Glaukoma Boleh Sebabkan Buta?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/08/2019 . 2 minit bacaan

Glaukoma, penyakit mata yang akibat kehilangan penglihatan apabila sebahagian mata mengalami kerosakan saraf optik disebabkan tekanan yang tinggi. Ia adalah penyakit mata yang serius dan boleh menyebabkan buta jika tidak dirawat.

Rawatan tidak boleh mengembalikan tahap kesihatan mata seperti sebelumnya, tetapi ia dapat mencegah dari berdepan dengan tahap kerosakan penglihatan yang lebih bahaya.

Siapa yang berisiko mendapat glaukoma?

Individu dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko untuk mendapat penyakit ini. Walau bagaimanapun, individu dewasa bawah usia 40 tahun, kanak-kanak, malahan bayi juga turut berpotensi.

Anda lebih berisiko untuk mendapat gloukoma, jika:

  • Berusia lebih 40 tahun
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai gloukoma
  • Daya penglihatan lemah
  • Mempunyai penyakit diabetes
  • Mengambil ubatan tertentu seperti prednisone
  • Pernah mendapat kecederaan pada mata

Apakah simptom yang boleh dilihat?

Tanda pertama yang boleh dikenal pasti adalah kehilangan penglihatan periferal, iaitu penglihatan yang membolehkan anda melihat objek sekeliling tanpa perlu memalingkan kepala atau mengerakkan mata atau pandangan sisi. Namun, simptom ini jarang sekali disedari, sehingga ia sudah terlambat untuk merawatnya.

Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut:

  • Kehilangan penglihatan atau pandangan menjadi kabur
  • Mata merah
  • Mata kelihatan kabur (terutama pada bayi)
  • Mual atau muntah
  • Mata terasa sakit
  • Melihat halos (lingkaran cahaya) di sekeliling lampu
  • Penglihatan terhad (narrowed vision)

Diagnosis

Doktor akan menggunakan titisan untuk membuka atau membesarkan anak mata dan akan menguji tahap penglihatan dan memeriksa mata anda. Saraf optik anda akan turut diperiksa dan akan mengambil gambar saraf anda jika perlu. Pemeriksaan glaukoma tidak menyakitkan cuma ia akan mengambil sedikit masa.

Rawatan

Doktor mungkin akan menggunakan preskripsi ubat mata, pembedahan laser atau pembedahan mikroskop untuk mengurangkan tekanan pada mata.

Ubat mata

Ia sama ada membantu mengurangkan penghasilan bendalir di mata atau meningkatkan aliran keluarnya, bagi menurunkan tekanan pada mata. Kesan sampingan yang boleh terjadi seperti alahan, kemerahan, rasa menyengat, penglihatan kabur dan kerengsaan pada mata. Sesetengah ubat glaukoma boleh menjejaskan paru-paru dan jantung, jadi pastikan anda memaklumkan kepada doktor anda tentang sebarang ubat lain yang anda ambil atau alahan.

Pembedahan laser

Prosedur ini akan membantu meningkatkan aliran cecair mata, yang dikenali sebagai humor berair (aqueous humor) bagi individu yang menghidapi jenis glaukoma sudut terbuka. Membantu menghentikan penyumbatan cecair untuk individu yang mempunyai glaukoma penutupan sudut.

Antara prosedur yang akan dijalankan:

  • Trabeculoplasty: untuk membuka saluran
  • Iridotomy: membuat lubang kecil di iris untuk memberi aliran cecair lebih bebas
  • Cyclophotocoagulation: merawat bahagian lapisan tengah mata untuk kurangkan pengeluaran cecair

Pembedahan mikroskop

Prosedur yang dipanggil trabeculectomy, doktor akan membuat saluran baru untuk mengalirkan cecair dan mengurangkan tekanan pada mata. Doktor mungkin perlu menanam tiub untuk membantu mengalirkan cecair.

Namun, terdapat kemungkinan pembedahan ini boleh menyebabkan kehilangan penglihatan sama ada secara sementara atau kekal, pendarahan atau jangkitan. Berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang terbaik dan sesuai untuk anda.

Penjagaan dan pencegahan

Individu yang mempunyai masalah glaukoma dan menerima rawatan yang sewajarnya tidak akan menjadi buta. Namun, masih terdapat individu yang buta kerananya. Pengurangan masalah buta disebabkan glaukoma mungkin kerana kesedaran yang lebih baik tentang bahaya glaukoma serta pengesanan awal tentang masalah ini.

Jadi peratusan untuk kehilangan penglihatan kerana glaukoma adalah rendah, jika anda mendapatkan rawatan susulan dengan doktor serta mengambil ubatan yang betul. Dengan kemajuan teknologi pada masa kini dan penjagaan yang betul, anda akan dapat memastikan kesihatan penglihatan anda berada pada tahap yang baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mencegah Glaukoma Dengan Pemakanan Sihat

    Mencegah glaukoma adalah satu perkara yang mustahil memandangkan glaukoma tidak boleh dicegah, tetapi melalui pemakanan yang sihat, ia boleh melambatkannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 10/01/2019 . 3 minit bacaan

    Masalah Mata Buta Atau Glaukoma Boleh Tercetus Kerana #6 Sebab Ini, Jom Kenalpasti!

    Antara masalah mata yang sering dialami oleh individu adalah glaukoma. Jom fahami lebih lanjut mengenai glaukoma dan jenis-jenisnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 02/01/2019 . 3 minit bacaan

    WEF: Jarum Mikro Biodegradasi Dicipta Untuk Melawan Penyakit Mata

    Frasa “I’d rather stick needles in my eyes” yang diungkapkan oleh Jack Nicholson dalam filem Term Of Enderment pada 1983 telah menjadi kata kunci yang sarkastik. Namun sekarang, saintis di Singapura meneroka ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 19/12/2018 . 1 minit bacaan

    Jenis Kecacatan Mata pada Bayi Baru Lahir

    Kebutaan sewaktu kecil memberi kesan kepada perkembangan dan pertumbuhan anak. Disebabkan itu, kecacatan mata bayi baru lahir perlu dikesan secepat mungkin agar tindakan lanjut dapat dilakukan dengan segera. Masalah ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 09/08/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    katarak

    Jangan Risau! Pembedahan Katarak Adalah Sangat Selamat Untuk Dijalani

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 07/01/2020 . 4 minit bacaan
    visually impaired

    Sekurang-kurangnya 2.2 Billion Alami Masalah Penglihatan – Laporan WHO

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 11/10/2019 . 2 minit bacaan

    Ini Bukti Bagaimana Makanan Tak Sihat & Memilih Makanan Sebabkan Buta Penglihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/10/2019 . 2 minit bacaan
    rabun

    Bukan Rabun, Penglihatan Terjejas Akibat Keadaan Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 15/02/2019 . 2 minit bacaan