Kredit Video: Museum of London
Jika gelombang globalisasi sebelum ini telah membantu penularan penyakit-penyakit epidemik, dengan gelombang sedia ada kini, ditambah dengan Revolusi Industri Keempat, sekurang-kurangnya mempersiapkan kita dengan alatan baru untuk melawan epidemik di masa hadapan.
Globalisasi 4.0 memberikan kita teknologi dan keupayaan untuk merancakkan proses siap-siaga kita menentangnya menerusi ilmu saintifik dan biologi. Dengan penguasaan kita terhadap ilmu pengetahuan, membuatkan kita lebih memahami patogen dan memberi gambaran mengenai rupa dan sifat penyakit yang akan kita hadapi kelak.
Kaedah baru dalam kolaborasi lanjutan dan pada skala besar kini telah dipermudah carakan. Dengan perkongsian set data, kombinasi kepakaran, ditambah pula dengan kekuatan sektor awam dan swasta serta kerjasama terhadap teknologi baru dan solusi-solusi inovatif, membolehkan kita memanfaatkan globalisasi 4.0 dalam merangka kaedah baru bagi mengatasi penyakit epidemik dari masa hadapan ini.

Sudahkah Kita Bersiap Sedia?
Gabungan untuk Ketersediaan Inovasi Epidemik (CEPI) telah ditubuhkan bagi merencanakan ancaman global penyakit epidemik menerusi tindakan bersama pelbagai pihak. Walaupun masih baru, gabungan tersebut telah menerima pembiayaan untuk mencipta vaksin melawan demam Lassa, MERS, Nipah dan penyakit-penyakit lain.
CEPI juga membuat pelaburan yang penting bagi platform penghasilan vaksin yang berpotensi mempercepatkan pembangunan vaksin pada kadar yang signifikan. Mereka sedang rancak membina jaringan kerjasama global yang berlangsung dengan perkembangan positif dan menerima jemputan untuk memberi maklum balas mengeni Penyakit X.
Dalam dunia yang mempunyai pelbagai pemegang taruh — kerajaan, institusi multi-lateral, organisasi bukan kerajaan, sektor akademik dan sektor swasta harus bekerjasama dalam persiapan untuk kita menghadapi ancaman penyakit pandemik, di mana bakal berlaku pada skala dan tahap kecemasan yang tidak pernah kita alami sebelum ini.
Anggaran mengenai potensi kos sesuatu penyakit pandemik kini semakin meningkat; satu kajian oleh Biro Kajian Ekonomi Amerika Syarikat telah melakukan pengiraan mengenai jangkaan impak tahunan sesuatu pandemik yang mencecah kematian 700 ribu mangsa setahun, akan mengakibatkan kos sekitar 500 bilion dolar. Sesungguhnya, dunia kini dalam keadaan mendesak bagi mempertingkatkan keupayaan dalam pelbagai disiplin; kajian dan pembangunan (R&D), sistem kesihatan, pemantauan dan tindakan kecemasan.
Kita perlu membuat pelaburan dalam ketersediaan epidemik sekarang, kerana jika kita menunggu saat tibanya Penyakit X menyerang, malangnya ketika itu ia sudah terlambat.
*Artikel ini pertama kali disiarkan di Forum Ekonomi Dunia
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen