Kebanyakan orang mungkin mengalami kesukaran untuk tidur dari semasa ke semasa dan atu helah yang mereka tidak pernah cuba adalah tidur dengan memakai stokin kesihatan terbaik. Adakah ia efektif?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Kebanyakan orang mungkin mengalami kesukaran untuk tidur dari semasa ke semasa dan atu helah yang mereka tidak pernah cuba adalah tidur dengan memakai stokin kesihatan terbaik. Adakah ia efektif?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tidur Berkualiti, anda boleh klik di sini.
Memakai stokin semasa tidur mungkin kelihatan menyebabkan kekeringan kaki. Tetapi pada hakikatnya, rutin ini boleh membantu mengawal suhu dalaman tubuh badan.
Kajian 2007 melaporkan bahawa orang dewasa yang memakai stokin normal atau panas akan tidur lebih cepat. Ini kerana suhu badan teras seseorang jatuh pada waktu malam.
Ia mencapai suhu terendah pada sekitar 4 pagi. Suhu purata adalah 98.6 darjah Fahrenheit, tetapi ini berbeza dengan 1 hingga 2 darjah selama 24 jam.
Suhu badan teras seseorang terjejas disebabkan jam biologi yang juga dikenali sebagai ritma sirkadian (circadian rhythm).
Ritma sirkadian mengawal masa tidur, membuatkan seseorang berasa mengantuk pada waktu malam dan terjaga pada waktu pagi.
Suhu badan secara beransur-ansur meningkat pada siang hari, memuncak pada waktu petang ketika orang merasa terjaga dan berwaspada.
Kemudiannya menurun pada waktu malam, menyebabkan seseorang berasa mengantuk.
Apabila seseorang mula tidur, suhu badan akan berkurangan sebanyak 1 hingga 2 darjah. Ini mungkin kerana badan memelihara tenaga untuk fungsi lain.
Jika seseorang tidur dengan memakai stokin, ini boleh membantu kitaran suhu tubuh mereka. Kitaran suhu badan yang baik adalah antara 60 dan 67 ° F.
Selain membantu mengekalkan suhu badan, memakai stokin pada waktu malam juga mempunyai faedah tambahan:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen