Kenali Penyakit yang Divaksin di Malaysia (2)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 13/09/2019

Berkesinambungan daripada artikel Kenali Penyakit yang Divaksin di Malaysia (1), mari kita ikuti apakah penyakit seterusnya.

7. Poliomyelitis

Agen penyebab: virus poliovirus.

Virus masuk melalui mulut dan boleh tersebar dalam kalangan orang sekeliling. Apabila seseorang dijangkiti, virus tersebut akan menyerang sistem saraf dan menyebabkan lumpuh kekal. Tiada rawatan khusus bagi penyakit ini melainkan rawatan sokongan melalui terapi fizikal. Hanya vaksin yang mampu melawan poliomyelitis.

8. Measles (demam campak)

Agen penyebab: virus measles.

Penyakit berjangkit ini masih lagi mecatatkan angka yang tinggi di Malaysia, iaitu di tangga ke-10 kes demam campak tertinggi di dunia meskipun vaksin percuma diberikan. Kanak-kanak yang dijangkiti mengalami tanda-tanda demam biasa ditambah dengan ruam di muka dan seluruh badan. Nampak ringan tetapi ia sebenarnya berpotensi membawa maut terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kurang zat.

9. Mumps (beguk)

Agen penyebab: virus mumps.

Virus yang tersebar melalui air liur dan cecair mulut ini menyebabkan radang pada kelenjar air liur parotid yang terletak di pipi, di bawah dan hadapan telinga. Beguk mempunyai beberapa risiko komplikasi termasuk meningitis, pankreatitis, keguguran dan orchitis yang boleh menyebabkan mandul.

10. Rubella (campak Jerman)

Agen penyebab: virus rubella.

Seperti demam campak, virus ini menyebabkan tanda-tanda demam biasa dan ruam. Simptom kebiasaannya lebih ringan berbanding demam campak. Namun, antara perkara utama yang menjadi perhatian adalah jangkitan sebelum dan semasa mengandung bagi wanita. Jika berlaku, anak di dalam kandungan tersebut berisiko menghidap congenital rubella syndrome (CRS). Anak yang lahir mengalami masalah penglihatan (katarak), pendengaran (pekak) serta masalah jantung dan otak.

 11. Kanser serviks

Agen penyebab: virus human papilloma virus (HPV).

Virus HPV berpotensi menyebabkan kanser serviks (pangkal rahim). Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dua jenis HPV (16 dan 18) bertanggungjawab ke atas 70% kes pra-kanser dan kanser. Rahim mungkin terpaksa dibuang untuk merawat kanser ini.

12. Ensefalitis Jepun (JE)

Agen penyebab: virus Japanese encephalitis (JE).

Seseorang boleh dijangkiti apabila digigit nyamuk yang membawa virus JE. Ia hidup di dalam babi dan burung liar. Kebiasannya, kawasan yang membela binatang ini adalah berisiko. Pesakit mengalami radang otak (ensefalitis) menyebabkan demam, sakit kepala atau lumpuh dan koma.

Kesemua 12 penyakit yang disebutkan adalah yang termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP). Namun, terdapat juga vaksin pilihan bagi penyakit lain termasuk:

  • Chickenpox (cacar air).
  • Cholera (taun).
  • Hepatitis A.
  • Influenza (flu).
  • Thypoid (demam kepiatu).
  • Penumococcal.
  • Meningococcal.

Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab. Bagaimana anda ingin menjawab persoalan anak-anak anda jika mereka mandul disebabkan beguk, mendapat anak buta dan pekak kerana rubella atau terpaksa dibuang rahim kerana kanser serviks?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    PERHATIAN! Ini 10 Jenis Vaksin Bayi, Remaja & Orang Dewasa Perlu Ambil, Siap Ada Harga Lagi

    Suntikan vaksin melindungi anda daripada penyakit yang boleh membawa maut. Ketahui 10 jenis vaksin bayi dan orang dewasa yang boleh anda ambil.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Kaum Adam, Ini Senarai LENGKAP 21 Pemeriksaan Kesihatan & Vaksin Perlu Buat!

    Bukan wanita sahaja yang perlu kerap berjumpa doktor, orang lelaki juga perlu melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengambil imunisasi badan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Risiko Kanser Serviks Tetap Ada Walaupun Sudah Vaksin! Ini Sebabnya Anda Perlu Sentiasa Lakukan Pap Smear

    Tahukah anda, anda masih berisiko untuk mendapat kanser serviks walaupun telah mengambil vaksin HPV? Apakah cara untuk mencegahnya dengan lebih awal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Vaksin Influenza Di Premis KKM Bukan Untuk Orang Awam

    Vaksin influenza di KKM hanya untuk golongan berisiko. Baca artikel ini untuk tahu berkenaan perkara tersebut dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Artikel lain untuk anda

    penyakit berjangkit

    Ya, AEFI Pada Vaksin Memang Wujud, Tapi Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kesan Sampingan Vaksin

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/05/2020
    vaksin coronavirus

    Sediakan Berjuta Vaksin Walaupun Belum Ada Bukti Klinikal, Ini Cara UK Hadapi COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/05/2020

    Dah Sembuh Dari Jangkitan COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Faham Agar Tak Lagi Bimbang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/04/2020
    kepentingan vaksin

    8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/04/2020