
Antibiotik tidak berkesan melawan virus. Ubat khusus untuk melawan mumps virus juga tiada di pasaran. Apa yang boleh dilakukan adalah rawatan sokongan untuk mengurangkan simptom.
Dalam tempoh penyakit, doktor akan meminta anda untuk duduk di rumah supaya tidak menyebarkannya kepada orang lain. Dalam amalan orang dahulu, biasanya nila akan disapu pada kawasan bengkak. Walau bagaimanapun, keberkesanannya tidak dapat disahkan.
Mengapa beguk perlu divaksin?
Tiada ubat yang boleh melawan virus ini dan ia adalah penyakit berjangkit. Dengan adanya vaksin, ia dapat dicegah. Tambahan pula, terdapat beberapa komplikasi bahaya termasuk mandul, keguguran, meningitis, ensefalitis dan pankreatitis.
Anak-anak anda tidak perlu lagi melalui beguk kerana sudah ada vaksin.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen