Memahami Asas Epidemiologi: Endemik, Epidemik, dan Pandemik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 08/12/2019

Epidemiologi ialah salah satu dari cabang terpenting dalam bidang kesihatan awam. Ia mengkaji tentang distribusi (kekerapan, pola) dan penentu (punca, faktor risiko) keadaan berkaitan dengan kesihatan dalam populasi tertentu (sekolah, bandar, negara, global).

Epidemiologi penting dalam mencari punca sesuatu penyakit (terutamanya penyakit berjangkit) serta langkah pengawalannya dalam komuniti di mana individu dan komuniti dilihat secara kolektif.

Endemik, epidemik, dan pandemik adalah antara istilah utama yang sering digunakan dalam bidang ini. Mari lihat apakah yang dimaksudkan dengan setiap istilah tersebut.

Endemik – kehadiran sesuatu penyakit atau agen pembawa penyakit secara kekal di satu tempat

Contohnya di Malaysia, demam denggi merupakan penyakit endemik di negara ini termasuk negara-negara lain yang beriklim tropikal seperti Indonesia, Brazil, dan Pakistan.

Apabila sesuatu penyakit endemik di kawasan tersebut, ia bermakna bahawa penyakit tersebut wujud sepanjang tahun kerana terdapat agen, pembawa agen, serta faktor lain yang mengundang penyebaran penyakit tersebut.

Selain denggi, penyakit endemik lain di Malaysia ialah demam malaria, hepatitis A, dan demam typhoid.

Epidemik – pertambahan bilangan kes di sesuatu kawasan secara tiba-tiba

Selain epidemik, istilah wabak (outbreak) juga digunakan tetapi kebiasaannya lebih merujuk kepada satu populasi atau kawasan yang lebih kecil. Contohnya, wabak demam campak di sebuah sekolah tertentu.

Antara epidemik paling besar berlaku di Malaysia ialah penyakit tangan, kaki, dan mulut (HFMD) pada pertengahan tahun ini. Lebih 50,000 kes telah dilaporkan dan banyak premis awam terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi mengelakkan penularan penyakit.

Epidemik sesuatu penyakit berlaku atas beberapa faktor seperti peningkatan bilangan atau kekuatan agen penyebab (virus, bakteria, parasit), penularan penyakit di satu kawasan buat kali pertama, dan peningkatan risiko populasi berkenaan.

Pandemik – epidemik melibatkan kawasan lebih luas

Jika epidemik berlaku dalam sebuah kawasan atau negara, pandemik pula lebih luas melibatkan beberapa negara, benua atau di seluruh dunia. HIV/AIDS ialah contoh penyakit pandemik paling bahaya melanda dunia.

Selain penyakit berjangkit, pandemik paling kritikal sedang dihadapi oleh dunia hari ini ialah penyakit kronik seperti obesiti, penyakit jantung, strok, dan kencing manis.

Jadi, jika anda berjumpa dengan istilah yang disebutkan di atas selepas ini, tentu ia lebih mudah untuk difahami.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    PERHATIAN! Ini 10 Jenis Vaksin Bayi, Remaja & Orang Dewasa Perlu Ambil, Siap Ada Harga Lagi

    Suntikan vaksin melindungi anda daripada penyakit yang boleh membawa maut. Ketahui 10 jenis vaksin bayi dan orang dewasa yang boleh anda ambil.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Selain Denggi, Malaria Juga Penyakit Bahaya Bawaan Nyamuk – Ini 5 Cara Mencegahnya!

    Ketika pandemik COVID-19 ini, penyakit lain juga perlu diberi perhatian. Jom baca artikel ini untuk tahu cara cegah malaria yang efektif!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Kaum Adam, Ini Senarai LENGKAP 21 Pemeriksaan Kesihatan & Vaksin Perlu Buat!

    Bukan wanita sahaja yang perlu kerap berjumpa doktor, orang lelaki juga perlu melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengambil imunisasi badan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Risiko Kanser Serviks Tetap Ada Walaupun Sudah Vaksin! Ini Sebabnya Anda Perlu Sentiasa Lakukan Pap Smear

    Tahukah anda, anda masih berisiko untuk mendapat kanser serviks walaupun telah mengambil vaksin HPV? Apakah cara untuk mencegahnya dengan lebih awal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    penyakit berjangkit

    Ya, AEFI Pada Vaksin Memang Wujud, Tapi Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kesan Sampingan Vaksin

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/05/2020
    vaksin coronavirus

    Sediakan Berjuta Vaksin Walaupun Belum Ada Bukti Klinikal, Ini Cara UK Hadapi COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/05/2020

    Dah Sembuh Dari Jangkitan COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Faham Agar Tak Lagi Bimbang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/04/2020
    kepentingan vaksin

    8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/04/2020