Panduan Berpuasa Bagi Pengidap Sawan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Bagi orang yang mengidap epilepsi (sawan), Ramadhan ada cabarannya tersendiri. Alasannya, pelbagai perubahan diet dan tidur yang berlaku ketika anda menjalani puasa dapat meningkatkan risiko sawan. Walau bagaimanapun, adakah benar seseorang yang menghidap epilepsi  boleh berpuasa semasa Ramadhan? Jika boleh, bagaimana untuk berpuasa mudah? Baca keterangan di bawah.

Bolehkah pengidap epilepsi berpuasa?

Hingga kini, penyelidikan saintifik yang membincangkan kesan berpuasa pada Ramadhan bagi pesakit epilepsi masih sangat terhad. Walau bagaimanapun, jika dikumpulkan dari pelbagai kajian kes dan penyelidikan, pada dasarnya puasa sebenarnya boleh meningkatkan risiko orang dewasa mengalami epilepsi. Walau bagaimanapun, semuanya bergantung kepada keadaan badan setiap orang yang berbeza-beza dan juga jenis rawatan yang sedang dijalankan semasa berpuasa.

Oleh itu, anda dinasihatkan supaya berunding dengan doktor saraf anda sebelum menjalani puasa. Doktor anda mungkin membenarkan anda berpuasa pada keadaan tertentu, seperti tidur cukup atau mengubah jadual ubat anda.

Hasil penyelidikan mengenai epilepsi dan puasa Ramadhan.

Satu penyelidikan dalam jurnal Neurology 2015 menunjukkan bahawa 46.7 peratus penghidap epilepsi mengalami sawan lebih kerap pada bulan Ramadhan berbanding bulan sebelum dan selepas Ramadhan. Risiko ini meningkat jika anda menjalani rawatan politerapi. Anda yang menjalani rawatan monoterapi juga terdedah, tetapi peluang sawan adalah lebih kecil. Kajian ini juga membuktikan bahawa sebanyak 69.4 peratus orang yang mengubah jadual pengambilan ubat ketika berpuasa lebih mudah terdedah kepada sawan apabila berpuasa.

Hasil kajian sama juga pernah dilaporkan oleh sekumpulan pakar dari Turki. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Seizure 2008, mendapati bahawa perubahan dalam jadual pengambilan ubat akan meningkatkan risiko penghidap epilepsi mengalami sawan semasa berpuasa. Walau bagaimanapun, berbeza dengan penyelidikan pada 2015, dalam kajian ini, jenis rawatan monoterapi dan politerapi tidak menjejaskan risiko sawan.

Mengapa puasa berisiko bagi pengidap epilepsi?

Walaupun pakar belum bersetuju sama ada penghidap epilepsi boleh berpuasa, perkara di bawah ini mungkin meningkatkan risiko anda sawan pada bulan puasa.

  • Perubahan pola pengambilan ubat
  • Perubahan pola tidur, termasuk kurang tidur kerana mereka perlu bersahur
  • Keletihan dan tekanan
  • Tidak makan dan minum selama berjam-jam

Panduan puasa untuk pengidap epilepsi

Jika selepas mempertimbangkan pelbagai risiko dan berbincang dengan doktor, anda masih ingin berpuasa, perhatikan panduan keselamatan berpuasa bagi penghidap epilepsi di bawah ini.

  • Jangan lambatkan pengambilan ubat. Ikuti jadual pengambilan ubat baru yang sudah disyorkan oleh doktor anda. Jika terlupa, segera ambil ubat berkenaan.
  • Tidur yang cukup. Ini kerana anda perlu bangun lebih awal untuk bersahur, pastikan anda tidur lebih awal. Kurang tidur boleh mengganggu aktiviti otak dan menyebabkan sawan.
  • Pastikan gaya hidup yang sihat. Dengan makan makanan sihat berkhasiat semasa sahur dan berbuka puasa, anda boleh menghalang pelbagai penyakit yang boleh membuatkan anda terdorong kepada sawan.
  • Elakkan punca tekanan dan aktiviti fizikal yang berlebihan. Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan keupayaan aliran elektrik di otak dan menyebabkan sawan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut