindah ke kawasan yang lebih tinggi tanpa perlu menunggu arahan pihak berkuasa berkaitan
    • Perhatikan tahap ketinggian air di sekeliling rumah anda seperti tasik, aliran sungai, longkang, parit besar dan tali air sebagai langkah bersedia
    • Tutup semua punca atau bekalan elektrik di rumah anda untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini
    • Ikuti arahan pihak berkuasa untuk berpindah. Jangan berlengah semasa dalam proses pemindahan 
    • Berpindah ke tempat yang lebih tinggi dan selamat sementara anda masih mempunyai masa untuk bergerak dan berpindah. Jangan sesekali menunggu sehingga air banjir menenggelamkan rumah anda
    • Gunakan kenderaan yang lebih selamat untuk berpindah seperti kenderaan pacuan empat roda atau bot dan sampan. 

    Selepas banjir

    • Elakkan bermain dengan air banjir. Ia mungkin telah tercemar dengan minyak, bahan kimia berbahaya atau limpahan air kumbahan
    • Hati-hati di kawasan yang telah terkesan dengan air banjir. Struktur jalan raya mungkin telah lemah dan boleh terjadi runtuhan
    • Jauhkan diri anda daripada sebarang kabel yang terjuntai di dalam air atau terputus. Hubungi syarikat bekalan elektrik untuk tindakan lanjut
    • Pulang ke kediaman anda hanya setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa
    • Baiki semula tangki septik rumah anda untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan dan kerosakan berpanjangan
    • Bersihkan rumah anda dengan menggunakan air bersih dan bahan pencuci. Lumpur yang memasuki kediaman mungkin mengandungi sisa kumbahan dan bahan kimia berbahaya

    Panduan ini boleh membantu anda agar lebih bersedia. Jika kawasan rumah atau kediaman anda dianggarkan sebagai salah satu kawasan yang mungkin terjejas akibat banjir, langkah persediaan dan pencegahan adalah lebih utama sebelum bencana banjir melanda. Ini bertujuan meminimumkan kerosakan yang berlaku, mengurangkan kos pembaikan, dan yang paling penting adalah keselamatan diri anda sendiri. Ingatlah, sediakan payung sebelum hujan. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 23/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan