backup og meta

Kenali Penyakit yang Divaksin di Malaysia (1)

Kenali Penyakit yang Divaksin di Malaysia (1)

Rakyat Malaysia boleh mendapatkan vaksin secara percuma melalui Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 12 jenis penyakit termasuk dalam program bersifat nasional ini.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang apa itu vaksin, lihat artikel Kenali Apa Itu Vaksin.

Dalam artikel ini, mari kita lihat apakah 12 penyakit yang divaksin di Malaysia.

1. Tuberkulosis (TB)

Agen penyebab: bakteria Mycobacterium tuberculosis.

Penyakit ini paling kerap menjejaskan paru-paru. Juga dikenali sebagai batuk kering, pesakit mengalami jangkitan sehingga menjejaskan fungsi paru-paru. Batuk berdarah, sesak nafas dan hilang berat badan adalah antara keadaan yang dihadapi oleh penghidap TB.

2. Hepatitis B

Agen penyebab: virus hepatitis B (HBV).

Virus ini secara eksklusif menyerang hati, seterusnya menyebabkan keradangan. Dalam jangka masa panjang, struktur hati mengalami kerosakan sehingga fibrosis dan sirosis. Akhirnya, kegagalan hati berlaku. Risiko kanser hati juga meningkat. Apa yang lebih merunsingkan adalah penyakit hepatitis B kebiasaannya tidak menunjukkan tanda dan simptom yang jelas sehingga berlaku komplikasi.

3. Difteria

Agen penyebab: bakteria Corynebacterium diphtheriae.

Bakteria ini menyerang saluran pernafasan atas (tonsil, laring) dan membentuk lapisan yang boleh menutup saluran pernafasan. Toksik yang dihasilkan oleh bakteria ini boleh menyerang jantung, urat saraf dan buah pinggang.

4. Tetanus (kancing gigi)

Agen penyebab: bakteria Clostridium tetani.

Jika anda pernah melihat pesakit kancing gigi, pasti ia akan membuatkan anda seram sejuk. Pesakit mengalami kekejangan otot rahang, lengan dan belakang badan. Jika kekejangan sangat kuat, tulang boleh patah. Maut boleh berlaku apabila otot pernafasan terjejas.

5. Pertussis (batuk kokol)

Agen penyebab: bakteria Bordetella pertussis.

Bermula seperti demam selesema biasa, diikuti dengan batuk berterusan sehingga 10 minggu atau lebih. Bunyi teriakan halus (whoop) dapat didengari antara serangan batuk semasa pesakit menarik nafas. Batuk yang dialami sangat teruk sehingga termuntah, tulang rusuk patah dan menjadi sangat letih.

6. Pneumonia (jangkitan paru-paru)

Agen penyebab: bakteria Haemophilus influenza B (Hib).

Pneumonia boleh disebabkan oleh banyak agen. Namun, jangkitan oleh Hib adalah lebih berat. Tambahan pula, bakteria ini juga berpotensi menyebabkan jangkitan selaput otak (meningitis) serta jangkitan di bahagian lain termasuk muka, mulut, darah, sendi, jantung dan tulang. Kanak-kanak di bawah 5 tahun paling berpotensi dijangkiti Hib.

Sambung baca di:

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Vaccines and diseases – http://www.who.int/immunization/diseases/en/

Versi Terbaru

10/05/2023

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Antibiotik Perlu Makan Habis! Kalau Tidak, Sakit Susah Sembuh Kalau Jadi Lagi?

Banjir Datang Lagi, Ini Apa Yang Mesti & Tak Boleh Dibuat Semasa Musim Banjir!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 10/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan